bab 79 ~ keputusan dan kesilapan

1.6K 40 23
                                    

Haiqal menggengam erat tangan gadis manis yang berada di hadapannya. Hatinya sakit mendengar apa yang di ucapkan gadis itu namun riaksinya cuba di kawal.

"Ivy ailin. Apa yang you cakap ni? Please jangan bergurau macam ni. Carl tak suka." Wajah Ivy, tunang kesayangannya di tatap sepenuh hati. Apa yang di katakan oleh si gadis memang tak dapat untuk di terimanya.

"Carl. I tak bergurau," ujar Ivy lantas menarik tangannya dari genggaman Haiqal. Kemudian Ivy menaggalkan dan memulangkan semula cincin pertunangan yang pernah di sarungkan lelaki itu.

"Ivy. Kenapa buat Carl macam ni? Apa salah Carl? Please sayang. Don't do this to me," rintih Haiqal seraya tangan gadis itu ditarik. Dia tak mahu kehilangan gadis yang kurang tiga bulan lagi menjadi miliknya yang sah.

"Carl. Ivy minta maaf. Ivy salah. Ivy terlalu terburu-buru membuat keputusan. Ivy tak sedia nak hidup dengan Carl and I also don't love you Carl."

"But Carl love you Ivy. Please bagi Carl peluang," rayu Haiqal bersama Airmata yang dah menitis. Time ni Haiqal tak kisah orang nak cakap apa. Biar lah hilang macho, hilang apa juga dia tak kisah. Dia cuma tak mahu kehilangan gadis yang sekian lama didambakannya.

"Sorry Carl. Ivy dah fikir masak-masak. Ivy tak mungkin dapat menerima Carl. Maafkan Ivy. I love someone else," ujar Ivy perlahan tanpa memikirkan perasaan Haiqal mahupun akibat keputusannya yang terburu-buru itu.

Haiqal terdiam dan merenung wajah tunangnya yang sudah menunduk. Bermacam perkara bermain di fikiran nya.

"Semua ni ada kaitan dengan Fareiz?" soal Haiqal agak kasar. Haiqal mengagak bahawa Fareiz menjadi penyebab tunangnya itu berubah fikiran.

"Jangan kaitkan Fareiz dalam hal ni. Ini keputusan Ivy sendiri. Tak ada kena mengena langsung dengan dia." Ivy berdalih dari memberitahu perkara sebenar. Seperti yang telah di janjikan pada Doktor Zaaba dia tidak boleh memberitahu perihal penyakit kekasihnya itu.

"Heh. Stop lying! Carl tau ni semua sebab cinta you dekat Fareiz kan! Mengaku sajalah!" Tengking Haiqal yang sudah hilang kewarasannya.

"Kalau betul pun, tak ada kena mengena dengan you Carl!" Jerkah Ivy membuatkan Haiqal terpana. Pegangan tangannya terlerai.

"Carl. Ni semua salah Ivy, Carl berhak benci ivy tapi sekali lagi Ivy minta, jangan salahkan abang you dan tolong lupakan Ivy. You deserve to get a better girl."

"You tak boleh buat i macam ni Ivy. You can't!"

"Maaf Carl," ucap Ivy lalu melangkah pergi meninggalkan Haiqal yang sudah menjerit memanggil namanya.

"Sorry Carl. Ivy perlu lakukan semua ni. Ivy tak nak menyakitkan Fareiz dengan berkahwin dengan you," lirih ivy perlahan.

Ivy merasakan ini keputusan paling wajar di lakukan tanpa menyedari keputusannya yang terburu-buru itu hanya memberikan kesan yang buruk. Ivy lupa ayat maaf bukan jalan mudah untuk menyelesaikan masalah yang telah ciptanya sendiri.

Izinkan Aku BernafasWhere stories live. Discover now