DUM! Habis berkecai bingkai gamba yang cantik itu akibat di hempas kuat.
"Argh! You kejam Fareiz! Kejam!" jerit Ivy. Dia sangat kecewa dengan apa yang diperkatakan Fareiz. Ivy kesal. Mana perginya Fareiz yang dulu. Fareiz yang sentiasa menyayanginya. Masih terngiang-ngiang apa yang di perkatakan Fareiz di telepon sebentar tadi.
"Ivy. Tolonglah jangan hubungi i. I akan berkahwin dengan Fiona akhir tahun ini. Tolong faham. I tak mahu kehilangan dia lagi. Please."
Ayat yang terlalu mudah di lafaskan Fareiz tetapi sangat perit untuk diterima. Setelah 3 tahun mereka bersama. Dengan sekelip mata lelaki itu memutuskan hubungan.
"You kejam Fariez. Ivy menjerit kekecewaan. Airmatanya deras mengalir. Bingkai gamba yang sudah pecah di lihat. Gambar bersama Fareiz yang di ambil dua tahun yang lalu. Ivy tak percaya nama Fiona masih ada di hati lelaki itu. Setelah apa yang mereka kongsi bersama mustahil ada lagi gadis itu dalam hati Fareiz. Masih Ivy ingat bila mana Fariez melamarnya hampir setahun yang lalu.
Imbas kembali.
"Fareiz kenapa ni," soal Ivy cemas. Dia yang terkejut melihat Fareiz tiba-tiba rebah ketika keluar dari kereta segera merapati lelaki itu.
"Fareiz bangunlah." Ivy mengangkat kepala Fareiz dan meletakkan atas ribanya.
Fareiz yang masih diatas pangkuan Ivy masih diam dan tangannya masih diletakkan di dada seolah-olah sedang menahan sakit sambil mendengar tangisan cemas Ivy.
"Fareiz sedarlah? Jangan buat Ivy risau macam ni," ronta Ivy sambil airmata menitis laju.
Tiba-tiba Fareiz membuka mata dan tersenyum melihat ke arah Ivy yang kelihatan amat sedih.
"Ivy...sayang. Do you want live with me and be my queen forever?" luah Fareiz dengan begitu romantik sekali sambil matanya menatap wajah Ivy.
"Jahat!" Riak wajah Ivy terus berubah dan tangannya lantas memukul manja dada Fareiz.
"Aduhh! Sakitlah," keluh Fareiz sambil tergelak-gelak.
"Huh suka main-mainkan orang. Ivy punya lah risau takut apa-apa jadi dekat Fareiz." Marah Ivy yang geram dengan sikap Fareiz yang menyakatnya tadi.
"Itu maknanya Ivy sayang i lah kan? Please baby, marry me," balas Fareiz kembali sambil merenung wajah Ivy dengan penuh senyuman walaupun saat ini wajah Ivy tidak ubah seperti seekor singa yang ingin menelan seorang manusia bernama Fareiz.
"Sayang tau tak bila sayang marah, sayang cute sangat..." pujuk Fareiz yang ingin menenangkan Ivy yang masih geram dengannya.
Muka Ivy terus berubah menjadi merah padam apabila Fareiz memuji sebegitu. Ivy ingin membalas dengan senyuman namun sengaja menahan dan berpura-pura masih marah.
"Eii ngada. Haa dah la. You bangun sendiri," balas Ivy lalu berdiri.
"Then, how about my questions?"
********************
"Fareiz. Kenapa Fareiz mungkir janji yang dah Fareiz buat. You kejam Fareiz" Ivy mengetap bibir lalu mukanya di sembamkan ke bantal. Di saat ini hatinya sangat remuk mengenangkan semua kenangan yang pernah terukir antara dia dan Fareiz.
Ivy tak tahu di mana silapnya sehingga semuanya menjadi berantakkan seperti ini. Kebahagian yang selama ini di kecapi seperti tiada erti langsung. Ivy penasaran, bagaimana lelaki kesayangannya itu berubah sampai begitu sekali.
"Ya Allah. Kau tunjukkan lah kebenaran kepadaku. Aku pasti dia bukan lelaki seperti itu..."
YOU ARE READING
Izinkan Aku Bernafas
RomanceIAB = Sinopsis Bahagia. Semua orang inginkan bahagia. Namun, bukan mudah untuk merasai bahagia. Bahagia merupakan 'hadiah' dari sesuatu yang diperoleh dari kesabaran, kesedihan, pengorbanan dan ketabahan. Senyuman sendiri tidak hanya dinamakan bahag...