BEBERAPA MINGGU KEMUDIAN
FILE dan kertas-kertas berselerak memenuhi meja Fareiz yang besar itu. Terlalu banyak kerja yang tertangguh sepanjang dia sibuk dengan rawatannya.
"Haish. Banyaknya dokumen yang pending untuk sign...patutlah stress je muka minah tu," gumam Fareiz seraya tangannya mengusap belakang tengkuk. Wajah Syasya yang kelihatan serabut sewaktu memberikan dokumen terbayang bayang di ruang ingatannya. Seketika kemudian dia kembali memfokuskan diri. Segala dokumen di teliti sebelum menandatangani setiap helaian. Fareiz tidak mahu penyakitnya itu menghalang dia dari melaksanakan tugas yang diberikan. Syarikat dan keluarga merupakan tanggungjawabnya sebagai anak sulung dalam keluarga.
Kring. Kring. Deringan telephone mengejutkan Fareiz dari terus ralit. Dia memandang sekilas pada screen smartphonenya. Panggilan dari Ivy. Fareiz membiarkan panggilan itu tidak berjawab. Dia berpaling semula pada dokumen yang melambak itu.
Kring. Kring. Telefonnya berdering lagi dan sekali lagi nama Ivy tertera di skrin telefon. Fareiz mula rasa serba salah. Dia sedar pasti Ivy sedang risaukan dirinya kerana sudah berminggu mereka tidak bertemu. Berhubung pun hanya melalui mesej dan panggilan telephone sahaja. Jika ikutkan hatinya, Fareiz memang mahu berjumpa dengan kekasih hatinya itu. Namun kerana kondisi kesihatannya yang masih belum stabil, dia menjadi takut. Bimbang jika Ivy sedar akan perubahannya saat ini. Sungguh Fareiz tidak mahu Ivy terus-terusan risaukan dirinya. Dia mahu Ivy tumpukan perhatian pada pembelajaran dan kehidupan sehariannya. Telefonnya berdering buat sekelian kalinya. Fareiz akhirnya memutuskan untuk manjawab panggilan yang entah ke berapa kali itu.
"Assalamualaikum, Fareiz.Ya Allah, finally you answering my calls," ucap Ivy laju. Cukup dia bersyukur Fareiz sudi menjawab panggilannya.
"Waalaikumsalam. Maaf," balas Fareiz perlahan. Rasa bersalah mula menyelubungi hatinya. Walaupun sudah banyak panggilan dari Ivy yang diabaikan, namun gadis itu tetap bersabar apabila dia menjawab panggilannya ini.
"Fareiz..," rengek Ivy di hujung talian.
"Ya sayang, maafkan I ya? I busy sangat kebelakangan ni. I'm really so sorry sayang."
"Hm. Ivy rindukan you. Rindu sangat." Mendatar ayat itu keluar dari mulut Ivy. Sungguh dia rindukan teman lelakinya itu.
"Fareiz pun," akui Fareiz. Dia juga terlalu rindukan Ivy. Hidupnya suram tanpa gelak tawa dan senyuman dari gadis itu.
"Tipu!" Balas Ivy.
"Tak sayang. I tak tipu. I betul-betul rindukan Ivy."
"Kalau rindu kenapa langsung tak call? Kenapa senyap je?" Soal Ivy yang sedikit kecewa dengan sikap Fareiz yang suka melarikan diri sejak kebelakangan ini.
"...I know my mistake baby. I'm so sorry."
"Erm..."
"Lunch nanti I ambil Ivy ya? Kita lunch sama-sama. I really want to see your beautiful face." Fareiz cuba memujuk kekasih hatinya itu. Namun gadis itu hanya diam membisu.
"Baby...please," rayu Fareiz apabila tiada sebarang balasan dari gadis itu.
"Yelah," balas Ivy pendek, cuba untuk menunjukkan protesnya walaupun dalam hati dia cukup gembira kerana akhirnya dia dapat berjumpa dengan lelaki yang dirinduinya itu. Dia juga rasa teruja apabila lelaki itu memanggilnya dengan gelaran baby.
"Okaylah baby, I nak sambung buat kerja dulu. Nanti I jemput baby okay?"
"Okay." Fareiz senyum kecil mendengar balasan kekasih hatinya itu. Dia tahu Ivy cuba tunjuk protes.
"Assalamualaikum,"
"Waalaikumsalam..." balas si gadis lalu panggilan dimatikan. Fareiz mengeluh perlahan lalu merenung phone yang masih dalam gengamannya itu.
"Aku harap dia tak perasan apa apa..."
********************
"Assalamualaikum," ucap Fareiz sejurus Ivy masuk ke dalam kereta. Muncung sedepa mulut gadis itu. Merajuk mungkin?
"Maaf sayang, tadi ada hal penting sangat dan I tak boleh nak elak. I'm so sorry baby?" Pinta Fareiz cuba menutup perkara sebenar yang menyebabkan dirinya kelewatan hampir 2 jam.
"Baby?" Panggil Fareiz lagi bila gadis sebelahnya hanya membisu. Fareiz merenung Ivy. Tangan gadis kesayangannya itu segera di capai lalu jari jemari gadis itu di genggam erat dan di suakan ke bibirnya. Dia tak suka melihat wajah suram Ivy
"I'm really sorry. I cuai. I tahu Ivy mesti dah lama tunggu I kan?" lirih Fareiz mengakui kesalahannya. Dia rasa bersalah kerana terpaksa membiarkan Ivy menunggu lama walaupun pada hakikatnya dia bukan sengaja melakukan kesalahan itu. Sebenarnya semasa dia dalam perjalanan, hampir sahaja dia terlibat dalam kemalangan. Kereta yang dipandunya sedikit terbabas gara-gara rasa sakit yang tiba-tiba menyerang. Syukurlah dirinya masih mampu mengawal kenderaannya itu. Jika tidak, pasti dia sudah menjadi arwah.
"Yelah. Yelah," balas Ivy lalu menarik tangannya. Dia malu. Seketika kemudian, mulutnya dimuncungkan lagi. Saja menunjukkan rajuk.
"Janganlah muncung macam tu sayang. Fareiz cium kang nanti baru tahu." Ivy mencebik mendengar kata kata dari lelaki disebelahnya.
"Mengada." Decit Ivy bersama wajah yang memerah. Blushing kata orang. Fareiz ketawa besar dengan riaksi Ivy itu lalu memulakan pemanduannya. Hatinya berlagu riang melihat wajah insan kesayangannya yang amat di rinduinya.
ANDA SEDANG MEMBACA
Izinkan Aku Bernafas
RomantikIAB = Sinopsis Bahagia. Semua orang inginkan bahagia. Namun, bukan mudah untuk merasai bahagia. Bahagia merupakan 'hadiah' dari sesuatu yang diperoleh dari kesabaran, kesedihan, pengorbanan dan ketabahan. Senyuman sendiri tidak hanya dinamakan bahag...
