Bab 54 ~ Entah

889 36 0
                                        

"Syasya. Tolong ambilkan saya file projek dengan Grandland hotel," pinta Fareiz saat intercom di tekan.

"Okay bos. Any else?"

"No" balas Fareiz lalu mematikan talian. Tangannya ralit membelek file di atas meja. Beberapa minit kemudian pintu di ketuk dan di kuak dari luar.

Tok tok

"Syasya. Sorry i salah cakap. Bukan file Grandland hotel tapi Impiana hotel," ujar Fareiz tanpa memandang gerangan yang menjengah di pintu.

"Syasya. Awak dengar tak?" soal fareiz lagi apabila tiada balasan dari setiausahanya itu. Fareiz mendongak dan matanya memandang ke depan.

"Eh Farhan. Maaf abang ingatkan Syasya tadi."

"Why you here?" soal Farhan tanpa membalas soalan Fareiz.

"Why I'm here? Lah ni kan pejabat abang, mesti lah abang kat sini." Muka Farhan yang masam mencuka di pandang.

"Kenapa ni?" soal Fareiz setelah adiknya itu duduk di kerusi di hadapannya. Jelas dengusan kedengaran dari lelaki itu.

"You should rest dekat rumah. Bukan ada dekat pejabat. And where you go lepas balik dari Singapore? Mama cakap you langsung tak balik rumah."

'Haish. Farhan...Farhan,' keluh Fareiz.

"Banyak kerja dekat pejabat ni Han. Tak kan abang nak biarkan je? Dan tak ada sebab abang nak kena rehat."

Farhan masih memandang Fareiz dengan pandangan tak puas hati. Apa yang di perkata kan abangnya itu buat Farhan mengeluh panjang.

"Han tak tahu lah nak cakap apa dengan abang lagi," marah Farhan namun nada suaranya di kawal.

"Tak payah cakap apa. Jom pergi makan. Mesti Han tak makan lagi kan?" ujar Fareiz lalu bangun dan mendekati adiknya itu.

"Hei. Jom," ajak Fareiz lagi bila Farhan masih membatukan diri tanpa ada ura untuk bangun.

********************

"Abang ada rahsiakan apa-apa dari Han?"

"Rahsia apanya. Tak ada lah. Kan dah kantoi tempoh hari." Tawa Fariez cuba menyembunyikan hakikat sebenarnya. Sup Ayam yang ada dihadapannya di hirup perlahan.

"Mama bagi tahu Han, abang sekarang kerap tak balik rumah. Dan kalau balik pun lewat tengah malam baru sampai. Boleh Han tahu kenapa?"

Fareiz mengurut-gurut tengkuknya. Wajah gusar Farhan di pandang sekilas. Ini lah sebab Fareiz takut untuk memberitahu situasi penyakitnya. Takut adiknya itu terlalu bimbang dan tidak dapat fokus dalam pembelajaran. Ini baru Farhan, Fareiz tak tahu apa pula reaksi Tengku Zubaidah jika mengetahui perihalnya itu.

"Han. Abang kalau boleh tak nak mama risau dengan keadaan abang. Tu sebab abang tak mahu bertembung selalu dengan mama buat masa ni. Han fahamkan?" soal Fariez mengharapkan adiknya jelas dengan pendiriannya itu.

"Tah la. Han tak tau sama ada nak faham atau tak," keluh Farhan lalu menyilangkan tangan ke dada dan bersandar di kerusi. Dia terlalu risaukan keadaan abangnya itu.

"By the way tadi mama pesan suruh kita semua berkumpul dekat rumah. Ada benda mama nak bagi tahu."

"Tentang?"

"Tah la. Han pun tak tau."

"Eh?" decit Fareiz. Keningnya di jungkit ke atas tanda hairan di susuli Farhan yang sudah mencebek.

'Ya Allah. Jangan la ada masalah lagi.'

Izinkan Aku BernafasCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang