File yang bersusun di atas meja di perhatikan. Terlalu banyak yang perlu di periksa dan memerlukan tandatangannya sebagai pengesahan.
"Haish. Baru 3 hari cuti dah berlambak macam ni. Siapa akan buat semua ni bila aku tak ada nanti. Ya Allah. Kesian mama," gumam Fareiz perlahan lalu meraup-raup mukanya. Terlalu banyak perkara yang bermain di fikirannya tika ini. Di tambah lagi dengan rasa sakit yang semakin menyeksakan. Sungguh Fareiz rasa tidak berdaya lagi untuk menghadapi dugaan ini.
Tok tok. Ketukan pintu mengejutkan Fareiz dari lamunan, lantas dengan segera matanya melirih pada pintu.
"Masuk..."
Fareiz tersenyum apabila melihat kelibat setiausahanya masuk ke dalam ruang pejabat.
"Bos. Ni air yang bos minta."
"Thanks Syasya but you tolong letak dekat meja sofa tu. Atas ni dah macam kapal karam. Nanti takut tertumpah pula," ujar Fariez dengan senyuman yang masih terukir di bibirnya yang kelihatan pucat.
"Hehe. Okay bos. Ada lagi yang perlu saya bantu?"
"Em. Ni semua dokumen saya dah sign. Awak boleh lah bawak keluar."
"Okay Bos."
"Nanti yau tengok apa lagi dokumen yang perlukan tandatangan i. Bagi i segera," pinta Fareiz dengan sopan.
"Baik bos. Nanti I check dan hantar pada bos."
"Thanks Sya..." Sekali lagi Fareiz mengukirkan senyuman. Dia senang dengan cara kerja Syasya yang cukup cekap dan teratur.
"My job bos. Ah ada apa lagi bos?"
"Tak ada apa. Awak boleh keluar."
"Okay. But bos okay ke? Pucat je muka bos saya tengok. Bos sakit?"
"Saya tak ada apa. Gastric sikit je." Fareiz mendongakkan kepalanya kemudian bersandar di kerusi. Wajah Syasya di pandang.
"Ah! Bos tak keluar makan lagi kan dari tadi?"
"Saya makan roti ni je tadi. Diet," lirih Fareiz seraya menunjukkan sebuku roti gardenia yang terletak di atas meja.
"Heh. Bos ni dah macam perempuan pula. Diet bagai."
"Haha. Saya gurau je. Nanti dah siap keja ni baru saya pergi makan. Lagipun saya tengah tunggu Farhan."
"Oh. Okay Bos. Saya keluar dulu." Fareiz memerhati langkah setiausahanya. Dia bersyukur kerana di kurniakan pekerja pekerja yang bertanggung jawab dan sentiasa membantunya dalam segala kerja.
"Okay Fareiz. You have to settle all this document soonest," gumam Fareiz perlahan sambil melirih pada jam di dinding.
Waktu sudah menunjukkan jam 3 petang. Walaupun seluruh tubuh terasa lemah namun Fareiz tetap memfokuskan dirinya kepada kerja yang terbengkalai. Selain dari Tengku zubaidah. Hanya Fariez sahaja yang berhak untuk mendatangani segala dokumen rasmi syarikat. Tanpa tandatangannya segala dokumen dikira tidak sah.
"Ya Allah, not now," gumam Fareiz apabila tiba-tiba dadanya terasa seperti di cucuk kuat semasa dia sedang ralit menyiapkan kerja. Perlahan lahan Fareiz menyandarkan tubuh ke kerusi. Cuba untuk menenangkan diri dan menelan rasa sakit yang semakin menjalar di setiap inci tubuhnya.
"Argh..." Fareiz merintih kuat bila sakit itu terasa semakin menyeksakan. Tubuh di bongkokkan lalu menekan perutnya. Dia cuba untuk menarik nafas dengan baik, namun tidak berdaya.
"Tahan Fareiz. Tahan," lirih Fareiz sendiri. Dia cuba menguatkan diri untuk bangun mengambil air dan menelan pil tahan sakit yang di bekalkan Doktor Ahmad. Namun rasa sakit semakin mendera hingga tercungap cungap Fareiz dibuatnya. Semakin kuat nafasnya ditarik semakin teruk rasa sakit yang di alami. Fareiz berpegang kuat pada dinding apabila tubuhnya serasa melayang.
"Ya Allah..." Fareiz mendesir lemah bersama airmata yang menitis di pipi. Tubuhnya di rasakan tidak mampu lagi untuk menahan rasa sakit yang semakin menyerang dan akhirnya Fareiz terjelupuk di tepi meja.
********************
"Abang...Abang bangun," panggil Farhan. Tangannya mengoncang perlahan tubuh Fareiz yang terbaring lemah itu. Airmatanya cuba di tahan dari mengalir keluar. Dia yang nekad masuk ke dalam pejabat abangnya itu selepas tiada sahutan, sungguh terkejut apabila melihat susuk tubuh Fareiz terbaring di tepi meja.
"Syasya! Syasya..." jerit Farhan kuat.
"Yes. Tengku." Tergopoh gopoh Syasya masuk ke dalam pejabat majikannya apabila mendengar jeritan Tengku Farhan.
"Ya Allah. Bos..."
"Syasya. Panggil ambulance cepat. Cepat," arah Farhan tanpa memandang Syasya. Badannya kelihatan menggigil. Farhan takut. Dia tak mahu kehilangan abang sulungnya itu. Tangan Fareiz di genggam kuat. Nafas abangnya itu kedengaran amat lemah. Malah wajah Fareiz yang pucat menambahkan lagi rasa takutnya.
"Abang... sedarlah. Jangan tinggalkan Han macam ni. Ya Allah. Jangan lah kau tariknyawa abangku. Aku tak sanggup nak kehilangan dirinya Ya Allah..
YOU ARE READING
Izinkan Aku Bernafas
Любовные романыIAB = Sinopsis Bahagia. Semua orang inginkan bahagia. Namun, bukan mudah untuk merasai bahagia. Bahagia merupakan 'hadiah' dari sesuatu yang diperoleh dari kesabaran, kesedihan, pengorbanan dan ketabahan. Senyuman sendiri tidak hanya dinamakan bahag...