Bab 2 ~ Emmir Fareiz

2.5K 72 0
                                        

"FIONA! Fiona please don't go!" Jerit Fareiz memanggil tunangnya itu bersama tangisan yang semakin menjadi-jadi. Namun Fiona terus berlalu pergi bersama seorang lelaki segak tanpa mempedulikan Fareiz yang duduk di kerusi roda. Tiada langsung rasa bersalah di wajah gadis itu.

"Fiona...tunggu..." Fareiz ingin bangun dan mengejar tetapi malang kerana kakinya tidak mampu untuk berdiri seperti biasa dan akhirnya Fareiz jatuh tersungkur.

"Fiona..." Panggil Fareiz lemah. Dunianya terasa amat kosong. Mengapa gadis itu begitu kejam? Mana hilangnya Fiona yang dulu? Fiona yang sentiasa risau akan dirinya. Sungguh hatinya begitu hancur sekali melihat layanan Fiona sekarang. Tergamak Fiona berbuat demikian terhadap dirinya.

"Ya Allah, Fareiz, kenapa ni sayang?" Tengku Zubaidah bergegas ke katil Fareiz dan cuba menenangkan anaknya yang meracau-racau di katil. Tengku Zubaidah pasti anaknya itu mengalami mimpi buruk.

"Fiona." Nama perempuan yang sentiasa keluar dari mulut anaknya. Perempuan yang menyebabkan Tengku Zubaidah terasa seperti 'kehilangan' anak sulongnya. Fareiz yang dahulunya ceria kini berubah menjadi seperti orang asing.

Tengku Zubaidah rasa bersalah. Jika dulu dia tidak memaksa Fareiz untuk berkenalan dan mengikat tali pertunangan dengan anak gadis kawannya itu, pasti Fareiz tidak akan kecewa begini. Sungguh dia tidak menyangka gadis lemah lembut seperti Fiona itu rupanya sangat kejam dan hanya pandai bersandiwara. Tengku Zubaidah betul-betul kesal akan tindakannya itu.

"Fareiz, maafkan mama sayang. Mama salah menilai selama ni. Semua ni salah mama. Maafkan mama, Fareiz," rintih Tengku Zubaidah. Hanya tinggal tiga bulan sahaja lagi majlis perkahwinan akan berlangsung namun kini semuanya telah berakhir. Mimpi indah yang selama ini dianggap menjadi realiti kini sudah berubah menjadi mimpi buruk sebelum sempat ia berlaku. Tengku Zubaidah langsung tidak menyangka bahawa semua ini akan terjadi kepada mereka.

Tengku Zubaidah memandang sayu anaknya. Melihat keadaan Fareiz kini, Tengku Zubaidah tidak lagi kisahkan tentang perkahwinan yang telah dirancang itu. Biarlah semua mengata. Dia tidak mahu mengambil peduli semuanya kerana dia lebih risau akan keadaan anak sulungnya itu.

Emmir Fareiz, anak sulung dari tiga adik-beradik. Anak yang paling menyenangkan bagi Tengku Zubaidah kerana semua kata-katanya akan dituruti dan dilaksanakan dengan ikhlas. Sikit pun lelaki itu tidak pernah menyinggung perasaan ibunya berbanding dengan anak-anak bujangnya yang lain.

Emmir Haiqal dan Emmir Farhan. Masing-masing mempunyai karakter yang sangat berbeza dan tidak seperti anak sulungnya itu. Namun begitu, Tengku Zubaidah tidak pernah terniat untuk membeza-bezakan kasih sayangnya antara mereka bertiga kerana ketiga-tiga anaknya itu amat di sayanginya.

"Fareiz makan lah sikit sayang," pujuk Tengku Zubaidah. Tidak sanggup dia melihat keadaan anaknya yang seumpama mayat hidup itu.

"Fareiz, ni mama ada buatkan bubur kesukaan Fareiz. Fareiz ingat tak dulu masa Fareiz demam, Fareiz selalu habiskan bubur yang mama masak ni kan? Biasanya orang demam tak ada selera nak makan tapi Fareiz makin membuak pula seleranya," usik Tengku Zubaidah bersama tawa kecil namun hampa kerana anaknya itu hanya diam membisu tanpa memberikan sebarang reaksi. Tengku Zubaidah sedaya upaya menahan sebak di dada.

"Fariez janganlah macam ni, makan lah sikit. Fareiz dah kurus dah. Makanlah sikit, biar bertenaga badan tu," pujuk Tengku Zubaidah lembut. Dia menghalakan sudu tersebut ke arah mulut Fareiz namun ditolak perlahan oleh Fareiz dan lelaki itu terus mengalihkan wajahnya ke arah lain.

"Fareiz. Please sayang, makan. Dari semalam Fareiz tak makan apa-apa." Sekali lagi sudu dihalakan ke arah mulut anaknya itu namun tiba-tiba sudu itu ditepis kasar oleh Fareiz dan jatuh ke lantai membuatkan Tengku Zubaidah terkejut akan tindakan yang dilakukan anaknya itu.

"Mama ni tak faham ke Fareiz cakap Fareiz tak nak, Fareiz tak nak lah!" Tengking Fareiz secara tiba-tiba.

Dalam tidak sedar airmata Tengku Zubaidah mengalir. Dia hanya diam tanpa berkata apa-apa lantas memungut semula sudu itu dan membawa bubur yang dimasaknya tadi keluar daripada bilik.

Fareiz hanya membiarkan dan tidak mengendahkan langsung akan apa yang dilakukan terhadap ibunya tadi. Fikirannya masih tertekan dan perasaannya masih meracau. Dia tidak mahu diganggu sesiapa pada saat ini.

Izinkan Aku BernafasCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang