"A...abang..." lirih Farhan perlahan. Tak sampai hati dia mahu mengganggu abangnya itu. Farhan segera mencapai fail yang tergantung di hadapan katil. Nama doktor yang merawat Fareiz dicarinya. Farhan mengetap bibir menahan geram.
Dia kemudiannya melangkah keluar dari bilik itu lalu terus mengatur langkah ke bilik Doktor yang merawat Fareiz. Pintu bilik dibuka.
"Farhan?"
"Apa maksud semua ni?!" soal Farhan bengang sambil menunjukkan fail yang diambil dari katil Fareiz tadi.
Doktor Ahmad mengangkat muka. Fail yang ditunjukkan Farhan dicapai tenang. Nama yang tertera di fail itu dibaca sebelum memandang wajah Farhan yang sudah memerah menahan marah.
"Maksud semua ni?" soalan Farhan dibalas dengan soalan juga. Dia tidak mengerti dengan apa yang ingin disampaikan Farhan.
"Saya tanya kenapa dengan abang saya?! Kenapa dia boleh ada dalam bilik tu dan kenapa dia boleh terbaring kat atas katil tu?!"
Doktor Ahmad mengerutkan dahinya. "Abang kamu?" serentak dengan itu Doktor Ahmad cuba membandingkan nama Farhan dan Fareiz.
'Tengku Emmir Fareiz...Tengku Emmir Farhan...?" mata Doktor Ahmad membulat besar.
"Jadi Tengku Fareiz adalah abang kamu?" tanya Doktor Ahmad sedikit terkejut.
"Saya tak akan macam ni kalau dia bukan abang saya. Jadi sekarang ni, saya nak tahu, kenapa abang saya boleh ada kat hospital ni? Dia sakit apa, doktor?" soal Farhan bersama nada suara yang sudah mula mengendur. Airmata sudah bertakung di alis mata menggu saja saat untuk mengalir.
Doktor Ahmad mengeluh perlahan, "Maaf Farhan, tapi saya tidak boleh beritahu perihal pesakit. Ini prosedur hospital. Kamu pun maklum bukan dengan perkara ini?"
"Kenapa pula tak boleh? Saya adik kandung dia lah, Doktor! Saya tak kisah pasal prosedur tu semua! Yang saya nak tahu sekarang, kenapa dengan abang saya?!" Farhan kembali dengan anginnya.
Doktor Ahmad mengeluh lagi. Dia bangun dari kerusinya lalu merapati Farhan. Bahu anak muda itu ditepuk perlahan.
"Farhan, saya rasa hal ini kamu patut tanya dengan abang kamu sendiri. Dan saya juga berharap yang kamu tidak menyalahkannya. Percayalah, semua yang berlaku pasti bersebab, Farhan. Ada sebab kenapa abang kamu rahsiakan semua ini dari kamu. Saya minta maaf, itu sahaja yang saya boleh katakan."
Farhan terdiam. Dia meraup wajahnya perlahan. Bermacam persoalan bermain di fikiran tika ini.
'Ya Allah... abang...' lirihnya sayu.
**********************
"MAAF," ucap Fareiz kepada adik bongsunya itu. Dia sudah menunduk. Tidak sanggup rasanya dia untuk menatap wajah tegang dan serius Farhan. Fareiz sedar Farhan pasti amat terkilan dengan dirinya kerana merahsiakan penyakitnya itu.
"Hurm..."
Farhan menghembus nafasnya perlahan, rasa marahnya sudah bercampur dengan rasa sedih. Tubir matanya terasa panas. Penjelasan Fareiz tadi benar-benar buat dirinya terasa seperti adik yang tidak berguna. Masakan tika abangnya sedang bertarung dengan penyakit yang serius ini, dia tidak mengetahui apa-apa?
"Jadi..." Farhan menunduk. Airmatanya menitik. Terlalu sukar untuk dia menuturkan kata "...kenapa?"
Fareiz angkat muka. Farhan juga.
"...Kenapa abang rahsiakan semua ni? Abang boleh beritahu Farhan. Abang tak perlu tanggung ni semua sorang-sorang. Kalau Farhan tak tahu dan...ti...tiba tiba abang dah..." Farhan tunduk lagi. Bibir di ketapkan menahan rasa namun airmata yang cuba di tahan airnya mengalir.
"Farhan...please jangan macam ni," pinta Fareiz lalu mengesat airmata yang mengalir di pipi adik lelakinya itu.
"Lelaki tak boleh menangis macam ni. Malulah..." Fareiz tersenyum lemah. Senyum yang di paksa. Dia tidak suka melihat adiknya menangis.
"...How can you...smile depan kitaorang like nothing happened on you bro? You gelak, you senyum with us semua. But..." Farhan tak mampu nak meneruskan kata-katanya. Wajah dan senyuman abangnya di pandang sayu.
Fareiz senyum lagi. Bahu adiknya itu ditepuk perlahan. "Sebab abang sayang korang semua...Farhan janganlah risau ya, Alhamdullilah abang dah semakin sembuh," bohong Fareiz.
Cukuplah. Dia tidak mahu sesiapa risau akan keadaanya lagi kerana melihat tangisan orang tersayang lebih menyakitkan.
Farhan angkat muka. "Then how about Mama?"
"Don't tell her. Please Farhan? Abang betul-betul tak boleh tengok Mama menangis sebab abang. Cukuplah tangisan Mama sebelum ni. Abang dah tak kuat nak tengok Mama macam tu lagi. It's okay. I'm fine now." lembut tutur kata Fareiz.
Farhan pandang abangnya lama. "We all sayang abang. Why you have alami semua ni? Just...just...why?" soalnya sayu. Jikalau boleh, ingin sahaja dipindahkan derita abangnya itu pada dirinya.
Fareiz senyum lemah. "Kerana semuanya berlaku bersebab. Itu sahaja yang abang percaya, and you also have to."
Farhan mati kata. Hanya mata masih tetap menatap pada lelaki yang sudah berpaling dan merenung ke luar jendela.
'Ya Allah. Maafkan diriku kerana pembohongan ini. Kerana jika dengan pembohongan mampu membahagiakan, aku rela digelar pembohong, pendusta, bahkan apa jua. Asalkan aku bisa melihat senyuman dan gelak tawa dari insan insan yang aku sayang. Itu sudah cukup untuk aku. Dan...maafkan abang, Farhan...'
YOU ARE READING
Izinkan Aku Bernafas
RomansaIAB = Sinopsis Bahagia. Semua orang inginkan bahagia. Namun, bukan mudah untuk merasai bahagia. Bahagia merupakan 'hadiah' dari sesuatu yang diperoleh dari kesabaran, kesedihan, pengorbanan dan ketabahan. Senyuman sendiri tidak hanya dinamakan bahag...