Prolog

6.6K 106 4
                                    

P

rolog

"READY, 3, 2, 1 go!"

PRITTT!

Serentak wisel dibunyikan, Fareiz terus memecut laju. Pandangannya tepat dan fokus memandang ke hadapan. Tangannya bergerak selaju kakinya dengan nafas yang dikawal dengan baik.

Jurulatih Rahmad yang berada di luar trek hanya menunggu dengan tenang bersama jam randiknya. Senyuman kecilnya muncul apabila melihat Fareiz yang hampir tiba di garisan penamat.

PRITTT!

"Woah!" Fareiz menjerit kuat, seolah-olah melepaskan segalanya. Tepukkan seseorang membuatkan dia menoleh ke belakang dan memandang jurulatihnya yang sudah tersenyum.

"So how?" Tanya Fareiz bersama nafas yang turun naik. Dia mengambil botol mineral sejuk yang ada di sebelah trek, iaitu di atas rumput padang.

"Good. Kalau kekal macam ni, kau memang boleh pergi jauh," komen jurulatih muda itu sambil menunjukkan jam randiknya pada Fareiz.

"Alhamdullilah."

Fareiz tersenyum puas, masanya semakin singkat. Maksudnya kelajuannya bertambah dan apa yang dia harus lakukan seterusnya adalah memantapkan lagi pecutannya.

Jurulatih Rahmad menilik jam tangannya lantas wajah Fareiz di pandangnya.

"Well, aku rasa kau dah boleh balik kot sebab aku ada urusan nak diselesaikan lepas ni. So jumpa esok?" Fareiz mengangguk sebelum menjawab jurulatihnya itu.

"Alright. Thanks Couch."

"Thanks to you too," balas Jurulatih Rahmad sambil menepuk bahu Fareiz. Setelah itu, dia pun melangkah pergi.

Fareiz melangkah ke bangku lalu memasukkan botol mineral dan tualanya ke dalam beg. Baju salin dikeluarkan dari beg lalu digantikan dengan bajunya yang sudah basah dengan peluh. Setelah selesai mengemas, Fareiz terus melangkah keluar dari stadium. Sambil mengatur langkah ke motosikal berkuasa tingginya, Fareiz mengeluarkan telefon yang disimpan di kocek beg. Hampir saja dia terlupa dengan buah hati kesayangannya apatah lagi saat melihat beberapa panggilan terlepas dan mesej yang dihantar oleh gadis tersebut. Dari mesej hingga ke whatsapps, semuanya penuh.

'Adeh, masak aku!' Getus Fareiz di dalam hati. Lantas tanpa membuang masa, dia terus mencari nama Fiona di kenalan dan memulakan panggilan. Tidak sampai sesaat, panggilannya terus diangkat.

"Finally!" Spontan Fareiz menjauhkan telefonnya dari telinga. Namun sempat juga dia tertawa kecil mendengar suara Fiona yang serupa halilintar itu. Sah si pujaan hatinya sudah lama menunggu panggilannya.

"Sorry sayang, you tunggu I ke?" Soal Fareiz lembut.

"Habis tu you ingat apa kalau tak sampai sesaat I dah jawab call you? Of course lah I tunggu! Lama tau I tunggu. Semua tak reply, call tak jawab. I dah risau kalau anything jadi kat you," rengek Fiona manja membuatkan Fareiz tersenyum senang. Terasa hilang seketika rasa letih dengan keprihatinan si pujaan hatinya itu.

"Sorry sayang. I'm sorry sangat-sangat. Training terlebih masa and I langsung tak keluarkan phone dari beg. Sorry okay? You maafkan I bukan?"

"Hmm yelah. But please jangan buat lagi. At least send mesej beritahu you lambat ke or anything. Asalkan I tak risau macam ni lagi," pesan Fiona membuatkan Fareiz tertawa kecil mendengar pesanan itu.

"Amboi, kemain dia risaukan kita ya," usik Fareiz penuh bahagia.

"Mestilah. Dah sayang bukan, siapa yang tak risau?"

Fareiz tersenyum lagi mendengar kata kata gadis kesayangannya itu. Tiba-tiba telefonnya berbunyi menandakan ada panggilan lain masuk. Pantas skrin telefon dipandang.

"Em sayang, papa call I lah. Nanti I call you back eh?"

"Oh yeke? Haa okay sayang. Take care. Kirim salam I pada papa and terus call I kalau dah sampai," pesan Fiona lalu panggilan dimatikan setelah Fareiz membalas pesanannya itu.

"Waalaikummussalam, yes Pa? Haa iya abang on the way nak balik ni. Pardon? Oh nak ajak minum? Hahaha. Tak, abang ingatkan apalah tadi. Alright Pa, Give me 15 minutes and see you there. Ya Papa, dont worry, abang akan bawa motor elok-elok."

Panggilan dimatikan. Telefon dimasukkan kembali ke dalam kocek beg lalu beg sandangnya itu dipakai. Hari ini dia membawa motorsikal berkuasa besarnya itu tanpa memakai jaket, glove dan helmetnya. Dengan hanya berseluar dan berbaju sukan, Fareiz terus menaiki motorsikalnya itu lalu membetulkan rambutnya yang agak serabai melalui cermin motor. Fareiz menghembus nafas perlahan. Entah kenapa dia terasa seperti tidak sedap hati pula.

"Harap-haraplah tidak jadi apa-apa," gumam Fareiz perlahan seraya enjin moto dihidupkan dan motornya mula keluar dari perkarangan stadium. Dia memandang ke kanan, ke kiri dan ke kanan semula untuk memastikan tiada sebarang kenderaan yang berdekatan. Setelah yakin, dia terus memulas motorsikalnya dan...

BUMMM!

Dunia terasa terhenti buat seketika. Dan sedar sedar dia sudah tercampak jauh ke penghadang jalan. Wajah dan kakinya penuh dengan cairan bewarna merah. Fareiz merasakan sakit yang teramat sangat. Dengan mata yang semakin kelam, Fareiz dapat melihat seorang lelaki sedang berlari ke arahnya bersama wajah cemas. Di tangannya ada telefon. Sempat Fareiz mengagak punca dirinya dilanggar. Pandangan Fareiz semakin kelam. Wajah insan yang disayanginya satu-persatu bermain di minda.

"Allah...dugaan apakah ni..." 

Izinkan Aku BernafasWhere stories live. Discover now