bab 55 ~ kepalsuan cinta

914 28 0
                                    

"Ivy, betul ke keputusan yang you buat ni? You janganlah terburu-buru. Hal tunang kawin ni bukan boleh di buat main tau." Nasihat Farah kepada sahabat baiknya itu. Sungguh dia terkejut mendengar berita yang di sampaikan oleh Ivy.

"No Farah. I tak main-main. I dah fikir and I rasa, ni lah keputusan paling terbaik yang pernah i buat."

"But, you tak cinta dia kan? Macam mana you nak hidup dengan dia."

"Cinta? Heh. I dah tak nak jadi buta sebab cinta Farah," lirih Ivy lalu tersenyum tawar.

"Sepanjang hidup i, i hanya meminati dan mencintai seorang lelaki sahaja. Hanya dia yang pernah bertahta dalam hati i tapi you tengok. Apa yang i dapat? Penipuan. Dia campak i macam tu je. So apa erti cinta buat i?" Sekali lagi airmata Ivy menitis. Walaupun dia cuba bertahan namun tiap kali berbicara mahupun mengingati Fareiz, pasti hatinya akan terguris.

"Ivy..."

"It's okay Farah. I tahu Carl adalah pilihan yang terbaik untuk i. Lagi pun dari dulu dia suka dekat i. I je buta tak kenal antara kaca atau permata."

"But boleh ke you bertahan? If you dengan Carl, you pasti akan bertembung dengan Fareiz setiap hari. You pasti you mampu nak handle?"

"I will and I akan tunjukkan dekat dia yang I pun boleh berbahagia tanpa dia."

Farah hanya mampu menggelengkan kepala. Dia tahu Ivy berkahwin dengan Haiqal semata-mata kerana sakit hati.

"Ivy, I harap you tak menyesal."

"No. I takkan menyesal. I pasti dengan keputusan i ni."

Ivy nekad. Biarlah apa yang akan terjadi. Dia tetap dengan keputusannya untuk memilih Haiqal. Dia nak Fareiz melihat kegembiraan yang mampu dia kecapi bersama Haiqal.

Izinkan Aku BernafasWhere stories live. Discover now