Bab 23 ~ Cemburu

1.1K 47 0
                                    

HAIQAL melangkah masuk ke restoran sambil tangannya sibuk membalas pesanan ringkas dari 'kekasihnya' yang baru dikenali dua minggu lepas. Itulah rutin Haiqal untuk menghilangkan rasa bosannya. Haiqal menarik kerusi lalu melabuhkan punggung. Sedang dia ingin membuka buku menu di hadapannya, matanya tertancap pada sepasang kekasih yang sedang berbual mesra di meja sudut hujung. Haiqal memerhatikan pasangan yang sedang menjamu selera itu.

'Macam kenal,' detik Haiqal lalu mengecilkan anak matanya dan wajah sepasang kekasih itu kelihatan begitu jelas di matanya.

'Tak mungkin,' bisik hati Haiqal. Ada rasa geram dan cemburu yang mula bertandang di hatinya. Lantas tanpa menunggu lama, Haiqal terus bangun lalu melangkah ke meja yang diduduki sepasang 'kekasih' itu.

"Hai bro," sapa Haiqal lalu dengan selamba dia mengambil tempat di sebelah Ivy yang kelihatan manis.

"Carl?" Fareiz terkejut dengan kehadiran adiknya itu. Ivy pula sudah terkebil dengan kehadiran Haiqal yang selamba duduk di sebelahnya itu. Sungguh dia berasa tidak selesa dengan kehadiran lelaki ini.

"You kenal dia?" soal Ivy sambil jari telunjuknya dihalakan pada Haiqal.

"Lebih dari kenal," sampuk Haiqal sebelum sempat Fareiz menjawab. Tidak lupa, dihadiahkan juga kenyitan mata untuk gadis di sebelahnya itu.

Ivy buat muka menyampah, 'Gatal!'

Fareiz hanya menggeleng. Dia sudah masak dengan sikap 'mesra alam' Haiqal itu.

"Kenalkan, my little brother, Haiqal."

"Hye sunshine!" Haiqal seperti biasa, dengan sifat tidak tahu malunya dia menyapa Ivy ceria.

Hampir sahaja Ivy ternganga saat mendengar perkataan 'brother' yang keluar dari mulut Fareiz.

"Hm...do you know him too?" soal Fareiz tenang tanpa sedikit pun rasa curiga.

"Er...ke...kenal. Dia ni sebenarnya kawan Ivy masa di kolej dulu. Cuma tu lah, tak sangka pula yang dia ni adik you," jelas Ivy sambil memaparkan senyuman.

Fareiz mengangguk faham. "Kecil betul dunia ni ya," kata Fareiz lalu memandang pula Haiqal.

"And Qarl...what you doing here?"

"Well, saja jalan-jalan makan angin. Ivy tak ada kuliah ke hari ni?" Wajah Ivy ditatapnya tanpa mempedulikan Fareiz yang berada di hadapannya. Lengannya pula di letakkan bahu kerusi Ivy membuatkan jarak antara mereka terlalu hampir.

Fareiz hanya memandang perbuatan adiknya itu. Entah kenapa ada rasa tidak enak menyerbu hati namun dia cepat-cepat mengusirnya. Mungkin memang sudah sifat Haiqal begitu. Fareiz tidak mahu bersangka buruk hanya kerana cemburu terhadap kemesraan Haiqal dan kekasihnya itu.

"Ada. Petang nanti," balas Ivy acuh tak acuh. Hanya Allah sahajalah yang tahu betapa kurang selesanya dia dengan kelakuan Haiqal saat ini. Tidak sedarkah lelaki ini dengan kewujudan Fareiz itu? Atau lebih teruk, abangnya sendiri?

"Nak Carl hantarkan tak?"

Hampir tersedak Ivy mendengar pelawaan Haiqal itu. 'Gila betul mamat ni!' Bisik hati Ivy. Ivy terus memandang Haiqal yang masih tersenyum manis itu.

"No, it's okay." Ivy menolak pelawaan tidak diundang itu dengan sopan lalu memandang Fareiz bersama senyuman.

"Hubby, I nak pergi toilet sekejap, you tolong jagakan handbag and phone I okay?" pinta Ivy dengan manja. Sengaja dia menekankan perkataan 'hubby' itu. Dia mahu Haiqal sedar apa kedudukan mereka sekarang.

Haiqal menolak pipi dalamnya dengan lidah sambil riak wajah cuba dikawal tenang. Tipulah kalau dia kata hatinya tidak panas saat ini.

"Alright." Fareiz mencapai telefon dan beg tangan yang dihulurkan lalu memandang langkah Ivy yang semakin menjauh. Dia sedar Ivy seperti mahu mengelak dari Haiqal. Nampak sangat gadis itu tidak selesa dengan kehadiran adiknya itu.

"So...she's your girlfriend, huh?" soal Haiqal bersama senyuman kecil. Senyuman palsu yang cuba diukir.

Fareiz membalas pertanyaan Haiqal dengan senyuman yang terukir di bibir. Dia masih terkejut dengan panggilan Ivy kepadanya sebentar tadi. First time Ivy memanggilnya dengan panggilan 'Hubby...'

"She's sweet right? Wajahnya manis," kata Fareiz tenang tanpa mengetahui hati Haiqal sudah menggelegak habis. Haiqal senyum.

"Yeah...sweet. So sweet."

Izinkan Aku BernafasWhere stories live. Discover now