TENGKU Zubaidah mengerling sekilas anak keduanya. Pelik sungguh dia melihat Haiqal yang sedari tadi tidak henti-henti tersengih. Dah serupa orang angau pula rupanya ketika ini.
"Haih dah kenapa pula dengan anak mama ni? Tersengih-sengih dari tadi? Ada apa? 'Bunga' mana pula yang dah buat anak Mama tersengih macam kerang yang Mak Jah masak ni?" tegur Tengku Zubaidah bersama senyuman mengusik.
"Dia jumpa bidadari kot, Ma." Farhan turut tidak ketinggalan menyakat abangnya itu. Fareiz hanya tersenyum. Haiqal menjeling tajam Farhan. Budak ni kalau bab mengusik orang memang nombor satu. "Er. Penyibuk la kau, Han."
"Wah, tajam jelingan tu. Hmm...nampaknya tak lama lagi I dapat kakak iparlah jawabnya," kata Farhan selamba lalu diikuti dengan tawa kecil Fareiz. Tengku Zubaidah ikut ketawa.
"Alhamdullilah lah kalau macam tu kan Han?" ucap Tengku Zubaidah syukur.
"Amboi seronoknya gelak. Apa yang lucu sangat tu, Tengku?" soal Mak Jah yang baru muncul dari dapur bersama jag air laici yang sudah siap dibancuh. Serentak keempat-empatnya menoleh ke arah Mak Jah. Fareiz pantas menolong Mak Jah meletakkan jag ke meja. Mak Jah tersenyum sebelum mengambil tempat di sisi Farhan.
"Tak ada apa, Mak Jah. Cuma ni haa, tengok si Haiqal ni yang duk tersengih-sengih dari tadi. Serupa kerang busuk pulak saya tengok," beritahu Tengku Zubaidah lalu disambuti tawa Mak Jah dan Farhan.
Fareiz diam. Entah kenapa dia rasa tidak sedap hati. Wajah Ivy tiba-tiba terlintas di fikirannya sebelum dia memandang Haiqal.
'Kenapa tiba-tiba Haiqal berubah macam orang mabuk cinta lepas jumpa Ivy tadi? Tapi...tak mungkin la kan?' Fareiz bermonolog sendiri sebelum menggeleng perlahan.
'Ya Allah, ku mohon KAU usirlah segala rasa buruk sangka ini. Berdosa sungguh aku menuduh adik kandungku sendiri begitu,' pinta Fareiz di dalam hati. Dia kemudiannya kembali menyambung suapannya. Haiqal senyum lebar. Dia mengerling sekilas pada Fareiz yang kelihatan khusyuk menikmati hidangan.
"Betul Ma, Han. Carl dah jatuh cinta." Carl tiba-tiba meluahkan rasa hatinya seraya membuat semuanya menjadi senyap buat beberapa saat. Fariez pula sudah memandang tepat Haiqal. Pandangan tajam dan senyuman sinis adiknya itu membuatkan hatinya berdebar.
'Tak...tak mungkin.' Fareiz sedaya-upaya tidak mahu berfikir apa-apa kemungkinan.
Kini semua mata tertumpu pada Haiqal. Semuanya tidak percaya dengan jata-kata Haiqal itu. Kasanova bermulut manis akhirnya jumpa cinta sejati?
"Are you serious, dude?" soal Farhan bersama mulut yang hampir ternganga. Ini kejutan yang benar-benar kejutan!
"Eh. Aku seriuslah sekarang ni," jawab Haiqal mengiyakan.
"Allah.., susah Mama nak percaya ni, Carl. Tapi kalau betul, Alhamdullilah lah. Cuma boleh Mama tahu siapa nama bidadari yang berjaya runtuhkan tembok kasanova Mama ni?" sempat juga Tengku Zubaidah mengusik anaknya itu. Fareiz telan air liur.
Haiqal tersengih mendengar perlian Mamanya itu. Sekali lagi wajah abangnya dikerling sebelum menuturkan kata.
"Ivy. IVY AILIN."
Terkaku terus Fareiz saat mendengar nama kekasihnya keluar dari mulut Haiqal. Tangannya sudah digempal. Sungguh dia keliru dengan apa yang berlaku. '
'Kenapa? Kenapa Haiqal berani berkata begitu di hadapannya?' Fikir Fareiz sendiri. Fareiz perlahan-lahan menunduk. Dia tidak tahu apa yang harus dilakukannya kini. Perlukah dia membantah dan mewarning adiknya itu?
"Ivy Ailin namanya? Sedap namanya tu," puji Tengku Zubaidah bersama senyuman. Farhan mengherotkan mulutnya. Rasanya nama itu seperti pernah didengarinya.
"Eh!" Farhan tiba-tiba teringat. Lantas semuanya memandang Farhan.
"Kenapa Farhan?" Soal Mak Jah pelik.Farhan memandang Fareiz.
"Ivy Ailin. Bukan ke itu jururawat yang rawat Abang dulu?"
Farhan kenal dengan Ivy. Dia masih ingat jururawat berwajah manis itu yang merawat Fareiz. Melihat keakraban mereka, dia berfikir Fareiz mempunyai hubungan istimewa dengan gadis tersebut. Namun kini kenapa Haiqal pula yang ada hubungan dengan gadis itu?
Fareiz mengangguk bersama senyuman tawar. Farhan dapat menangkap maksud senyuman abangnya itu. Lantas dia menggaru belakang tengkuknya.
'Ah sudah, Haiqal ni buat hal lagi.' Farhan sudah masak dengan Haiqal yang suka bersaing itu.
"Oh, jadi dia pernah jadi nurse you?" Soal Haiqal yang tidak tahu tentang itu kerana dia tiada di sisi abangnya selepas kematian papa mereka.
"Yeah, dia nurse I," jawab Fareiz perlahan.
Tengku Zubaidah yang tidak mengetahui hubungan antara Fareiz dan Ivy hanya tersenyum. Dia juga teringat kembali akan jururawat ayu serta baik hati yang sentiasa berada disisi anak sulungnya ketika anaknya di rawat di hospital. Sungguh dia bersyukur kerana Ivy berjaya memikat hati anak keduanya yang kasanova itu.
"Nampaknya lepas ni Farhan kena teman Mama cari wedding planner ni," seloroh Tengku Zubaidah.
"...ha..ha'ahlah kan, Ma?" Farhan buat-buat teruja. Sempat dikerling kedua-dua abangnya. Haiqal senyum sinis. Fareiz hanya menunduk. Farhan mengeluh perlahan.
'Masalah dah datang nampaknya ni.'
YOU ARE READING
Izinkan Aku Bernafas
RomanceIAB = Sinopsis Bahagia. Semua orang inginkan bahagia. Namun, bukan mudah untuk merasai bahagia. Bahagia merupakan 'hadiah' dari sesuatu yang diperoleh dari kesabaran, kesedihan, pengorbanan dan ketabahan. Senyuman sendiri tidak hanya dinamakan bahag...