"Where Are you go bro..." Farhan jalan mundar mandir di hadapan pejabat Fareiz. Fikirannya serabut memikirkan abang sulungnya yang masih tidak pulang ke rumah meski sudah lewat petang.
"Betul you tak tahu mana Fareiz pergi?" Soal Farhan pada Syasya yang sudah kelihatan resah di tempat duduknya.
"Ye Tengku. Saya tak tahu. Last pagi semalam bos dengan Arman ada meeting di seremban. Then saya langsung tak dapat hubungi dia. Saya ingat dia masih dengan Arman."
"Haish!"
"Em. Mungkin Arman tahu mana Bos, but saya call Arman tak dapat pula."
Farhan mendengus perlahan lalu berpaling ke arah pintu pejabat yang tertera nama Tengku Emmir Fareiz.
"Mana pula abang pergi ni," gumam Farhan. Tangannya mengusap belakang leher yang terasa kejang. Dari petang semalam dia cuba untuk menghubungi abangnya itu namun panggilan langsung tak di jawab.
'Takkan lah abang sengaja menghilang kan diri sebab tak mahu menghadiri majlis pertunangan Carl malam ni. Ish tak mungkin lah. Abang bukan macam tu, lagi pun abang dah janji dengan mama,' lirih Farhan sendiri. Dia memejamkan matanya sejenak kemudian kembali memandang tajam ke arah Syasya.
"You try call lagi Arman! Saya nak cakap dengan dia!"
"Ba...baik Tengku. Saya sedang cuba," jawab Syasya gugup dengan tengkingan Farhan. Phone di angkat seraya tangannya mendail number Arman entah yang keberapa kali.
"Hah Arman. Mana kau?" ujar Syasya sebaik saja Arman mengangkat call.
"Aku kat seremban lagi ni. Baru habis satu lagi meeting hari ni. Kenapa?" Jawab Arman di hujung talian.
"Bos ada dengan kau kan?"
"Bos? Eh tak ada la. Tengku dia dah balik tengah hari semalam lagi."
"Kalau bos dah balik, aku tak ada la tanya kau. So mana Bos ni?" Soal Syasya. Mukanya sudah cemas memikirkan bosnya itu lagi lagi nak menjelaskan kepada lelaki yang kelihatan menakutkan di hadapannya itu.
"Aduh. Biar betul Sya? Aku call semalam dia tak jawab. Aku ingatkan dia dah sampai rumah."
"Tak ada. Ni Tengku Farhan tengah cari bos."
"Em. Tak apa. Kau tunggu kejap. Aku rasa aku tahu dia dekat mana. Nanti aku call kau balik."
"Okay. Cepat tau," ujar Syasya seraya menamat kan panggilan. Dia menarik nafas sebelum mengangkat muka dan memandang pada adik bos nya itu.
"Tengku. Arman kata dia tahu bos ada mana. Nanti dia akan bagi tau semula."
"Okay update saya segera. Saya tunggu di bilik Fareiz."
"Baik bos," ujar Syasya lagi. Matanya memerhati kan Tengku Farhan yang melangkah masuk ke dalam bilik bos nya itu.
********************
"I'm sorry for you brother," lirih Farhan perlahan seraya mengeluh berat. Bingkai gambar yang terletak di atas laci bawah meja di pegangnya. Gamba abangnya bersama Ivy yang terbingkai kemas itu di perhatikan. Sungguh gambar itu menceritakan betapa bahagianya abang bersama si gadis. Jarang abangnya itu mahu bergambar. Malu katanya. Namun jelas kelihatan abangnya tersenyum bahagia di sisi gadis ayu itu.
"Abang. Kenapa abang suka pendam semuanya sendiri. Han tahu abang terluka dengan semua ni. Tapi kenapa abang boleh buat seperti tiada apa yang berlaku?" gumam Farhan lagi.
Dia langsung tidak setuju dengan keputusan yang telah di buat abangnya. Namun Farhan sedar dia tidak mampu untuk menghalang semua itu. Keputusan abang Fareiz adalah muktamad dan kebahagiaan orang lain lebih lebih lagi saudara kandung adalah lebih penting dari dirinya sendiri.
"Abang. Why you always like this..." Farhan menggelengkan kepala. Bingkai gamba yang masih berada di tangan di letakkan semula ke atas laci. Hati Farhan menjadi sebak dan tanpa sedar airmatanya menitis.
ANDA SEDANG MEMBACA
Izinkan Aku Bernafas
RomanceIAB = Sinopsis Bahagia. Semua orang inginkan bahagia. Namun, bukan mudah untuk merasai bahagia. Bahagia merupakan 'hadiah' dari sesuatu yang diperoleh dari kesabaran, kesedihan, pengorbanan dan ketabahan. Senyuman sendiri tidak hanya dinamakan bahag...
