Bab 10 ~ Haiqal

1.6K 56 0
                                    

BUNYI ketukan pintu menarik pandangan Fareiz yang sedari tadi tertumpu seratus peratus pada skrin komputernya. Pantas dia memandang Syasya yang menjengulkan wajah disebalik pintu biliknya itu.

"Haa Syasya? Ada apa?" Soal Fareiz tenang.

"Bos? Bos dah lupa ke? Bukan ke sekarang Bos kena ambil Haiqal di Airport?" Soal Syasya sambil melihat nota yang di tulis di buku catatannya.

"Allah!" Terbeliak sesaat biji mata Fareiz. Dia terus mengeluarkan telefonnya dari kocek.

"Haa masak. Bateri habis!" gumam Fareiz. Mukanya di raup perlahan.

"Err. Syasya..." Fareiz sudah pantas bangun dari kerusi lalu mencapai blazer, kunci kereta dan beg duitnya.

"Ya bos?"

"You ada powerbank tak? Bagi I pinjam jap. I yakin Haiqal mesti ada call I banyak kali ni."

"Oh oh, kejap-kejap." Bagai lipas kudung setiausahannya itu berlari ke meja dan mengeluarkan powerbank dari laci meja.

"Nah bos."

"Alright thank you!" Ucap Fareiz lalu terus melangkah keluar dari ofis untuk menuju ke tempat parkir.

Sesudah masuk ke dalam perut kereta, Fareiz terus mengecas telefonnya itu dengan powerbank tersebut. Sambil menunggu telefonnya hidup, Fareiz memasang handsfree di telinga kanannya lalu enjin kereta dihidupkan. Keretanya itu meluncur laju menuju ke Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2.

Tangan fareiz mendail number Haiqal sebaik phonenya berjaya di hidupkan.Tidak lama selepas menyambungkan panggilan , kedengaran suara Haiqal yang sudah pastinya bengang dengan kelewatannya.

"Weh bro, mana kau? Lama Aku tunggu ni tahu tak? Dahlah call berjuta kali tak angkat-angkat." Tanpa salam mahupun sapaan, terus sahaja Haiqal 'menerjah' abangnya itu.

"Assalammalaikum," ucap Fareiz perlahan. Dia memang sudah terbiasa mengucapkan kalimah tersebut terlebih dahulu sebelum menjawab sebarang panggilan

"Waalaikumsalam," balas Haiqal acuh tak acuh.

"Kau kat mana ni? Jadi ke tidak nak ambil aku?" Marah Haiqal di talian. Sungguh dia paling tidak suka menunggu lama kerana ianya membuatkannya berasa bosan, panas dan tidak selesa.

"Sorrylah, tadi abang ada mesyuarat penting. Lepas tu abang berkurung dalam bilik siapkan kerja sampai tak sedar dah pukul dua lebih. Telefon habis bateri pun abang tak sedar. Sorry Qarl." Pinta Fareiz ikhlas, dia sedar akan kesalahan yang dilakukannya. Memang dia tidak spatutnya leka kerana sedari awal telah berjanji dengan Haiqal. Sungguh Fareiz berasa serba salah terhadap adiknya itu.

"Hm, it's okay. I wait," ujar Haiqal lembut. Kalah dia dengan keikhlasan abangnya itu.

"So now lagi berapa jam kau nak sampai ni?" Soal Haiqal dengan nada sedikit perlahan.

"Em. Abang nak solat zohor dulu. Lepas selesai Abang terus pick up carl, okay? Bagi dalam satu jam ke?" Fareiz cuba bertolak ansur dengan Haiqal. Walaupun sudah lewat namun kewajiban itu harus di tunaikannnya.

"Okay then, take your time," balas Haiqal lalu panggilan dimatikan tanpa menunggu balasan dari Fareiz. Dia kemudiannya melangkah ke arah Cafe yang terletak di hujung sudut banggunan.

********************

"HAI bro," sapa Haiqal sambil memeluk erat abangnya yang baru keluar dari kereta.

"Hye too kiddo. Eh Carl nampak gemuk lah sekarang?" Usik Fareiz sambil matanya dikenyitkan.

"Haha." Haiqal ketawa kecil seraya memandang sekilas ke arah kaki kanan abangnya itu.

'I hope he really fine now,' Keluh Haiqal di dalam hati.

"Hati banyak senang lah tu pasal yang gemuk sikit ni. Sikit jelah eh. Eh kau makin susut ni, kena dera dengan mama ke? Giliran Haiqal pula menyakat abangnya itu. Fareiz tersenyum saja dengan pertanyaan adiknya itu.

"Ada-ada jelah Carl ni. Eh dah jomlah." Ajak Fareiz lalu kedua-dua mereka melangkah masuk kedalam kereta.

"So how? Ada rasa rindu tak nak makan masakan Mama?" Soal Fareiz sambil pandangannya ditumpukan pada jalan raya.

"Eh itu jangan cakap lah. Memang aku rindu gila kot. Dah dua tahun makan makanan hasil dari tangan orang asing. Eii memang jauh beza kot dengan Mama masak," kata Haiqal sambil bermain dengan telefonnya.

Fareiz ketawa kecil. "Haa by the way, Abang pun bersyukur jugaklah Carl balik sini. At least Mama tak lah sunyi bila ada Carl. Nak harapkan abang ni, asyik sibuk je memanjang dengan hal syarikat. Sampaikan nak ambil Carl pun abang boleh lupa," ujar Fareiz tenang bersama senyuman.

Haiqal mencebik. "Haa tahu tak apa."

Fareiz ketawa kecil mendengar balasan dari Haiqal. Lega hatinya adiknya kini sudah pulang ke pangkuan mereka. Sudah semestinya rasa rindu pada adiknya itu terubat. Apatah lagi Tengku Zubaidah. Mesti mama rasa gembira dengan kepulangan anak terunanya itu.

Izinkan Aku BernafasWhere stories live. Discover now