Haiqal memberhentikan keretanya di kawasan kampus lalu terus mencapai sejambak bunga mawar merah yang sudah dibalut cantik itu. Haiqal mencium bunga tersebut lalu tersenyum lebar. Dia kemudiannya melangkah keluar dari kereta.
"Hai sweetie!" Sapa Haiqal nakal pada dua orang gadis yang berlalu di sebelahnya. Tersipu-sipu dua orang gadis itu. Haiqal ketawa kecil seraya menggeleng.
"Typical girl." Decit Haiqal perlahan. Haiqal kembali menilik wajahnya di cemrin sisi kereta. Senyumannya muncul lagi.
"Always handsome," pujinya sendiri lantas terus mengatur langkah memasuki kampus. Beberapa pandangan yang terarah padanya dibalas dengan senyuman manis. Itulah Haiqal. Sangat pemurah dengan senyuman. Tidak sombong tetapi sikap kasanova dan barannya sahaja yang susah untuk diubah.
"Weh student baru ke tu?"
"Handsome gila weh!"
"Eh itu bukan ke senior kita dulu?"
"Oh ha'ahlah! Yang popular dulu tu kan?"
Semakin melebar senyuman Haiqal saat mendengar bisikan gadis-gadis yang melalui sebelahnya. Namun Haiqal malas mahu melayan. Dia ingin berjumpa dengan gadis yang sudah lama tidak di temuinya. Bunga ditangan sekali lagi dicium.
"Wangi...sewangi pemiliknya sebentar nanti..."
Haiqal berlagu riang. Setiba di hadapan dewan kuliah. Haiqal terus mengambil shades yang digantung di kocek baju lalu dipakai. Gayanya kini tidak ubah seperti seorang model kacak.
Tidak lama selepas itu, pintu dewan dibuka dan berpusu pelajar keluar dari dewan tersebut. Saat melihat si gadis pujaannya keluar, senyuman ceria Haiqal muncul sekali lagi.
"Hai my fav junior!" Sapa Haiqal sambil menepuk perlahan bahu Ivy.
Ivy tersentak dan sedikit kaget. Dia memusing ke sebelah. Dahinya berkerut.
"Carl?"
Haiqal tersenyum lebar. Suka benar dia bila Ivy berjaya mengecamnya. Shades ditarik ke hidung.
"Yeah, it's me again. Your beloved Carl"
Ivy hanya membalas dengan senyuman tawar. Dia langsung tidak mengundang kedatangan kaki buaya darat ini ke sini.
"You marah ke sebab I terkejutkan you tadi? Or...you tak suka I datang?" Soal Haiqal yang seakan dapat mengagak apa yang yang bermain di fikiran Ivy.
Ivy menggeleng.
"Tak adalah. Er, Carl buat apa kat sini?" Ivy cuba berbasi-basi. Tak sedap pula hatinya memberi layanan dingin pada lelaki ini. Walaupun dia tak selesa dengan kehadiran lelaki itu.
"Nah. For you dear." Sejambak bunga mawar merah yang cantik itu dihulurkan pada Ivy.
Ivy terkebil memandang bunga tersebut. Namun tiba-tiba hidungnya terasa gatal dan spontan Ivy memalingkan wajahnya bersama tangan yang menutup hidung.
Haiqal agak terpinga. "Ke...kenapa ni Ivy?"
"Jauhkan bunga tu dari Ivy. I alergik dengan bunga," pinta Ivy kegeraman namun masih dengan nada yang sopan. Haiqal terus meletakkan bunga tersebut di belakang badannya.
"I'm sorry Ivy...I thought you pun suka bunga..."
Ivy tersenyum sinis. "Itulah you Qarl. Satu kesilapan you, you anggap semua perempuan sama. I minta maaf, I busy so I gotta go now. Assalammualaikum."
Haiqal memandang kelibat Ivy yang semakin menjauh. Dia agak terkesan dengan kata-kata Ivy itu.
"Wa'alaikummussalam..."
ANDA SEDANG MEMBACA
Izinkan Aku Bernafas
RomanceIAB = Sinopsis Bahagia. Semua orang inginkan bahagia. Namun, bukan mudah untuk merasai bahagia. Bahagia merupakan 'hadiah' dari sesuatu yang diperoleh dari kesabaran, kesedihan, pengorbanan dan ketabahan. Senyuman sendiri tidak hanya dinamakan bahag...
