6 BULAN KEMUDIAN
FAREIZ menilik wajahnya di cermin. Wajahnya ketara terlihat pucat dan sedikit cengkung. Tubuhnya juga kelihatan susut. Cermin yang tergantung di bilik itu di tenungnya lagi. Sudah setengah tahun berlalu selepas Doktor Zaabar beritahu perihal penyakitnya itu, dan sejak itulah dia diwajibkan untuk mendapatkan rawatan di Singapura setiap selang dua minggu. Namun keadaan kesihatan Fareiz menjadi semakin teruk. Badannya terasa lemah dan bahkan batuknya juga semakin menjadi-jadi, kesan dari rawatan susulan yang dijalani itu.
"Haish...." Fareiz mengeluh perlahan. Dalam keadaan begini, Fareiz sedar dia tidak seharusnya kerap berjumpa dengan keluarganya. Takut kalau-kalau mereka perasan akan perubahan yang berlaku pada dirinya. Dan Ivy, pasti gadis itu akan mengesyaki ada yang tidak kena pada dirinya. Sedangkan dia tidur lewat pun gadis itu perasan. Inikan pula dengan tubuhnya yang semakin susut itu.
"No. I don't want her to know." Fareiz meraup-raup mukanya. Fikirannya kusut. Baru sebentar tadi Tengku Zubaidah menghubunginya. Tengku Zubaidah meminta Fareiz untuk tidak bertolak ke Singapore pada minggu ini serta mengarahkan Fareiz untuk menghantar sahaja wakil yang lain untuk menguruskan projek mereka di sana. Fareiz bingung dan tidak tahu apa alasan lagi mahu di berikan kepada mamanya itu. Tengku Zubaidah sudah sedikit was-was dengan alasan yang diberikan. Malah Tengku Zubaidah juga pernah bertegas mahu melawat di Singapura namun Fareiz sedaya upaya menyakinkan Mamanya itu bahawa segala urusan di sana diuruskan dengan baik. Akhirnya, Tengku Zubaidah membatalkan niat untuk ke Singapura.
Dan selama dia menjalani rawatan di negara jiran itu, Arman yang sentiasa menjadi orang tengahnya. Segala urusan projek diuruskan oleh pembantu peribadinya itu. Ketika Arman bertanya mengapa Fareiz tidak masuk ke ofis, alasan yang diberikan Fareiz ialah dia stress dan ingin berehat. Semua keputusan dan arahan di berikan kepada pembantunya itu melalui panggil telepon, mesej mahupun email. Nasib baik Arman seorang pekerja yang cekap dan boleh dipercayai. Segala urusan di uruskan dengan begitu baik termasuk 'mencover' dirinya dari di ketahui oleh Tengku zubaidah.
"Apa lagi alasan nak bagi ni? Patut ke aku hentikan je rawatan?" Lirih Fareiz seakan berputus asa. Dia mengeluh lagi sebelum melangkah keluar dari bilik air.
Suasana bilik hotel yang suram di pandangnya sayu. Bilik yang sudah menjadi rumah ketiga selain bilik di rumah keluarganya dan bilik hotel di Singapore. Punggung di lenyek di birai katil lalu handphone yang berada diatas katil di capai. Beberapa pesanan yang masuk di baca sambil sebelah tangannya meraup raup muka. Pesanan dari Ivy, kekasihnya itu benar benar membuatkan Fareiz sebak.
"Ivy...aku pun rindukan kau sayang...rindu sangat...tapi...aku tak rasa aku dapat bersama kau lagi sayang..."
YOU ARE READING
Izinkan Aku Bernafas
RomanceIAB = Sinopsis Bahagia. Semua orang inginkan bahagia. Namun, bukan mudah untuk merasai bahagia. Bahagia merupakan 'hadiah' dari sesuatu yang diperoleh dari kesabaran, kesedihan, pengorbanan dan ketabahan. Senyuman sendiri tidak hanya dinamakan bahag...