Jam di dinding menunjukkan pukul 2.16 pagi. Fareiz terjaga dek kerana batuk yang agak melarat sehingga dia tidak dapat melelapkan mata. Terasa sesak dan perit dadanya menahan rasa sakit yang semakin menyeksakan.
"Allah," rintih Fareiz perlahan bila melihat tompokkan darah yang melekap pada tapak tangannya. Fareiz lantas bangkit dari baringnya dan menuju ke bilik air untuk mencuci kesan darah yang berbekas di bibir. Selesai membersihkan tangan dan mulutnya. Pil tahan sakit yang tersimpan kemas di laci solek di ambil lantas menelan pil tersebut bagi mengurangkan batuk dan rasa sakit.
"Sampai bila aku akan terus begini. Bila penderitaan ini akan berakhir..." Fareiz menatap wajahnya di cermin lalu meraup-raupkan mukanya yang kelihatan pucat. Bermacam persoalan yang menganggu fikirannya tika ini. Fareiz berpaling dan katil yang besar di pandangnya. Entah mengapa rasa mengantuknya telah hilang. Fareiz mengambil keputusan untuk menggunakan waktu ini untuk bermunajat dan mendekatkan diri kepada Allah kerana diwaktu ini adalah waktu yang afdal untuk dia duduk dihadapan Allah. Disaat insan lain sedang lena tidur berselimut.
Fareiz melakukan beberapa solat sunat seperti solat sunat taubat, solat sunat tasbih dan solat sunat hajat. Setelah usai solat, Fareiz masih duduk diatas sejadah. Dan tanpa sedar airmatanya mengalir mengenangkan dosanya dan perkara -perkara yang sering terpendam didalam hatinya.
"Ya Allah. Disaat-saat hening ini hanya kepadamu tempat aku mengadu dan meminta. Aku mohon kepadamu, sesungguhnya aku bertaubat diatas segala dosa dan khilaf diriku. Ya Allah, aku telah menyakiti hati insan-insan yang aku sayangi, malah aku telah banyak berbohong, terutama sekali kepada ibuku. Sungguh tiada niat aku untuk melakukan semua ini selain daripada untuk kebaikan dirinya. Aku tidak mahu ibuku bersedih jika dia tahu apa yang sedang terjadi dalam hidupku kerana aku tidak ingin melihat airmatanya jatuh, kerana itulah hal yang menyakitkan dan melemah diri aku lagi. Cukuplah sekali tangisan airmata yang teramat pilu ibuku itu menitis disaat papa pergi meninggalkan kami. Sungguh aku tidak kuat Ya Rabb untuk hadapi semua ini. Ya Allah. Aku juga telah menyakiti hati seorang wanita yang aku cintai. Wanita yang aku ingin sekali memperisterikan dan menjadikannya sebagai permaisuri hatiku. Aku juga tiada niat untuk menyakiti hatinya kerana aku sangat-sangat mencintainya. Namun aku terpaksa melepaskannya. Mungkin ini adalah yang terbaik. Aku redha Ya Allah jika Engkau tidak mentakdirkan dia untukku. Kerana aku tahu perancanganMu itu sentiasa indah meski disaat ini aku merasakan teramat sakit disaat aku harus untuk kehilangan dirinya. Aku redha Ya Allah. Bahagiakan lah hari-harinya meski aku bukanlah lagi orang yang akan membahagiakannya hidupnya. Aku serahkan segalanya kepadaMu. Dan hanya kepadaMu aku berharap dan Engkaulah sebaik-baik sandaran. Amiin."
Usai Fareiz berdoa dan mengaminkannya. Dia menekup perlahan muka sambil menahan airmata yang semakin deras mengalir. Sungguh waktu itu Fareiz merasakan dia sedang berbiacara dengan Sang Pencipta. Dia merasakan dadanya begitu lapang setelah segalanya diluahkan kepadaNya. Tangisan yang mengalir itu benar-benar tangisan ikhlas dari hati.
Jam di dinding sekali lagi di kerling. Sudah menunjukkan pukul 3.30 pagi namun dia tidak berniat untuk berganjak dari tikar sejadah dan akhirnya Fareiz tertidur diatas sejadah sehingga menjelang waktu azan subuh.

ANDA SEDANG MEMBACA
Izinkan Aku Bernafas
RomanceIAB = Sinopsis Bahagia. Semua orang inginkan bahagia. Namun, bukan mudah untuk merasai bahagia. Bahagia merupakan 'hadiah' dari sesuatu yang diperoleh dari kesabaran, kesedihan, pengorbanan dan ketabahan. Senyuman sendiri tidak hanya dinamakan bahag...