"Mama..."
"Fareiz, kenapa ni sayang," ujar Tengku zubaidah dengan penuh rasa kasih.
"Mama. Maafkan Fareiz ma. Ampunkan segala dosa Fareiz. Halalkan makan minum Fareiz ma..."
"Fareiz. Fareiz kenapa ni sayang. Fareiz dekat mana ni," laung Tengku zubaidah. Dia resah apabila mendengar suara anaknya yang semakin merintih.
Tengku zubaidah memandang sekeliling. Mencari dari mana arah suara anaknya itu kedengaran namun langsung tiada kelihatan anaknya itu. Hanya kegelapan dan esakkan kecil yang memecah kesunyian.
"Fareiz..."
"Mama. Fareiz dah tak berdaya ma...sakit...sakit sangat ma..."
"Fareiz. Fareiz kenapa ni sayang. Cuba bagi tahu mama, rintih Tengku zubaidah. Airmatanya sudah berjujuran jatuh kerana terlalu hiba mendengar esakkan dari anak kesayangannya itu.
"Mama..."
"Fareiz. Fareiz anak mama. Jangan buat mama risau macam ni sayang. Fareiz dengar tak mama panggil ni?" Jerit Tengku Zubaidah bersama esakkan yang semakin menjadi.
"Fareiz. Jangan senyap macam ni sayang..."
Sekali lagi Tengku zubaidah memangil-mangil anaknya itu namun langsung tiada sahutan.
"Fareiz...Fareiz..."
"Tengku. Tengku...kenapa ni?"
Tengku Zubaidah mendengar suara Mak Jah memanggil. Dan seketika, Tengku Zubaidah melihat Mak Jah pembantu rumahnya itu sudah berada di sisinya dengan pandangan pelik.
"Fareiz. Fareiz mana?" Soal Tengku Zubaidah. Matanya meliar mencari kelibat Fareiz.
"Fareiz kan ada kerja luar Tengku. Tengku lupa?"
Tengku Zubaidah mengerutkan dahinya. Wajah Mak Jah di pandang. Dia cuba untuk mengingati apa yang telah berlaku.
"Astagfirullahalazim..." lirih Tengku zubaidah lalu menyapu lembut mukanya.
'Ya Allah. Aku bermimpi rupanya. Tapi mimpi apa ni? Fareiz, Ya Allah kau selamatkan lah anakku dari segala malapetaka. Kau kuatkan lah semangat dan diri anak sulungku itu. Sesungguhnya Kau Maha suci Allah yang mampu melindunginya,' doa Tengku Zubaidah di dalam hati. Airmatanya mengalir membasahi pipi.
"Tengku okay tak?"
"Okay Mak Jah. Saya cuma mimpikan Fareiz."
"Oh..."
"Sudah pukul berapa ni Mak Jah?"
"Dah pukul 2 pagi Tengku. Tadi Tengku terlelap. Saya tak sampai hati nak kejutkan."
"Ya Allah. Lamanya saya tidur. Farhan dan Haiqal dah masuk tidur?"
"Sudah Tengku."
"Em. Okay lah Mak Jah, Saya naik dulu," pamit Tengku Zubaidah lalu melangkah lemah ke arah biliknya.
'Fareiz. Mama harap, Fareiz baik-baik sahaja.' Tengku Zubaidah berbisik perlahan. Sungguh hati Tengku Zubaidah merasa bimbang dengan apa yang di mimpinya sebenarnya tadi bermacam perkara bermain di fikirannya tika ini. Mengapa anaknya merintih seperti itu. Apa masalah yang sedang di hadapinya. Sesampai di kamar tidur. Tengku Zubaidah mencapai phone yang terletak di atas meja solek lantas nombor Fareiz di dail.
"Maaf nombor yang anda dail tak dapat di hubungi. Sila cuba sekali lagi." Kedengaran suara operator yang menjawab panggilan membuatkan hati Tengku Zubaidah makin di himpit rasa bimbang. Namun dia sedaya upaya cuba menahan diri dari memikirkan perkara yang tidak baik.
"Ya Allah. Jangan lahada perkara buruk berlaku pada anakku. Engkau lindungi lah dia Ya Allah..."
YOU ARE READING
Izinkan Aku Bernafas
RomanceIAB = Sinopsis Bahagia. Semua orang inginkan bahagia. Namun, bukan mudah untuk merasai bahagia. Bahagia merupakan 'hadiah' dari sesuatu yang diperoleh dari kesabaran, kesedihan, pengorbanan dan ketabahan. Senyuman sendiri tidak hanya dinamakan bahag...