Semua ahli BTS lari nak cop makanan, takut habis nanti."Tak payahlah risau sampai macam tu sekali.Kai masak banyak ni.Siap ade extra lagi,takut ade yg lapar" sambung Kai sebelum mengedarkan pinggan. "Kami makan dulu" ucap semua sebelum menikmati makanan dari hasil tangan Kai. "Wahh sedapnya" kata Taehyung dengan mulut penuh. "Makan tu jangan bercakap dengan mulut penuh la"kata Yoongi hyung sebelum ketuk kepala Taehyung dgn ranting kayu. Semua takut kena marah jadi semua makan dengan senyap dan tenang. Penuh meja dengan spageti, kek coklat, cupcake, sup kimchi dan air capuccino.
Selesai sahaja makan, semua pergi layan perasaan. Mana tak nya, permandangan dia gempak habis. Tasiknya yang terbentang luas, mencerminkan warna merah jambu dari bunga-bunga di ranting pokok. Kawasan ni pun sunyi je sebab tak ramai orang yang tahu tentang kewujudan taman ni.Lagipon taman ni terletak di kawasan pedalaman. No wonder lah ni jadi taman favorite Kai Hyun.
Taehyung, Jin dan Namjoon masing-masing tunggu giliran untuk main buaian. Menjerit- jerit sebab lama tak naik buaian,pastu berebut. Jae Hee dengan Jungkook dah pergi makan angin kat tepi tasik. Yoongi dengan Hoseok pulak tengah baring atas tikar, nak tido. Kai dengan Jimin duduk atas bangku taman.
Dalam Kereta
Jungkook drive while Jae Hee duduk sebelah dia. Jimin duduk dengan Kai Hyun kat seat belakang. Kepala Jae Hee dah terlentok di cermin tingkap kereta. Jungkook memandang sekali imbas pada Jae Hee sambil tersenyum. Kai dah terlelap kat bahu Jimin sementara dia pulak tengah stalk galeri phone Kai. Tergelak-gelak dia.
Jimin's POV
Aku ambik phone Kai. Aku unlock phone dia yang ber-password-kan tarikh birthday aku. Aku tengok galeri dia. Ade gambar Jae Hee dgn dia tengah buat kek. Penuh krim, tepung kat muka. Tergelak aku sampai Kai dah nak terjaga. Aku tengok lagi gambar dalam galeri dia. Gambar candid aku pon ade. Memang focus tepat kat muka aku. Time ni tak silap aku dekat Jeju Island kot. Aku bukak satu file dalam galeri dia."Song Baek Ho"aku baca nama album tu dengan nada yang perlahan. Aku nampak gambar sorang lelaki memang familiar. Tapi kat mane eh? Baru aku ingat dia lah yang tegur aku kat cafe dulu sebab ingat aku ni one of the customer. Tapi ape kena mengena dia dgn YunYun? Aku scroll lagi sampai aku nampak gambar Kai dgn mamat tu dekat satu tempat. "Rumah Anak Yatim Song". Eh ni bukan ke rumah anak yatim Kai dgn Jae Hee duduk dulu? Tapi kenapa mamat ni ade sekali? Otak aku mula penuh dengan tanda tanya. Dua gambar yang terakhir menunjukkan betapa intimnya mereka. Gambar mamat tu mencium pipi Kai dan yang lagi satu diorang sedang berpegangan tangan dekat pantai. Hati aku mula nak baran. Aku nak tanya Kai tapi dia tidur. Jadi aku tak nak lah kacau dia. Untuk menghilangkan rasa baran aku, aku letakkan kepala aku atas kepala Kai untuk cuba tido.Mulalah muncul imej yang tak sepatutnya aku bayangkan.
YOU ARE READING
Barista and English teacher + jjk and pjm
FanfictionPerjalanan kita dalam hidup tak semestinya lancar. Mesti ada sekatan dan halangan. Siapa yang sanggup hari-hari dipenuhi dengan seksaan. Jadi dia orang sahabat telah mengambil keputusan untuk lari dari tempat yang layak diberi nama 'neraka'. Apabil...