FAREIZ membelek-belek fail yang tebal di atas meja. Memang begitu banyak fail dan dokumen yang perlu diperiksa dan diteliti sebelum masyuarat dengan wakil dari syarikat pembinaan yang akan bermula satu jam dari sekarang.
Sedang Fareiz asyik dengan kerjanya, intekomnya berbunyi. Fareiz terus menjawab interkom tersebut dan suara pembantunya terus kedengaran.
"Bos, Tengku Zubaidah di talian, Bos nak I sambungkan pada bos ke?" Pembantunya yang bernama Syasya itu bertanya dengan sopan.
"Haa iya, sambungkan pada I." Arah Fareiz tenang.
"Baik bos," Pembantunya itu mengikut arahan Fareiz dan panggilan Tengku Zubaidah segera disambungkan pada bosnya, Emmir Fareiz.
"Assalammulaikum. Ya mama," Sahut Fareiz lembut
"Waalaikumsalam jawab Tengku zubaidah seraya mendengar suara anaknya Itu.
"Fareiz okay tak ni? Mak Jah bagi tahu Mama yang muka Fareiz nampak pucat macam orang tak sihat masa keluar rumah pagi tadi, betul ke?" Soal Tengku zubaidah risau.
"Fareiz tak ada apa ma, cuma penat sikit pagi tadi. Tu yang rasa tak bermaya."
"Betul ni? Kalau Fareiz tak larat, suruh saja Syasya tundakan masyuarat. Jangan paksa sangat diri tu," pesan Tengku Zubaidah yang risau dengan kesihatan anak sulungnya.
Tersenyum kecil Fareiz mendengar pesanan Ibunya itu. Memang sejak kecil, Tengku Zubaidah tidak pernah lupa untuk mengingatkannya supaya sentiasa menjaga kesihatan diri. Mungkin semua anak sulung begini, sering menjadi kerisauan ibu bapa masing-masing.
"Ya Mama, mama janganlah risau. Fareiz tahu jaga diri Fareiz. Mama rehat je eh? Fareiz akan uruskan semua." Tutur Fareiz penuh lembut dan sopan.
"Alhamdulillah lah kalau Fareiz dah kata macam tu, lega sikit hati mama ni. Ha, mengenai masyuarat sekejap lagi, Fareiz cuba buat sehabis baik yang Fareiz boleh ya, sebab projek terbaru dekat Singapura tu bukan calang-calang projek. Tu projek besar dan makan bajet yang besar juga tau. Syarikat kita akan dapat banyak manfaat dari Projek ni kalau kita berjaya, So mama nak Fareiz cuba yakinkan pihak pembinaan tu." Panjang lebar Tengku Zubaidah menjelaskan pada anaknya.
Fareiz tertawa kecil mendengar penjelasan panjang lebar Tengku Zubaidah.
"Haa tengok tu, bila mama cakap, boleh pula dia gelak ya?" Tengku Zubaidah di hujung talian sudah menggeleng bersama senyuman. Memang dia dapat menangkap tawa kecil dari anak sulungnya itu.
"Habis dah mama tu duk cakap macam Fareiz tak tahu je pasal projek ni? Kan Fareiz dah beritahu tadi, mama jangan risau. Fareiz tahu apa yang apa perlu dibuat. Mama jangan fikir banyak ya, rehat saja."
Tengku Zubaidah tersenyum mendengar balasan dari Fareiz.
"Yelah. Pandai aje anak mama ni? Haa pergilah siap. Rasanya dah nak mula meeting kan ni?" Arah Tengku Zubaidah lembut.
Fareiz terus menilik jam tangannya. Betul kata Mamanya itu. Walaupun masih berbaki 40 minit, tapi dia harus bersiap sedia lebih awal.
"Ha'ahlah Ma. Okaylah Ma, Fareiz letak dulu ya? Nanti apa-apa Fareiz call Mama lagi. Mama take care tau." Pesan Fareiz prihatin.
"Alright sayang. Assalammualaikum."
"Wa'alaikummussalam," balas Fareiz lalu panggilan dimatikan.
Fareiz terus bersiap-siap untuk bergegas ke bilik mesyuarat. Fail yang terletak di meja dicapai. Namun ketika dia ingin memulakan langkah, dia terasa seperti mahu rebah.
"Aduh..." Fareiz memegang perutnya yang terasa begitu sakit. Fareiz menekan-nekan perutnya namun ianya makin menyeksakan. Dia perlahan-lahan menyandarkan tubuh di kerusi sambil menarik nafas dengan tenang. Entah kenapa sakit itu tiba-tiba menyerang. Lantas Fareiz terus menekan interkomnya.
"Syasya, tolong ambilkan I segelas air suam," Pinta Fareiz dengan suaranya yang agak lemah.
"Air suam? O...okay bos." Bergegas pembantunya itu mengambil air suam untuk Fareiz lalu membawanya ke dalam bilik.
"Nah bos." Air suam yang dituang ke dalam mug dihulur dengan berhati-hati pada Fareiz.
Fareiz meneguk air tersebut dengan perlahan setelah membaca bismillah.
"Bos? Bos okay tak ni?" Soal Syasya apabila melihat Fareiz yang sudah berpeluh. Risau dia dengan keadaan bosnya itu.
"I okey." Jawab Fareiz lemah
"Mungkin gastrik kot ," Sambung Fareiz lagi seraya meletakkan kembali mug ke meja.
"Betul ni? Sebab kalau Bos tak sihat, I minta mesyuarat ditundakan. Masih sempat ni kalau nak batalkan mensyuarat tu." Kata Syasya sambil mengerling sekilas jam dinding bilik Fareiz.
"No, no. Tak perlu. I dah okay. Bagi I lima minit," ujar Fareiz yang sudah merasa sedikit lega.
"Alright bos. Kalau macam tu, I pergi siapkan apa yang patut kat meeting room dulu okay?" ujar Syasya meminta diri.
"Tak apa Syasya, kita pergi sekali. I pun dah rasa okay ni."
"Tapi bos..."
"Don't worry Sya. Saya okay," Balas Fareiz lalu bangun.
Fareiz mencapai beberapa fail dan buku catatannya. Dia kemudiannya memulakan langkah lalu diikuti Syasya dari belakang.
Dalam mengatur langkah ke bilik mensyuarat, Fareiz berdoa dalam hati agar semua urusannya dipermudahkan. Projek yang bakal di kendalikan ini adalah harapan Mama, juga impian arwah Papa.
"Ya Allah. Kau permudahlah segala urusanku ini. Hanya padaMu aku berharap."
ANDA SEDANG MEMBACA
Izinkan Aku Bernafas
RomanceIAB = Sinopsis Bahagia. Semua orang inginkan bahagia. Namun, bukan mudah untuk merasai bahagia. Bahagia merupakan 'hadiah' dari sesuatu yang diperoleh dari kesabaran, kesedihan, pengorbanan dan ketabahan. Senyuman sendiri tidak hanya dinamakan bahag...
