bab 51 ~ tanda tanya

938 37 0
                                    

BUDAK bertuah ni, balik langsung tak mahu bagitau mama," marah Tengku Zubaidah lalu memeluk tubuh anak bongsunya itu.

"Hi, saja nak bagi surprise kat mama. Lagi pun Han tak nak la mama susah payah sebab Han."

"Ish! Susah apa nya. Mama happy sangat lihat anak kesayangan mama ni balik." Tengku Zubaidah meleraikan pelukan anak bujangnya itu lantas bahu Farhan di tepuk perlahan. Farhan hanya tersengih-sengih melihat reaksi ibunya.

"Mak Jah oh Mak Jah," jerit Tengku Zubaidah memanggil pembantu rumahnya.

"Ye Tengku," jawab Mak Jah lalu segera mendapatkan majikannya.

"Assalamualaikum Mak Jah," ujar Farhan sopan sebaik saja wanita berusia itu tiba di ruang tamu. Tangan wanita itu di salamnya dengan penuh hormat.

"Eh. Farhan. Bila sampai?"

"Baru je Mak Jah."

"Kenapa balik tak bagi tahu. Mak Jah tak sempat nak masak lagi ni," ujar Mak Jah seraya melirih kearah Tengku Zubaidah.

"Hihi. Mak Jah tau je Farhan nak cari makanan kan."

"Mesti lah. Anak bujang seorang ni kan kuat makan."

"Mak Jah jangan cakap macam tu. Malu la Han. Hihi..."

"Haha...budak ni, makan je diingatnya. Ha pi naik atas mandi dan rehat dulu. Nanti mama dengan Mak Jah masakkan masakan kegemaran Farhan ya," ujar Tengku Zubaidah setelah habis mentertawakan anak bongsunya itu

"Wah. Thanks mama. Ni yang buat Han makin sayangkan mama dengan Mak Jah."

********************

"Mama dah kenapa tersenyum-senyum ni?" Soal Farhan kepada Tengku Zubaidah. Pelik melihat mamanya yang tersengih-sengih selepas berbual di telephone.

"Some good news."

"Apa dia?"

"Secret. Nanti mama bagi tahu," ujar Tengku zubaidah lalu mengambil tempat di sebelah anak bongsunya.

"Ish mama ni." Farhan mengeleng-gelengkan kepalanya.

"Tunggu semua berkumpul baru mama cerita."

"Ah. Ada pula macam tu. Ye lah siapa la Han ni kan. Tak apa lah, Farhan merajuk." Mukanya di muncungkan.

Tengku zubaidah tergelak besar mendengar rajukan anaknya itu.

"Ha. Han ada dapat call Abang Fareiz? Mama call tak dapat. Tapi ikut kan Carl, abang ada je dekat opis."

"Nanti Han try call abang."

"Haish. Itu satu hal. Pening mama, busy memanjang. Nak nampak muka pun susah sangat," luah Tengku Zubaidah. Wajahnya sudah berubah muram.

"Banyak kerja kot dekat opis tu mama. Abang tu bukannya mama tak kenal. Kalau dah buat kerja memang tak reti nak rehat."

"Ye mama tahu, tapi dia punya sibuk tu melampau sangat Han. Sampai tak ingat rumah."

Farhan hanya mengeluh mendengar luahan mamanya itu. Rasa bersalah kerana tidak memberitahu perkara sebenar.

"Han dah balik ni, mama nak Han tolonglah pujuk abang tu. Dia tu memang lemah sikit dengan anak mama ni," pinta Tengku Zubaidah.

"Okay mama. Han cuba ya," ujar Farhan perlahan. Berbagai persoalan bermain di fikirannya ketika namun raut wajahnya cuba di kawal supaya tak menimbulkan syak wasangka Tengku Zubaidah. Takut wanita itu bimbang.

'Abang. What exactly you are doing right now?'

Izinkan Aku BernafasWhere stories live. Discover now