SELESAI sahaja Fareiz memakir keretanya, Haiqal terus meluru keluar dari kereta sebelum sempat Fareiz mematikan enjin keretanya. Terpinga-pinga Fareiz melihat adiknya itu yang kini tidak sabar terus membuka kasut.
"Hei nak ke mana pulak tu?" Laung Fareiz setelah menjengahkan kepalanya keluar tingkap kereta.
"Nak jumpa Mama lah," Jawab Haiqal selamba.
"Habis beg ni semua? Abang angkat?"
"You my brother right?" Bodek Haiqal bersama sengihannnya. Tanpa menunggu balasan dari Fareiz, dia terus menghilangkan diri ke dalam rumah.
Fareiz ketawa kecil. "Geez, rindu sangatlah tu dengan Mama." Omel Fareiz lantas melangkah keluar dari keretanya. Dia mengatur langkah perlahan ke bonet kereta.
Sedang Fareiz membuka bonet kereta, dia menyentuh dadanya yang semakin kurang rasa sakit dan dia menarik nafas lega. Syukurlah sakit di bahagian dada dan perutnya itu semakin reda dan tidak seteruk tadi yang dirasakan seperti ditikam-tikam. Sungguh tika itu dia berasa sangat sakit.
Memang sejak akhir-akhir ini, dia kerap kali berasa sakit. Dalam Fareiz cuba untuk tidak mengendahkan semua itu, namun dia tetap risau dan takut kalau-kalau sesuatu berlaku pada dirinya.
'Minta-mintalah dijauhkan,' Doa Fareiz dalam hati.
*********************
"MAMA!" Sergah Haiqal seraya memeluk erat Tengku Zubaidah yang sedang memasak.
"Carl?" Tengku Zubaidah terus berpusing ke belakang setelah pelukan oleh Haiqal dilepaskan.
"Ya Allah anak Mama. Rindunya!" Lalu tanpa menunggu lama, Tengku Zubaidah terus memeluk erat tubuh anak keduanya itu.
"Carl rindu mama. I miss all about you. Masakkan mama, your hug, your mumbling, ah semua lah!" Rengek Haiqal lagak budak kecil.
Tengku Zubaidah tertawa kecil mendegar kata kata anaknya itu.
"Of course you do, 'cause I'm your mother."
"Yes you are and always be my angel. Haaaaaa rinduuu!" Tanpa segan silu diciumnya pipi wanita yang paling disayanginya itu.
"Hoi hoi, eh amboi. Berdrama mengalahkan puteri diraja pulak ek dia ni. Seronok sangatlah tu sampai abang ni pun Carl jadikan tukang angkat beg." Sampuk Fareiz sambil meletakkan bagasi beg Haiqal di tepi ruang masuk dapur. Tidak lama kemudian, Farhan turut muncul lalu memeluk abang keduanya itu.
Haiqal tersengih seraya melepaskan pelukkan Farhan. "Opps, sorry bang. Im just can't wait to see our angel ni haa," balas Haiqal dengan nada suara romantiknya sambil memeluk erat bahu Tengku Zubaidah.
Tengku Zubaidah mencebik. Namun sejuk hatinya tatkala mendengar ayat Haiqal. Terubat terus rindunya itu.
"Eh dah tepi. Mama nak masak ni haa, kang kuali ke mana , angel ke mana kang." Seloroh Tengku Zubaidah lalu disambuti tawa tiga orang puteranya itu dan tidak lupa juga pembantu rumah mereka, Mak Jah yang sedari tadi sibuk memotong sayur.
"Mak Jah, meh Fareiz dengan Farhan tolong potongkan sayur tu," ujar Fareiz. Farhan yang membuntutinya juga sudah sedia mengambil tempat dia sebelah Mak Jah.
"Terima kasih. Rajin betul anak bujang Tengku ni," usik Mak Jah lalu dibalas dengan senyuman kecil Tengku Zubaidah.
"Eh mestilah Mak Jah, kami ni rajin with handsome package," tambah Farhan lalu dibalas dengan cebikan Mak Jah dan Tengku Zubaidah.
"Halahai, handsome celah mana entah." Balas Tengku Zubaidah selamba lalu disambut dengan tawa yang lain.
"Ala mama ni..." Farhan memuncung. Namun muncungnya hanya seketika. Dia sengaja mahu mengusik keluarganya itu.
"Ni mama dengan Mak Jah nak masak apa ni?" Soal Haiqal sambil tangannya mencuit ayam goreng yang terletek di meja.
"Haiqal, berapa kali mama nak cakap, tak elok kan cuit-cuit makanan macam tu. Masih tak berubah lagi ya perangai anak mama sorang ni." Tanpa semena-mena, telinga Haiqal dipiat lembut.
"Ahh ma! Ma! Sakit." Rintih Haiqal mengada walaupun tidak dirasa langsung sakitnya.
Fareiz yang sedang membantu mak jah memotong sayur tergelak besar menyaksikan gelagat mama dan adiknya itu.
"Haa kan dah dapat dah 'pinangan' mama tu."
"Ala mama, apa salahnya, bukan luak pun..." ujar Farhan membela abangnya.
"Hah kan?" Haiqal tersenyum bangga. Seronok dia apabila ada yang menyebelahinya.
Mak Jah hanya mampu menggelengkan kepala melihat gelagat majikan dan anak-anak Tengku Zubaidah yang sudah dianggap seperti anaknya sendiri. Memang sangat jarang mereka dapat berkumpul beramai-ramai seperti sekarang ini dek ketiga-tiga anak bujang Tengku Zubaidah sentiasa sibuk dengan kerja dan tugas masing-masing.
Farhan sibuk dengan tugasan universiti, Haiqal pula sibuk dengan urusan sosial dan bisnes atas taliannya, manakala Fareiz pula sibuk membantu Tengku Zubaidah menguruskan syarikat sehingga langsung tiada masa untuk berkumpul bersama.
Fareiz, Haiqal dan Farhan riuh berborak bersama dan saling menyakat. Tengku Zubaidah mengambil peluang ini untuk memandang wajah anak-anaknya satu-persatu. Jika arwah suaminya masih hidup, pasti suaminya juga amat berbangga dengan anak-anak mereka ini yang berjaya dengan cita-cita mereka sendiri. Tanpa sedar airmata Tengku Zubaidah mengalir.
Sedang Farhan dan Haiqal gigih menolong Mak Jah, Fareiz memandang sekilas Tengku Zubaidah. Dia perasan akan sepasang mata mamanya yang mula berkaca. Lantas dia bangun lalu merapati Tengku Zubaidah yang sudah pun berpaling semula ke arah dapur gas, mungkin mahu menyembunyikan tangisannya itu.
"Mama kenapa ni?" Soal Fareiz sambil tangannya mengusap lembut airmata ibunya itu. Wajah wanita yang paling disayanginya ditatap penuh kasih.
Tengku zubaidah hanya mengelengkan kepala namun airmatanya masih mengalir. Farhan dan Haiqal yang tersedar terus bangun lalu merapati mama mereka bersama rasa bimbang yang melanda hati.
"Mama," lirih Fareiz lagi, pedih hatinya melihat ibu yang mengandung dan membesarkannya dengan penuh kasih sayang menangis sebegitu.
"Mama kenapa ni? Mama janganlah sedih-sedih. Kan Carl dah balik ni," pujuk Haiqal lembut.
"Tak ada apalah. Mama cuma rasa terlalu gembira dan bahagia di saat ini. Mama rasa bersyukur sangat anak-anak mama ada di sisi mama saat ini," jelas Tengku Zubaidah lalu mereka berempat berpeluk erat.
Mak Jah juga tanpa sedar menitiskan airmatanya. Sempat juga dia menoleh ke kiri dan kanan, kot-kot kalau ada bawang yang buatkan matanya terasa pedih. Jauh di sudut hati, Mak Jah tumpang gembira dengan keluarga ini. Dia tahu Tengku Zubaidah kesunyian.
Dan airmata itu. Airmata kesyukuran, Allah memperkanankan doa Tengku Zubaidah supaya dapat menikmati suasana begini bersama-sama dan hidup bahagia.
"Syukur, Ya Allah atas kebahagian yang Engkau berikan kepada keluarga ini," lirih Mak Jah lalu kembali meneruskan kerjanya.
ANDA SEDANG MEMBACA
Izinkan Aku Bernafas
Любовные романыIAB = Sinopsis Bahagia. Semua orang inginkan bahagia. Namun, bukan mudah untuk merasai bahagia. Bahagia merupakan 'hadiah' dari sesuatu yang diperoleh dari kesabaran, kesedihan, pengorbanan dan ketabahan. Senyuman sendiri tidak hanya dinamakan bahag...
