3 Bulan kemudian
"Heh! Ternyata kau tak pernah berubah. Dasar perempuan jalang!" Haiqal mendesir marah. Tengkuk di usap kasar lantas kakinya melangkah mendekati pasangan yang sedang berborak mesra di sudut cafe.
"Hebat kau ya perempuan?"
"Eh Haiqal..."
"Aku ingat kau dah berubah...tapi..." Haiqal mengenggam kedua dua penumbuknya. Mahu saja dia melepaskan amarah yang makin mengusai. Fiona yang berada di hadapannya kini di pandang dengan penuh kebencian.
"Heh. Jantan mana pula kali ni? Berani betul kau game Fareiz lagi ya?" Haiqal memandang sekilas pada lelaki yang melangkah ke bilik air sebelum kembali merenung tajam pada Fiona.
"Game Fareiz?" Fiona yang terkejut dengan kehadiran dan pertanyaan Haiqal itu mengerut dahi.
"Haiqal. You salah faham ni. Lelaki tu tunang I. And about Fareiz, kenapa cakap I game dia?"
"Wow! Tunang?"
"Yes...dia tunang I. Lagi beberapa bulan kami akan berkahwin."
"Kawin? Bukan kau dengan Fareiz dah bersama balik? Kenapa kau nak kawin dengan jantan lain pula!"
Fiona tersenyum tawar. Wajah Haiqal yang seperti mahu menelannya di pandang.
"Haiqal, i dengan Fareiz tak pernah kembali bersama and how come I bersama dengan dia sedangkan hati dia dah tiada lagi pada i?"
"Heh!"
"Carl, I think you memang dah salah faham ni. Tak mungkin i balik dengan Fareiz sebab abang you tu dah ada penganti I and he really love that girl."
"Kau jangan nak mengarut Fiona. Fareiz only love you. Kau jangan bagi alasan nak lepaskan diri pula."
"Haiqal, i tak menipu kali ni. Memang I dengan Fareiz tak ada apa ikatan. Memang kalau boleh I nak balik dengan dia seperti dulu, but..."
Fiona mengambil nafas. Matanya membalas renungan tajam Haiqal. Walaupun hatinya rasa takut dengan amarah yang di tunjukkan Haiqal namun dia cuba berlagak tenang.
"Fareiz sangat sayang kan Ivy. I tak tahu kenapa you bertunang dengan Ivy. I dah pernah tanya Fareiz tapi dia hanya berdiam.
"Nonsense!"
"Haiqal, I don't know what happen between you, Ivy and Fareiz. But you know your brother very well right? Dia sanggup berkorban apa sahaja demi orang yang dia sayang terutama you. Takkan you tak boleh nampak?"
"Argh! Stop your stupid story!" Jerit Haiqal seraya kakinya menendang kuat bangku yang berada di sebelah Fiona sehingga bangku plastik itu terpelanting ke tepi. Dia langsung tak percaya apa yang di perkatakan oleh gadis itu. Haiqal memandang tajam pada Fiona. Dia yakin gadis itu hanya mereka cerita bagi menutupi kesilapannya.
"Aku akan pastikan kau menyesal dengan semua ni," amar Haiqal lantas kakinya melangkah meninggalkan Fiona dengan amarah dan fikiran yang berserabut.
"Heh! Bangsat punya betina! Kau tunggulah nasib kau."
YOU ARE READING
Izinkan Aku Bernafas
عاطفيةIAB = Sinopsis Bahagia. Semua orang inginkan bahagia. Namun, bukan mudah untuk merasai bahagia. Bahagia merupakan 'hadiah' dari sesuatu yang diperoleh dari kesabaran, kesedihan, pengorbanan dan ketabahan. Senyuman sendiri tidak hanya dinamakan bahag...