"SMILE please," Pinta haiqal. Jarinya di tekankan ke kedua-dua belah pipi. Cuba untuk menunjukkan isyarat senyum.
Ivy hanya tersenyum tawar melihat gurauan lelaki itu.
"This my girl. Dah jangan sedih-sedih. Sakit hati Carl ni bila tengok my fav junior muram macam ni," pujuk Haiqal lagi.
"Okay..."
"Nah ambil ni. Makan. Orang cakap coklat boleh hilangkan stress." Coklat yang di beli dari kedai 7-11 di hulurkan kepada gadis itu dan diselit sekuntum bunga ros plastik. Memandangkan Ivy alah dengan bunga. Haiqal sengaja membelikan bunga ros plastik.
"Tapi coklat juga boleh menyebabkan gemuk. Ivy tak beberapa suka makan coklat," lirih Ivy sambil tersenyum melihat bunga ros plastik yang di kepilkan bersama coklat.
'Carl. Carl. Terlalu jauh beza antara dia dan Fareiz," gumam Ivy. Sepanjang percintaan dia dengan Fareiz lelaki itu jarang bersifat romantik. Boleh di kira berapa kali sahaja lelaki itu belikan coklat ataupun bunga. Meski pun Ivy alah pada bunga dan coklat bukan lah kesukanya namun jauh di sudut hati Ivy. Jika lelaki itu menghadiahkan, pasti dia akan menerima sepenuh hati. Ivy akui Fariez langsung tidak reti bermain kata seperti Haiqal. Namun sikapnya yang penyayang, serius tapi murah dengan senyuman itu membuatkan Fareiz terlalu istimewa dan berbeza dengan lelaki lain yang pernah di kenalinya.
"Kenapa you berubah," lirih Ivy perlahan. Airmata Ivy menitis lagi.
"Hei kenapa ni? Ivy masih fikirkan Fareiz?" Pipi Ivy disentuh Haiqal lalu airmata gadis itu lap perlahan-lahan dengan penuh kasih sayang.
"Ivy please. Abang dah pilih kebahagiaan dia. So you kena cari kebahagiaan you. Kenapa you nak menyeksa diri you sendiri." Marah Haiqal namun nada suaranya dikawal.
"But Carl..."
"Tak ada tapi-tapi. You kena terima. I know you gadis yang kuat. And...I thinks I had to do this." Haiqal menarik nafas perlahan. Cincin yang di simpan di dashboard kereta di keluarkan lalu wajah Ivy di renung. Haiqal nekad, kali ini dia tidak mahu melepaskan peluang lagi. Hanya gadis itu yang dimahukan. Setelah bertahun-tahun gadis itu membelenggu fikirannya baru kini dia berjaya masuk ke dalam kehidupan gadis impiannya itu.
"Carl tak nak cakap, will you marry me. But Carl nak cakap, Ivy ailin please...please marry me. I will make you happy and only you can make me happy. I'm swear"
Buntang mata Ivy mendengar kata-kata yang di ucapkan oleh lelaki kasanova itu.
"Carl. Jangan gurau time macam ni."
"No. Carl tak bergurau. I mean it. Please marry me. I need you," ujar Haiqal lagi dengan pandangan mata yang penuh dengan pengharapan.
"Carl. Semua ni macam terlalu awal. Tolong bagi Ivy ruang untuk berfikir."
"It's okay sayang. Take your time but please, i really need you beside me," pinta Haiqal lagi sedikit merayu.
"Thanks, balas Ivy senada. Matanya di larikan dari terus memandang Haiqal. Ivy keliru dengan perasaannya sendiri ketika ini.
"Okay lah, i masuk dulu, bye," Ivy membuka pintu tanpa sempat Haiqal keluar untuk membuka pintunya seperti biasa. Tanpa memperdulikan Haiqal. Ivy terus meluru masuk ke dalam perkarangan kampus.
Haiqal tersengih sengih melihat Ivy yang kelihatan tak tentu arah itu.
'Ivy. I will make sure you will be mine.'
ANDA SEDANG MEMBACA
Izinkan Aku Bernafas
RomansaIAB = Sinopsis Bahagia. Semua orang inginkan bahagia. Namun, bukan mudah untuk merasai bahagia. Bahagia merupakan 'hadiah' dari sesuatu yang diperoleh dari kesabaran, kesedihan, pengorbanan dan ketabahan. Senyuman sendiri tidak hanya dinamakan bahag...
