11:45 malam
Jungkook dan Jae Hee dalam perjalanan pulang dari cafe. Jae Hee menoleh dan melihat banyak hadiah di seat belakang. "Mekasih oppa" kata dia sambil mengusap tangan Jungkook. "Most welcome jagi" sambutnya sambil mencium belakang tapak tangan Jae Hee.
Akhirnya lepas 15 minit dalam kereta, mereka tiba di depan rumah. Jae Hee dan Jungkook berpandang sesama sendiri selepas tengok rumah Jae Hee dan Kai yang gelap gelita.
"Oppa bukan ke tu kereta Jimin oppa? Asal diorang berdua tak buka lampu?" Soal Jae Hee mula takut. "Tulah pasal ka.Dah dah,jom la masuk dulu" kata Jungkook sementara meletakkan keretanya di sebelah kereta Jimin. Jungkook mengetuk-ngetuk pintu tetapi tiada yang membuka pintu. Dia menolak pintu dan ternyata pintu tidak berkunci.
Jungkook's POV
Jae Hee membuka suis lampu dan kami melihat dengan jelas keadaan rumah ni.Aku dan Jae Hee lihat ruang tamu bersepah macam lepas tsunami. Gambar yang di gantung berhampiran tangga turut retak. "Jagi naik dulu eh? Nak tengok Kai camne" kata dia sebelum naik tangga.
Dia melepaskan tangan aku yang dari tadi aku pegang dan hilang daripada pandangan aku. Aku melihat satu bayangan hitam yang sedang baring di atas sofa. Aku berjalan dengan perlahan dan mendapati bahawa pemilik bayang itu ialah Jimin.
"Hyung?" Aku menggoncang badannya sedikit. Jimin mula mengeliat kecil dan duduk di sofa daripada posisi baring. "Oh Jungkookie" katanya sambil tersenyum menampakkan eyesmile, which is too creepy for me.
Sementara itu di tingkat atas
Bilik Kai HyunJae Hee's POV
Aku pergi bilik Kai. Aku menolak sedikit pintu biliknya dan melihat bingkai gambar Kai bersama Jimin di Jeju pecah berderai atas lantai. Aku melihat setiap langkah yang aku ambil kerana kepingan-kepingan kaca berada di merata tempat.
Aku lihat tubuh Kai yang sedang tidur di atas katil tanpa berselimut. Aku menarik selimut dan menutup tubuhnya. Aku mengalihkan rambut dari mukanya dan melihat sisa-sisa air mata yang masih ada di pipi dan di bawah kelopak matanya. Ya,memang betul sangkaan aku. Diorang gaduh besar lagi.
"Im Jae-ah, Jimin cekik aku tadi. Dia kata aku sayang si Baek Ho tu tapi aku tak. Dia salah faham" bebel Kai di dalam mimpinya. Aku hanya tersenyum kecil. Perangai bercakap dalam tidur dia masih tak ubah-ubah.
Tiba-tiba hati aku tersentak apabila aku ternampak bibir Kai yang berdarah.Jimin betul-betul dah melampau.Kalau ye pun, tak payahlah sampai nak naik tangan. Jimin jenis yang short-tempered manakala Kai yang jenis kuat melawan.
Kepala aku mula runsing.Aku berlari ke bawah dan mendapati Jungkook sedang berborak dengan Jimin.Dengan segala daya,aku menarik tangan Jimin sehingga dia terbangun dari kerusi. "Keluar sekarang!Oppa betul-betul dah melampau kali ni!"jerit aku.
Jimin dan Jungkook terkejut dengan kelakuan aku,tapi pergi mampuslah sama diorang berdua. "Eh kenapa ni jagi?" Soal Jungkook. "Park Jimin, awak dipersilakan keluar dari rumah ni sekarang juga!" teriak aku sebelum menolak Jimin keluar dari rumah aku.
Aku terus mengunci pintu dan tidak lama selepas itu, kedengaran dia memulakan enjin kereta.Tak lama lepastu aku dengar bunyi kereta Jimin makin jauh lalu hilang. "Waeyo?" Soal Jungkook kembali. Aku hanya mengeluh panjang dan menggelengkan kepala beberapa kali.
"Jimin oppa betul dah melampau. Dia dengan Kai bergaduh sampai bibir Kai berdarah. Jagi memang takleh tahan kalau Kai cedera. Cukup la dulu Kai cedera sebab jag dului" bebel aku panjang sebelum duduk di sebelah Jungkook.
YOU ARE READING
Barista and English teacher + jjk and pjm
ФанфикPerjalanan kita dalam hidup tak semestinya lancar. Mesti ada sekatan dan halangan. Siapa yang sanggup hari-hari dipenuhi dengan seksaan. Jadi dia orang sahabat telah mengambil keputusan untuk lari dari tempat yang layak diberi nama 'neraka'. Apabil...