bab 71 ~ semoga berbahagia sayang

1.3K 53 21
                                    

Suasana di rumah Tengku zubaidah riuh rendah malam itu. Di penuhi sanak saudara dan kenalan terdekat. Di sebabkan Ivy merupakan anak yatim piatu, segala urusan pertunangan di jalankan di rumah Tengku zubaidah sahaja. Barang-barang hantaran sebanyak 14 dulang siap di gubah cantik dan terletak kemas di atas meja. Halaman rumah juga telah di hias dengan indah. Kerusi meja di susun rapi dengan beratapkan khemah untuk para tetamu. Tak ubah seperti majlis perkahwinan.

Fariez memandang pelamin yang telah siap di pasang. Pelamin yang bertemakan garden itu kelihatan sangat cantik mesti pun segalanya hanya mengunakan bunga dan daun plastik.

"Memang citarasa you kan," lirih Fareiz perlahan. Dia masih ingat apa yang di perkatakan Ivy mengenai pelamin idamannya. Excited sungguh gadis itu bercerita.

"Now your dream come true..."

"Dream? Dream siapa?" soal Haiqal yang tiba tiba muncul di belakang Fareiz.

"Ah Carl. Tak ada siapa. Wah! Segak betul adik abang ni. Dah macam model," puji Fareiz cuba lari dari soalan adiknya itu. Penampilan Haiqal di perhatikan. Dengan memakai sut hitam yang bergaya. Menambahkan lagi kekacakkannya itu. Hati Fareiz senang melihat wajah bahagia adiknya yang bakal menjadi tunangan orang beberapa minit je lagi.

"Of cause la. Aku kan memang selalu segak dan macho."

"Haha. Dah mula dah adik abang ni."

"Hihi. Kau tak ajak Fiona ke bang?"

"Ish tak lah. Nanti bising pula mama."

"Ah ah kan. Kesian kau. Macam mana lah kau nak pujuk mama tu."

"Hehe. Nanti lah abang fikir. Ni Ivy mana tak turun lagi?"

"Ada kat atas lagi kot. Tadi Mak Jah cakap dia tengah bersolek. Ha tu dia."

"Panjang umur," ujar Fareiz seraya berpaling ke arah yang di tunjukkan Haiqal dan memandang Ivy yang sedang melangkah perlahan menuruni tangga. Gadis itu kelihatan amat cantik dengan dress berwarna peach. Warna kesukaan gadis itu. Dan Fareiz perasan dress itu dress yang sama pernah dipilihnya suatu ketika dulu.

"Wow...she's so pretty." Kedengaran suara Haiqal memuji dengan nada teruja lantas menuju ke arah Ivy yang kelihatan sangat anggun.

"Yeah. She's beautiful. So beautiful," gumam Fareiz sendiri. Mestipun hatinya terluka menerima hakikat namun Fareiz redha dengan segala yang berlaku dalam hidupnya. Mata Fareiz menatap wajah gadis yang amat dirindui. Dia hanya mampu tersenyum apabila melihat Haiqal memimpin tangan Ivy yang kelihatan gembira dengan senyuman manis terukir di bibir.

"Terima kasih kepada semua yang sudi hadir pada malam ini. Seperti yang semua sedia maklum. Hari ini merupakan hari yang paling berbahagia bagi kami sekeluarga dimana anak bujang saya, Emmir Haiqal akan mengikat tali pertunangan dengan gadis impiannya. Dan tak kurang dari 6 bulan mereka akan di ijabkabulkan," ucap Tengku zubaidah dengan penuh rasa gembira. Mukanya tidak lekang dengan senyuman dan ketawa.

"Ivy. Selamat datang ke dalam keluarga kami," ujar Tengku zubaidah lagi lalu memeluk gadis kesayangan anaknya itu. Haiqal yang berada di sisi Tengku Zubaidah tersenyum bahagia.

"So Carl cepat lah sarungkan cincin dekat tunang Carl tu," arah Tengku zubaidah lalu di sahut oleh tetamu yang hadir. Masing masing begitu teruja untuk menyaksikan majlis pertunangan yang tidak ubah seperti majlis persandingan. Semua mata memandang ke arah pentas untuk melihat detik bahagia itu. Namun tidak pada Fareiz. Dia hanya menunduk dan mengalihkan pandangannya dari melihat apa yang sedang berlaku. Mestipun dia ikhlas namun hatinya tidak kuat untuk menyaksikan gadis yang amat disayangi menjadi milik adik kandungnya sendiri. Terlalu perit rasa hatinya mendengar segala yang di ucapkan oleh Tengku zubaidah apatah lagi menyaksikan detik penyatuan dua hati itu.

"Ya Allah. Kau kuatkan lah hatiku. Sesungguhnya aku amat lemah ketika ini." Wajah Ivy yang tersenyum bahagia di samping Haiqal di pandang sekilas. Dadanya terasa amat sakit.

'Semoga berbahagia sayang,' gumam Fareiz lantas melangkah menjauhi pentas yang dihiasi pelamain indah itu. Airmata yang puas di tahan akhir nya mengalir juga.

Farhan yang sedari awal memerhati gerak geri Fareiz hanya mampu mengelengkan kepala. Dia kasihan dengan takdir yang menimpa abangnya itu. Farhan pasti abangnya sangat terluka.

Izinkan Aku BernafasWhere stories live. Discover now