Bab 27 ~ "Yes...i'm sure..."

1.1K 44 0
                                    

BUNYI dentuman kuat mengejutkan Farah dari lenanya. Pantas dia membuka mata dan memandang sekeliling bilik.

"Erk. Yang kau hempas pintu tu dah kenapa? Nasib baik bukan pintu kaca, kalau tak habis berderai," laung Farah bila memandang Ivy di hadapan pintu. Dia pasti bunyi dentuman itu berpunca dari hempasan pintu oleh gadis tersebut.

"Urm..."

"Kau apa hal?"

Ivy hanya membisu, dia meletakkan buku dan bag di atas katil lalu duduk di meja bacaan yang terletak di sudut bilik.

"Er. Dah kenapa?" Lirih Farah lalu bangun dan berdiri disebelah Ivy yang kelihatan mencuka,

"Si kasanova tu lah..."

"Carl?"

"Yeah! Siapa lagi," balas Ivy kegeraman. Hatinya masih sebal dengan tindakan Haiqal.

"Dia buat apa?"

"Em..."

"Bagi tau lah..."

"Dia tu lah, tak habis habis nak kacau aku. rimas kau tau tak. Mana je aku ada dia nak menempel!"

"Haha. Aku ingat apa lah." Farah mengelengkan kepala. Dia memang sedia tau perangai Haiqal yang tak reti nak give up itu.

"Kau boleh ketawa Farah?"

"Ye lah, small problem je kan. Alah kau macam tak biasa dengan perangai mamat tu kan."

"Er, memang lah, tapi dulu lain Farah. Sekarang lain."

"Apa yang lainnya?"

"Ye lah. Sekarang kan aku ada Fareiz. Abang dia..."

"Memang lah kau dengan Fareiz. So?" soal Farah penuh blur. Dahinya sudah berkerut.

"Er. Apa la kau ni Farah. Sengal. Kalau Fareiz nampak Carl mengurat aku. Kau cuba fikir apa yang dia rasa?"

Farah terdiam. Dia mengjongkit bahunya."

"Er. Slow la kau ni. Kau tau kan mamat tu macam mana. Aku takut nanti dia rasa serba salah pula."

"Erm...betul juga."

"Kan dia dengan sikap baik hati dia tu tak boleh di pisahkan. Tu aku risau..."

"Cuba kau slow talk dengan Carl. Gila la mamat tu..."

"Yeah..."

"So Fareiz ada cakap apa apa?"

"Dia just suruh aku bersabar je. Tah la Farah. Aku pun tak faham. Dia macam tak kisah. Dan sekarang ni aku jarang jumpa dia. Asyik memanjang busy dan outstation. Ni pun dia kat Singapore.

"Singapore lagi?"

"Ah ah," angguk Ivy lalu meneguk air mineral. Sudah 2 minggu dia tak bertemu Fareiz. Kebelakangan ini lelaki itu terlalu sibuk menguruskan projek baru. Mereka hanya dapat berbual di telephone sahaja.

"Haish, nasib kau la Ivy. Aka pun aku rasa better kau pergi bincang dengan Fareiz. Or mungkin kau patut ajak je dia kawin."

Tersembur air yang di minum bila mendengar kata kata Farah. Segera tangannya mencapai tisu dan mengelap bibir dan dagunya yang kebasahan.

"Kau pehal. salah ke apa aku cakap. Bukan ke tahun lepas mamat tu lamar kau? Tapi kau yang sibuk nak habiskan study dulu."

'Em. Yeah.. " ucap Ivy lalu mengeluh panjang. Dia teringat semula akan lamaran kekasihnya itu setahun yang lepas.

Izinkan Aku BernafasWhere stories live. Discover now