Bab 5 ~ Janji

1.9K 69 2
                                        

"Sayang, jika sesuatu berlaku pada papa, sayang jagalah syarikat dan anak-anak kita dengan baik. Lagipun papa yakin Fareiz, Haiqal mahupun Farhan sudah mampu untuk handle syarikat," pesan Tengku Mukriz kepada isterinya.

"Apa papa cakap ni?" Marah Tengku Zubaidah. Mata suaminya ditenung tajam. Cukuplah dengan keadaan Fareiz, dia tidak mahu kehilangan suaminya di saat saat begini.

Tengku Mukriz memandang ke luar jendela tanpa membalas pertanyaan isterinya. Dia memikirkan keputusan yang bakal dibuatnya itu. Tengku Mukriz pasti bukan mudah untuk mendapatkan persetujuan dari isteri dan anak-anaknya, malah Doktor Zaabar sendiri tidak bersetuju dengan keputusannya itu.

"Tidak. Saya tak rasa apa yang Tengku buat ini betul. Memandangkan keadaan kesihatan Tengku yang tidak begitu baik, saya tak rasa pembedahan ini akan berjalan dengan lancar. Banyak risiko besar yang bakal Tengku terima." Lantang Doktor Zaabar melontarkan pendapatnya. Sebagai doktor pakar yang telah berkhidmat lama dalam dunia perubatan, pasti sahaja dia sedar akan keburukkan pembedahan itu.

Tengku Mukris hanya tersenyum kelat. Apapun yang dikatakan Doktor itu, dia tetap dengan keputusannya untuk melakukan pembedahan. Keputusan padanan ginjal yang telah diperoleh itu membuatkan Tengku Mukris nekad untuk mendermakan ginjalnya. Tengku Mukris sedar secara umumnya setiap orang pasti tidak bersedia untuk mendermakan buah pinggang mereka kepada yang memerlukan kerana beranggapan kehilangan salah satu buah pinggang akan menyebabkan kehidupan tidak sempurna. Malah, mereka juga beranggapan penderma organ tersebut mungkin akan berhadapan dengan pelbagai kompilasi penyakit lain.

Namun itu tidak menjadi penghalang bagi Tengku Mukriz untuk meneruskan niatnya. Biarlah apa penyakit atau kesan lain yang bakal diterimanya, dia tidak ambil kisah asalkan anak kesayangannya itu mampu di selamatkan. Jika hanya menunggu sehingga ada yang sedia mendermakan ginjal, sudah pasti anaknya itu tidak akan dapat bertahan.

"Papa." Panggil Tengku Zubaidah menyedarkan suaminya itu dari lamunan.

Tengku Mukris pantas berpaling dan memberikan secebis senyuman kepada isteri yang disayanginya itu.

"Ya ma?"

"Papa okay ke ni? Kenapa Papa cakap yang bukan-bukan?" Soal Tengku Zubaidah risau.

"Tiada apa lah. Papa cuma saja terfikir. Yelah, siapa tahu kan esok lusa apa-apa bakal jadi dekat papa. Papa cuma ingatkan mama je." Kata Tengku Mukris tenang.

Tengku Zubaidah hanya terdiam mendengar kata-kata Tengku Mukris yang sepertinya mempunyai makna tersirat di sebaliknya. Dia berdoa di dalam hati suapaya tiada apa yang bakal terjadi kepadanya suaminya itu.

********************

"Bagaimana dengan abang?" Soal Haiqal dalam keadaan tecungap-cungap. Dia terus bergegas ke situ apabila mendapat panggilan dari Farhan supaya menyuruhnya segera kembali ke hospital.

"Doktor masih memeriksa keadaan abang sekarang ni." Jawab Farhan bersama keluhan risau. Sedari tadi dia tidak henti memikirkan keadaan abang sulungnya itu.

Dia sangat risau dengan keadaan Fareiz. Baru sebentar tadi dia melihat Fareiz memuntahkan semula semua makanan yang dimakannya dan mengerang kesakitan. Farhan tidak berdaya untuk melakukan apa-apa. Dia terlalu sedih melihat keadaan abangnya.

Setelah pemeriksaan selesai dilakukan, Doktor Zaabar kemudiannya keluar dari wad dan berbincang dengan ahli keluarga Fareiz. Doktor Zaabar menggelengkan kepalanya sebagai tanda sesuatu yang tidak baik telah berlaku.

"Nampaknya pembedahan perlu dilakukan dengan segera. Jika tidak, mungkin harapan dia untuk kembali sihat seperti biasa sangat nipis." Jelas Doktor Zaabar yang turut risau dengan keadaan Fareiz.

Sejurus mendengar penerangan daripada Dr.Zaabar, Tengku Zubaidah menangis teresak-esak mengenangkan nasib anaknya. Begitu juga Farhan, Haiqal dan juga Tengku Mukris yang sedih apabila mendengar bahawa Fareiz mungkin akan mengalami kecacatan lumpuh jika tidak melakukan pemindahan ginjal. Tidak mungkin lelaki itu akan menerima kenyataan bahawa dia akan lumpuh untuk selamanya.

"Abang. Papa akan selamatkan abang. Papa janji."

Izinkan Aku BernafasCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang