bab 76 ~ masa lalu

1K 27 3
                                    

Ivy berjalan perlahan menyusuri kaki lima hospital. Hatinya di cekalkan untuk terus melangkah ke arah bangunan pengurusan yang terletak di tingkat 8 hospital. Terlalu banyak kenangan di hospital itu sehingga puas Ivy menahan airmatanya dari jatuh berjuraian. Satu persatu peristiwa lama bermain di ingatannya.

Pondok kecil yang terletak di bahagian tengah hospital di pandang. Di pondok itu lah dia mula memahami lelaki yang bernama Emmir Fareiz. Ahli sukan yang kehilangan semangat dan impiannya. Dan di situ jugalah dia berjaya mengembalikan senyuman di bibir lelaki yang amat di cintainya itu. Terbayang-bayang di ruang ingatan Ivy, wajah Fareiz yang sedaya upaya cuba untuk melangkah ke arahnya tanpa bantuan dari tongkat yang menjadi kaki ketiga lelaki itu sejak kemalangan yang menimpa.

Hampir 6 bulan Fareiz menjadi penghuni di hospital dan sepanjang itulah Ivy menjadi jururawat yang sentiasa menjaganya. Selepas lelaki itu di benarkan keluar dari ward, Ivy kekal menjadi nurse peribadi Fareiz. Lama kelamaan, hubungan mereka menjadi semakin rapat dan akhirnya mereka berpasangan. Sungguh Fareiz sangat bererti dalam hidup Ivy dan hanya lelaki itu yang Ivy mahukan untuk sempurnakan hidupnya.

"Eh Ivy ailin kan?" Sapa seorang jururawat yang agak berusia mematikan lamunan Ivy. Ivy mengerutkan dahi cuba mengingati siapakah gerangan wanita itu.

"Kak Bee?" lirih Ivy seraya memeluk tubuh wanita di hadapannya itu.

"Hah. Ingat pun. Wah dah hampir 3 tahun kita tak jumpa kan?"

"Yeah Kak. Akak apa khabar? Macam mana life?" soal Ivy bersama senyuman yang di paksa.

"Alhamdulilah baik. Macam ni lah Ivy, masih jururawat yang sama." Jururawat yang di panggil Kak Bee tersenyum manis. Dia merupakan jururawat yang penah menjadi senior Ivy di hospital tsrsebut.

"Hehe. Still jururawat yang garang.".

"Haha. Kutuk akak ya? So Ivy sekarang buat apa?"

"Ivy study kak dan hari ni Ivy lapor diri kat sini untuk tugasan akhir."

"Wah. Bakal doktor la ni kan?"

"Macam tu la Kak."

"Bagus. Akak bangga dengan Ivy. Erm Ivy, akak pergi dulu ya. Nanti bising pula Doktor."

"Okay Kak," ujar Ivy. Matanya memerhatikan Kak Bee yang menghilang di sebalik blok hospital itu. Ivy senang bertemu dengan seniornya yang dulu sentisa membantu dan memberi tunjuk ajar.

Masih Ivy ingat. Dengan wanita itu lah dia di tugaskan untuk menjaga pesakit VIP yang amat memeningkan kepala. Setiap hari dia mahu pun Kak Bee di halau lelaki tu. Namun kerana kata-Kata semangat dari Kak Bee dan juga rasa kasihnya pada lelaki itu. Ivy langsung tidak berputus asa dan kekal merawat jiwa lelaki yang bernama Emmir Fareiz itu.

"Ternyata semuanya masih sama. Tak ada yang berubah. Yang berubah hanya awak Fareiz. Hanya awak," gumam Ivy bersama airmatanya yang menitis di pipinya.

"Sis. You okay?" Sapa seorang gadis muda yang berpakaian nurse. Dari pakaiannya jelas menunjuk kan gadis itu pelajar practical.

"Saya okay. Thanks," ucap Ivy perlahan lantas meneruskan langkahnya. Walaupun sukar untuknya mengharungi setiap kenangan itu namun Ivy sedar dia terpaksa menempuh semua itu kerana itu jalan yang telah dipilihnya.

Izinkan Aku BernafasWhere stories live. Discover now