Langkah Farhan di perhatikan sehinggalah lelaki itu hilang dari pandangan. Anak matanya dikecilkan untuk memfokus penglihatannya.
"Buat apa Farhan bersama dengan Doktor Zaaba?' Ivy yang sedari tadi memerhatikan Farhan berfikir fikir sendiri. Perasaan ingin tahu menguasai fikiran gadis itu apabila melihat Farhan keluar dari wad VIP di temani Doktor Zaaba. Wajah Farhan kelihatan amat sunggul membuatkan hati Ivy semakin penasaran.
"Siapa sakit?" Ivy melangkah perlahan ke arah wad yang di lawati bakal adik iparnya itu. Entah kenapa dadanya semakin berdebar-debar. Ivy menelan airliurnya sebelum tangannya memulas tombol pintu lantas pintu wad di buka. Ivy melangkah perlahan lahan mendekati pesakit yang terbaring di katil yang terletak berdekatan jendela yang besar itu. Namun langkah Ivy terhenti apabila melihat susuk tubuh insan yang amat disayanginya berada di atas katil tersebut.
"Fareiz," lirih Ivy lemah. Hampir saja dia jatuh terjelupuk melihat lelaki itu. Ivy tiada kekuatan untuk terus melangkah. Seluruh tubuhnya serasa menggigil. Melihat orang yang tersayang terbaring lemah dengan wajah yang pucat membuatkan airmatanya menitis lagi buat sekian kalinya.
"Apa semua ni?" Ivy bingung. Ketika ini, Ivy hendak saja mendekati dan memeluk tubuh itu namun dia tak mampu. Berbagai persoalan bermain di fikirannya.
"Who are you and what you doing here?" soal Doktor Zaaba. Dia yang masuk ke dalam wad untuk memeriksa keadaan pesakitnya terkejut apabila melihat seorang gadis berbaju kurung berada berhampiran katil pesakitnya itu.
Ivy yang mendengar sergahan Doktor Zaabar segera berpaling dan matanya memandang ke arah doktor yang amat di kenalinya.
"Oh Ivy. Saya ingat siapa. Nurse beritahu awak saya ada disini?" soal Doktor Zaaba sambil tersenyum kepada bakal residentsnya di hospital itu.
"Doktor, kenapa dengan Fareiz?" Ujar Ivy tanpa membalas pertanyaan lelaki itu. Wajah doktor Zaaba di pandang sayu mengharapkan sebuah jawapan.
********************
"Argh! You are so stupid Ivy! Kenapa kau tak boleh sedar apa yang dia sedang lalui!" jerit Ivy dengan penuh kesal.
"Kau kata kau sayang dia. Kau kenal dia tapi sampai dia sakit teruk macam tu pun kau tak boleh perasan. Kekasih jenis apa kau ni," gumam Ivy. Airmatanya tak henti-henti mengalir. Dia berasa begitu kesal. Bagaimana dia boleh tak sedar sikit pun tentang apa yang sedang menimpa kekasihnya itu. Tika ini Ivy merasakan dia lah wanita paling tak berguna sekali.
Ivy memandang bingkai gambar pertunangannya yang terletak kemas di meja solek. Hatinya bertambah sayu.
"Ya Allah. What I have done? Aku dah lukakan hati dia. Kenapa aku terlalu bodoh mengikut kata hati tanpa berfikir dengan lebih wajar!" Ivy mengetap bibir. Rasa marah dengan dirinya sendiri.
" Fareiz, maafkan Ivy. Ivy baru sedar semua yang you lakukan selama ni hanya kerana tidak mahu Ivy bersedih. Maafkan Ivy Fareiz, Ivy silap menilai you." Rintih Ivy lagi sambil tangannya menggengam kuat bingkai gamba pertunangannya itu. Satu persatu kata-kata Doktor Zaabar siang tadi bermain di fikiran Ivy membuatkan emosinya menjadi semakin tertekan.
-Imbas kembali-
"Kenapa dengan Fareiz doktor. Kenapa dia terbaring macam ni."
"Ivy. Kita cakap di luar please," pinta Doktor Zaaba lalu melangkah keluar di susuli Ivy yang masih melirih pada Fareiz.
"Doktor. Tolonglah bagitahu saya. Kenapa dengan Fareiz."
"Dia mengalami komplikasi hati."
Ivy terpana mendengar kata kata yang lahir dari mulut Doktor di hadapannya. Nasib baik dia berpahut pada kerusi menunggu juka tidak pasti dia sudah terjelupuk ke lantai.
"Tak mungkin doktor. Dia nampak sihat je selama ni. Tak mungkin dia sakit. Doktor silap!"
"Ivy, dah lebih 1 tahun dia sakit dan telah pun menjalani rawatan susulan."
"Tipu! Doktor bercakap bohong kan?" Ivy membentak kasar seraya tangannya membaling file yang di pegang.
"Ivy please jangan macam ni. You juga bakal seorang doktor. Tolong kawal emosi you." marah Doktor Zaaba.
Ivy terdiam mendengar tengkingkan dari Doktor Zaaba. Dia sedar akan silapnya namun tika ini, tiada lagi kewarasan yang di rasakan. Hanya Fareiz yang memenuhi fikirannya.
"Ivy rapat dengan dia?"
"Em...yeah..."
"He never tell you anything?" soal Doktor zaaba lagi. Tiada balasan dari Ivy namun wajah sedih Ivy memberikan jawapan pada soalan yang di lemparkan. Doktor Zaaba meraup mukanya sebelum menyambung kata-kata.
"Fareiz. Saya tak tau nak cakap apa. Serba salah saya dibuatnya. Dia langsung tak mahu sesiapa tahu mengenai penyakitnya ni termasuk keluarga dia sendiri." Doktor Zaaba memandang ke luar jendela. Rasa bersalah menerajui hatinya.
'Maafkan saya Fareiz. Saya melanggar amanah awak dengan memberitahu perihal penyakit awak kepada gadis ini,' lirih Doktor zaaba sendiri.
"Fareiz. Kenapa you rahsiakan semua ni. Kenapa Fareiz" rintih ivy bersama airrmata yang tak henti mengalir di pipinya.
"Ivy. Jangan macam ni. You kena kuat sebab saat macam ni hanya you dengan Farhan yang bisa menjadi kekuatan untuk dia," pujuk Doktor Zaabar cuba menenangkan Ivy yang menangis teresak esak.
"Farhan tahu?"
"Yea. Sama macam awak, kebetulan. Jika tak sampi sudah takkan ada siapa yang tahu. But Ivy, please jangan bagi tahu yang lain sebab ini amanah dia. Kalau Fareiz nak bagi tau. Biar dari mulut dia sendiri. Kita perlu hormat permintaan dia. Dan ini salah satu etika kita sebagai seorang doktor."
"Em..."
"Ivy. Saya minta, tolong jangan buat Fareiz bertambah stress. Kasihan dia."
-Tamat Imbas kembali-
"Fareiz. Kenapa mesti berahsia. Jauh sangat ke Ivy dari hati you sehingga tak kongsi kepedihan ini," gumam Ivy seraya wajah Fareiz bermain di fikirannya. Bagaimana lelaki itu sanggup menanggung segala kesakitan itu sendiri.
"You always put other first without thinking of yourself Fareiz," Sekali lagi Ivy merenung bingkai gambar yang sedang di pegang serentak itu smartphonenya di hidupkan. Number Haiqal di dail. Dia harus segera mengakhiri semua ini. Ivy tak mahu terus menyakiti hati lelaki yang amat di cintai itu.
"Carl we need to talk."
YOU ARE READING
Izinkan Aku Bernafas
RomansaIAB = Sinopsis Bahagia. Semua orang inginkan bahagia. Namun, bukan mudah untuk merasai bahagia. Bahagia merupakan 'hadiah' dari sesuatu yang diperoleh dari kesabaran, kesedihan, pengorbanan dan ketabahan. Senyuman sendiri tidak hanya dinamakan bahag...