IVY melangkah keluar dari kampus sambil memeluk failnya. Langkah Ivy spontan terhenti apabila melihat Haiqal yang sedang tenang bersandar di kereta mewahnya. Haiqal pula terus menurunkan shadesnya ke hidung lalu melambaikan tangannya pada Ivy. Senyuman ceria dihadiahkan buat gadis itu.
Ivy sempat mengeluh perlahan. 'Ada apa lagilah dia ke sini...' Bisik Ivy di dalam hati.
Ivy kemudiannya meneruskan langkah ke lelaki itu. Haiqal pula sudah bangun dari penyandarannya bersama senyuman.
"Hai my fav junior," Sapa Haiqal mesra. Ivy hanya balas dengan senyuman tipis.
"Hye,"
"Baru habis kelas ke ni?"
"Ha'ah."
"Ouh, hari ni kuliah pagi ya?" Haiqal cuba berborak dengan Ivy walaupun gadis itu hanya menjawab dengan acuh tak acuh. Wajahnya pun langsung tidak di pandang. Hanya anggukkan sahaja yang di terima.
"Awak kat sini dari pukul berapa? Memang tunggu saya ke atau tunggu someone else?" Duga Ivy. Dia sedia tahu Haiqal seorang kasanova jadi tidak mustahil lelaki itu menunggu gadis lain.
"Eh tak lah. Of course I tunggu my fav junior ni. Buat apa nak tunggu orang lain pulak? Yang manis dah ada dekat mata kan?" Haiqal sudah mula dengan ayat manisnya. Mata bundar Ivy di renungnya.
Ivy hanya tersenyum tawar. "Tunggu saya ?"
Haiqal mengangguk. "Ahah dear."
"Tahu pula ya awak hari ini saya punya kuliah pagi?" Soal Ivy tenang. Dia tahu Haiqal pasti akan melakukan apa sahaja untuk gadis yang diminatinya. Jadi tentang waktu kuliah ini bukan satu hal yang besar untuk lelaki itu.
Haiqal ketawa kecil. "Eh you ni. Macam tak kenal I pulak kan? Eh by the way, I datang sini and berjemur bawah matahari ni bukan saja-saja je tau. I sebenarnya nak ajak you temankan I pergi mall." Haiqal beritahu akan tujuannya. Atau lebih tepat, tujuan yang dicipta sebagai alasan untuk menutupi tujuan sebenarnya.
Hakikatnya, dia hanya ingin bersama gadis ini. Ivy bukan gadis yang mudah didekati maka alasan-alasan begini perlu dicipta agar dapat bersama dengan Ivy.
Ivy mengerutkan dahi. "Mall?"
Haiqal angguk lagi. "Yepp."
"What for?" Soal Ivy pelik. Wajah tampan Haiqal di pandang pelik.
"Oh I nak beli hadiah for my friend. Kawan I nak buat birtday party untuk anak dia. So to make it clear...I tak pandai sangat pilih barang baby and that's why i need your help right now. Boleh tak you temankan I sekejap? Please..." Haiqal merapatkan kedua tangannya lagak merayu. Wajah dibuat sesedih yang boleh.
Ivy berfikir sejenak. Melihat wajah Haiqal memang dia tidak sanggup sebenarnya untuk menolak. Serba salah dia jadinya.
"Hm iyalah. But sekejap je kan?"
Tersenyum lebar Haiqal bila akhinya Ivy mengalah dengan pujukannya itu.
"Of course, my dear. So, shall we?" Haiqal mendepakan tangan kirinya penuh gentleman membuatkan Ivy tersenyum kecil lantas mengikut langkah Haiqal ke tempat duduk penumpang. Haiqal membukakan pintu kereta dan Ivy pun melangkah masuk ke dalam perut kereta.
"Thank you..."
"Pleasures all mine, dear," balas Haiqal bersama ayat manisnya.
Selesai menutup pintu kereta, Haiqal terus berlari anak ke tempat pemandu dan melangkah masuk ke dalam kereta. Bibirnya tak henti mengukirkan senyuman dengan dadanya berdegup dengan amat kencang. Tangannya serasa menggigil. Haiqal cuba bertenang lalu Enjin kereta dihidupkan dan memulakan pemanduannya.
'Oh shits! Cool Haiqal...cool' desih Haiqal di dalam hati. Sepanjang perjalanan mereka hanya berdiam sehinggalah kereta meluncur masuk ke kawasan parking.
Setibanya di pusat membeli belah yang besar itu, Haiqal dan Ivy jalan beriringan memasuki pusat membeli-belah tersebut. Langkah mereka terus diatur menuju ke kedai pakaian kanak-kanak yang terletak di tingkat tiga.
"Selamat datang," ucap penjaga kedai itu ramah bersama senyuman manis. Ivy membalas dengan senyuman manakala Haiqal sempat juga mengeyitkan matanya sebelum mengikut langkah Ivy dari belakang. Gadis itu asyik memandang pakaian-pakaian yang ada di kedai tersebut.
"So...anak kawan you tu girl or boy?" Soal Ivy tanpa memandang Haiqal. Tangannya sibuk membelek-belek baju yang ada di hadapannya.
"Err...girl. Haa girl, balas Haiqal laju.
'Hentam sahajalah Haiqal oit!' Haiqal tersengih sengih. Tangannya mengusap belakang lehernya.
"Umur?" Lanjut Ivy tenang.
"Um...dua tahun."
Ivy mengangguk faham. Dia kemudiannya beralih pada gaun-gaun yang digantung di dinding. Memang cantik gaun-gaun untuk budak perempuan. Semuanya kalah permaisuri.
"I think baju girl semua lawa and banyak pilihan kan? I naik pening dah nak pilih," kata Ivy bersama senyuman. Dia masih ralit memandang gaun-gaun tersebut tanpa menyedari Haiqal sudah lama memerhati wajahnya.
Haiqal mengambil peluang ini untuk menilik wajah gadis yang diminatinya itu. Dia sendiri tidak mengerti apa yang istimewanya dengan Ivy. Walaupun Ivy sama cantik dengan gadis-gadis yang pernah dikenalinya, namun sifat keperempuanan seperti lemah lembut, sopan-santun yang ada pada gadis ini membuatkan hatinya begitu tertarik. Dia pasti Mamanya juga suka dengan perwatakan Ivy.
"Yes, what can i help you?" Tegur salah satu pekerja bersama senyuman.
"Ah. Actually, I'm looking for a dress. And it's for a girl who is around two years. Could you find that for me?" Pinta Ivy sopan bersama senyuman manis.
Pekerja itu tersenyum seraya mengangguk. "Let me show you..."
Ivy hanya mengangguk lantas mengikuti langkah pekerja itu. Haiqal pula memilih untuk berdiri di tempatnya sambil matanya tidak lepas dari memandang gadis manis bernama Ivy itu. Setelah hampir dua puluh minit berada di kedai tersebut, akhirnya mereka setuju untuk membeli tiga pasang gaun untuk 'anak perempuan' kawan Haiqal itu. Haiqal menghulurkan kad kreditnya pada juruwang manakala Ivy pula mengambil beg kertas yang mengandungi tiga pasang gaun.
"Beli baju untuk anak ke?" Soal pekerja seorang lagi yang baru muncul. Terbuntang terus biji mata Ivy mendengar soalan mengejut pekerja itu. Ivy pantas memandang Haiqal dan ternyata lelaki itu hanya tenang bersama senyuman.
Setelah selesai melakukan pembayaran, mereka berdua pun melangkah keluar dari kedai tersebut. Ivy cepat-cepat mengejar langkah Haiqal lalu memandangnya dengan riak tidak puas hati. Lelaki itu hanya tersenyum.
"Why?" Soal Haiqal yang kononnya tidak mengerti apa-apa.
"You tu. Kenapa you senyum je bila dia kata macam tu? I ingat you nak nafikan ke apa. Rupanya you senyum pula."
Haiqal ketawa kecil. "Eh apa salahnya kan? You tak rasa ke yang kita ni memang ditakdirkan untuk bersama? Mungkin juga pekerja tadi tu nampak kita ni sesuai berdua and that's why dia tanya macam tu."
Ivy mencebik. "Eee perasannya. Siapa entah nak dengan dia."
Haiqal ketawa besar. "You tak nak dengan I tak apa. Tapi I nak dengan you," ujar Haiqal selamba namun dalam hati, dia memang benar-benar memaksudkannya.
Ivy sudah menggeleng dengan ayat yang keluar dari mulut lelaki kasanova itu.
"Dahlah you ni. Merepek je tak habis-habis. Jom cepat balik." Ivy terus mempercepatkan langkah. Dia tak nak terus berduaan dengan lelaki itu.
Haiqal mengeluh perlahan sebelum berbisik sendiri.
'I tak merepek, Ivy. I mean it.'
YOU ARE READING
Izinkan Aku Bernafas
RomansaIAB = Sinopsis Bahagia. Semua orang inginkan bahagia. Namun, bukan mudah untuk merasai bahagia. Bahagia merupakan 'hadiah' dari sesuatu yang diperoleh dari kesabaran, kesedihan, pengorbanan dan ketabahan. Senyuman sendiri tidak hanya dinamakan bahag...