bab 58 ~ How

1K 49 5
                                    

"Ha mama. Apa berita yang mama nak kasi tau ni? Berdebar la pula Han rasa." Ujar Farhan penuh teruja. Dia mengambil tempat di sisi Tengku Zubaidah.

Haiqal pula duduk berhadapan dengan Zubaidah. Wajahnya kelihatan amat ceria.

"Ah ah ma. Ada apa ya?" soal Fareiz pula.

Tengku Zubaidah membetulkan duduknya. Senyuman diukirkan sebelum menuturkan kata.

"Untuk pengetahun semua. Haiqal kesayangan kita ni nak tamatkan zaman bujang dia dalam masa terdekat ni," ujar Tengku Zubaidah dengan nada gembira.

"Ha? Mama gurau eh?"

"Ish budak ni. Kau dengar dulu boleh tak?" marah Haiqal. Tangannya mencampakkan bantal ke arah Farhan yang sudah tertawa. Dia tersengih girang kemudian melirih pula pada wajah abang sulungnya. Haiqal mahu tahu apa riaksi dari Fareiz mengenai berita yang di sampaikan mamanya itu.

"Han ni suka potong mama nak cakap," senyum Tengku Zubaidah sebelum meneruskan lagi percakapan.

"Carl ni, dia nak mama buat majlis pertunangan dengan Ivy hujung minggu ni. Katanya Ivy pun sudah bersetuju."

"Ivy? Ivy ailin? Bekas jururawat abang tu?"

"Ah ah...betul lah tu."

"Are you sure bro?" Farhan segera berpaling ke arah Haiqal dengan muka terkejut.

"Yeah sure. Buat apa aku nak main-main," ujar Haiqal. Wajah Fareiz sekali lagi di kerling. Dia menanti reaksi dari abang sulongnya itu.

"It's a good news mama. Carl, congratulations, I'm happy for you," ucap Fareiz lantas bangun dan memeluk tubuh Haiqal. Bibirnya mengukirkan senyuman mesti di dalam hati hanya Allah yang tahu betapa pedih rasanya mendengarkan berita itu

"Thanks bro. Kau dengan Fiona bila lagi?"

"Haha. Lambat lagi." Tawa Fareiz.

"Fiona? Kenapa dengan Fiona. Jangan cakap yang Fariez dah berbalik semula dengan Fiona! Mama tak setuju." Sampuk Tengku Zubaidah. Mukanya sudah memerah mendengar nama gadis itu disebut.

"Eh ma. Tak lah. Carl ni je saja menyakat."

"Betul ni?"

"Ye ma. Jangan risau okay?" ujar Fareiz. Tangannya menyentuh lembut lengan Tengku Zubaidah sedangkan Haiqal sudah mengaru-garukan dahinya.

"Masaklah, mama juga masih marahkan perempuan tu," bisik Haiqal perlahan ke telinga Fareiz.

"Hihi." Fareiz hanya tersengih tanpa membalas.

Farhan yang sedari tadi menjadi pendengar mengeluh panjang. Farhan tahu abangnya itu sangat menyintai Ivy. Dan dia ternampak gamba mesra mereka berdua di screen telephone abangnya itu.

'You hurt yourself again and smile like nothing happen. How come you can life like this abang.'

Izinkan Aku BernafasWhere stories live. Discover now