"So kau dah dapat tempat lah?"
"Ah yeah. Aku buat dekat hospital yang sama masa aku practical dulu," balas Ivy tanpa memandang pada Farah. Tangannya masih sibuk mengemas pakaian yang berselerakkan di atas katil bujang.
"Dapat? Untung lah kau. Tak ada lah serabut macam aku ni. Sampai sekarang still belum dapat tempat."
"Nasib baik je tu."
Farah mengerut dahi seperti teringat sesuatu. "Eh jap, tu hospital tempat kau bertemu kali pertama dengan Fareiz kan?" soal Farah kepada Ivy apabila teringat kembali kisah percintaan yang pernah di ceritakan sahabat karibnya itu.
"Ah. Tempat sama," balas Ivy acuh tak acuh. Langsung dia tidak menoleh pada Farah yang sudah mendekati.
"Kau biar betul? Wei tukar hospital lah. Kau sanggup ke nak ingat balik kenangan kau dengan Fareiz. Kau jangan menyiksa diri la Ivy," lirih Farah seraya memandang pelik pada sahabatnya itu. Dia tak faham langsung dengan pendirian gadis itu. Terlalu banyak perubahan pada Ivy sehingga dia seperti tidak lagi mengenali gadis yang dulunya sangat cekal dan sentiasa bersikap positive.
Ivy hanya membisu dan meneruskan kerjanya tanpa ada tanda mahu membalas kata kata Farah. "Ivy. Kenapa kau dah lain eh. Mana perginya Ivy yang aku kenal. Takkan lah..."
"Ah Farah. Aku keluar dulu. Banyak benda nak kena sediakan," potong Ivy seraya melangkah keluar dari bilik. Dia cuba untuk tidak lagi bercakap mengenai Fareiz mesti hatinya meronta ronta untuk menemui lelaki itu. Ivy sendiri tidak tahu kenapa dia nak sanggup memilih hospital yang sama. Meski dia tahu hatinya akan tersakiti. Farah yang melihat riaksi Ivy itu hanya mampu mengeluh dan menggelengkan kepala. Farah memerhatikan Ivy sehinggalah Ivy keluar dari bilik mereka.
********************
Ivy berteleku di meja bacaan. Buku buku yang berselerakkan di pandang kosong. Sekosong hatinya ketika ini.
Beep beep. Phone yang berbunyi segera diangkat dan nama Haiqal tertera di screen telephone.
"Ah ya Carl," jawab Ivy pantas setelah mendengar suara Haiqal di hujung talian.
"Erm. Ivy baru nak pergi makan. Ah tak apa, Ivy pergi dengan Farah. Okay take care to sayang. Assalamualaikum," balas Ivy lalu punat off di tekan setelah mendengar balasan dari Haiqal.
"Sayang?" Gumam Ivy sendiri bersama senyuman tawar. Matanya memandang ke arah screen telephone. Gambar dia bersama Haiqal yang di ambil semasa Majlis pertunangan di renung. Nampak seperti pasangan bahagia dengan senyuman yang terukir di bibir Haiqal malah dirinya. Namun hakikatnya, semua tu hanya sandiwara semata. Senyuman yang terukir langsung tidak mengambarkan perasaannya ketika itu.
"Kenapa bukan you yang berada di sebelah i." Ivy berbisik sendiri. Dia masih tidak mampu untuk menerima hakikat bahawa dia sudah kehilangan satu satunya lelaki yang amat di cintai.
"Fariez dari raut wajah you hari tu, Ivy dapat rasa Faeiz masih sayangkan Ivy. Ivy pasti. Tapi kenapa Fareiz nak nafikan," rintih Ivy. Airmata yang mengalir di pipi di kesatnya dengan hujung lengan. Hatinya terasa sayu.
"Ivy. Jangan lah macam ni." Farah yang sedari tadi memerhatikan tingkah laku Ivy segera mendekati sahabatnya itu lalu menepuk perlahan bahu Ivy
"Farah. Aku pasti ada yang tak kena dengan Fareiz. Aku nampak wajah dia malam tu. Dia sedih Farah. Aku tahu dia masih sayangkan aku. Aku pasti."
"Ivy. Tu mungkin perasaan kau je. And kalau betul pun, dah terlewat Ivy. Tinggal beberapa bulan je kau nak nikah dengan Haiqal. Takkan kau nak hancurkan semua tu," pujuk Farah. Dia tak mahu sahabatnya itu membuat keputusan yang silap.
"Tapi..."
"Ivy. Kau percaya pada ketentuan Allah kan? Kalau dah memang jodoh kau dengan Haiqal. Siapa kau nak bantah. Please Ivy, terima qada dan qadar. Jangan berburuk sangka dengan takdir yang sudah tertuliskan untuk kau."
"Farah. Aku tak kuat nak hadapi semua ni."
"Kau kuat ivy. Kau kuat." Sedaya upaya Farah cuba memujuk. Bahu ivy di peluk kuat. Dia cuba memberi semangat kepada sahabatnya yang masih bersedih.
"Aku akan ada dengan kau. Aku akan sentiasa bagi kekuatan dekat kau untuk kau hadapi semua ni."
"Terima kasih Farah. Terima kasih," lirih ivy seraya membalas pelukkan sahabatnya itu. Walaupun hatinya masih sedih namun apa yang di perkatakan Farah sedikit sebanyak menginsafkan dirinya.
"Ya Allah. Bantulah aku menerima takdir yang kau telah tentukan buatku. Kau padamkan lah namanya dari ingatanku. Sesungguhnya aku tidak mampu nak menyingkirkan dirinya. Kau bukakan lah hatiku untuk menerima Haiqal, lelaki yang bakal menjadi imam dan ayah pada anak-anakku. Kau bantulah aku Ya Allah Sesungguhnya hanya padaMu aku meminta lagi berserah."
ANDA SEDANG MEMBACA
Izinkan Aku Bernafas
RomansaIAB = Sinopsis Bahagia. Semua orang inginkan bahagia. Namun, bukan mudah untuk merasai bahagia. Bahagia merupakan 'hadiah' dari sesuatu yang diperoleh dari kesabaran, kesedihan, pengorbanan dan ketabahan. Senyuman sendiri tidak hanya dinamakan bahag...
