"WOW! Besar eh rumah bakal husband kau ni. Bertuah kau ya Ivy," ujar Farah sebaik kakinya melangkah masuk ke dalam rumah Tengku zubaidah bersama sahabatnya itu.
"Ah..." balas Ivy perlahan. Hatinya resah. Entah kenapa dia rasa menyesal dengan keputusan yang sudah di buat. Ruang tamu yang agak besar itu di pandang.
"Hai sayang. Awal you datang. You naik apa? Kan Carl cakap nanti Carl jemput you," soal Haiqal bertalu talu. Dia yang baru turun tangga terus melangkah mendapatkan bakal tunangnya itu.
"Ah. I Naik teksi je. Malas nak susahkan you," ujar ivy. Matanya melirih pada Haiqal yang sudah mendekati.
"Apa yang susah. Demi sayang i ni, lautan api pun i sanggup redah."
"Heh...merepek je you ni kan." Ivy mencebek. Menyampah dia mendengar ayat manis bakal tunangnya itu. Farah yang berada di sebelah Ivy sudah tersengih sengih.
"Mana ada merepek la sayang." Haiqal mencuit hidung Ivy kemudian berpaling ke arah Farah.
"Hai Farah, thanks ya sudi temankan princess i ni."
"It's okay, small matter," balas Farah sambil mengukirkan senyuman. Ivy yang kelihatan mengelamun di cuit perlahan menyebabkan gadis itu mengetap bibir.
"Ni you nak pergi mana?" soal Ivy kepada Haiqal
"I nak pergi ambil you lah. And nak pergi beli barang sikit. But you dah sampi pula. So you nak ikut i?"
"Ah. Tak apa lah. Mama mana?"
"Mama dekat atas." Haiqal menjuihkan mulutkan bagi menunjukkan isyarat ke atas.
"Confirm ni tak nak ikut Carl?"
"Yeah. Tak nak," balas Ivy malas-malas.
"Okay. Ivy naik lah atas. Bilik first tu. Mama ada dekat dalam. Carl gerak dulu ya sayang," pamit Haiqal seraya melangkah keluar.
Ivy Cuma mengangguk tanpa membalas. "Haish." Keluh Ivy sebaik kelibat Haiqal hilang dari pandangan.
"Lah. Kau ni kenapa mengeluh. Tinggal beberapa jam je lagi kau nak jadi tunangan orang. Ceria la sikit."
"Em. Tak ada apa lah. Jom lah naik," arah Ivy kepada sahabat baiknya itu. Hati yang semakin sayu cuba di kawal.
********************
IVY menjengukkan kepala ke dalam kamar utama yang kelihatan amat besar itu. Susuk tubuh Tengku Zubaidah yang berdiri di samping seorang wanita berbangsa cina di pandangnya. Ivy berdehem perlahan sebelum melangkah masuk.
"Eh Ivy. Dah sampai menantu mama ni. Farah pun ada sekali?"
"Yeah ma, Ivy paksa dia teman," lirih Ivy lalu mendekati wanita itu lalu di salam hormat.
"Ivy. Ni Madam Liew sudah bawakkan dress Ivy, cantik kan?"
Ivy mengukirkan senyuman lantas menyambut dress labuh yang di hulurkan bakal mertuanya.
"Ah. Cantik mama."
"Ivy pergi lah try, mana tau ada tak kena. Mama dengan Madam Liew nak pergi tengok hiasan kat bawah."
"Okay mama."
"Farah nak ikut untie?" Soal Tengku Zubaidah kepada Farah.
"Boleh juga. Kau tak apa kan sorang kat sini?"
"Tak ada hal. Pergi lah." Setelah Farah dan Tengku Zubaidah melangkah keluar dari bilik, Ivy memandang kosong dress labuh yang sedang di pegangnya dan tanpa sedar airmatanya menitis.
"Fariez..." Ivy merintih sedih. Hatinya terasa amat pedih melihat dress berwarna peach itu. Dress itu mengigatkan lagi dia pada lelaki itu.
"Heh. Kau memang bodoh Ivy," lirih Ivy sendiri. Niatnya yang saja nak menyakitkan hati Fareiz dengan menempah dress yang pernah di pilih lelaki itu memakan dirinya sendiri.
"Fareiz bukan ke you dah janji nak lihat i pakai baju ni masa perkahwinan kita. Kenapa you mungkir janji? Kenapa Fariez!" jerit Ivy. Dia masih ingat apa yang pernah di ucapkan Fareiz ketika dress itu di pilih.
-Imbas kembali-
"Sayang kita masuk situ ya?"
"Ar? Tadi kata dah lapar? Makan dulu lah."
"Alah sekejap je. Jom lah," lirih Ivy seraya menarik tangan kekasihnya masuk ke dalam butik perkahwinan itu.
"Ye lah sayang," akur Fareiz lalu membontoti langkah Ivy.
Satu persatu dress di dalam butik di perhatikan Ivy dengan mata yang bersinar sinar. Kecantikkan rekaan baju dan busana perkahwinan di butik tersebut membuatkan Ivy rambang mata.
"Cantik kan dress dekat sini. Nanti kalau kita kawin, kita tempah baju kat sini ya."
"As per your wishes sayang. Fareiz ikut je. Apa yang sayang suka, Fareiz pun suka," lirih Fareiz saraya tangannya mencuit pipi Ivy yang sudah tersenyum bahagia.
"Wah! Cantiknya dress ni," Ivy melangkah ke sudut kanan butik. Dress labuh berwarna hitam yang tergantung cantik di pegangnya. Walaupun Ivy tidak terlalu minat dengan warna hitam, namun dress tersebut nampak sangat elegant di matanya.
"How sayang? Soal Ivy sambil menunjukkan dress tersebut kepada kekasihnya yang sedang leka membelek-belek baju yang tergantung.
"Sayang? Panggil Ivy lagi apabila Fareiz masih ralit memilih baju tanpa memandang padanya.
Fareiz berpaling ke arah Ivy dan memerhatikan dress yang di tunjukkan gadis itu.
"Ah. Boleh tahan la tapi Fareiz lagi suka kalau Ivy pakai dress yang ni. Nampak simple tapi cantik," suggest Fareiz lalu tangannya memegang dress berwarna peach.
"Lagi pun, ni warna kesukaan sayang kan?"
"Yeah! Cantiknya. Ivy tak perasan tadi." Ivy segera mendekati kekasih hatinya dan mengambil dress yang di pegang lelaki itu.
"Ha. Tu lah. Sayang suka main terjah je kan. Cuba tengok satu persatu dulu."
"Hihi. Tak sangka boyfriend Ivy ni pandai pilih juga kan?" Ivy mengukirkan senyuman manis. Matanya bersinar-sinar melihat kekasih hatinya itu.
"Tengoklah bakal husband siapa kan? Hehe."
"Husband Ivy Ailin!"
"Haha. Yeah. No one else. Tak sabar Fareiz nak tengok Ivy pakai baju ni. Mesti terpegun."
"Hi. Ivy lagi tak sabar," lirih Ivy penuh bahagia di sambut senyman manis dari Fareiz yang tak henti merenung Ivy.
-Tamat Imbas Kembali-
"Fareiz kenapa semua ni jadi kat kita? Kenapa Fareiz tergamak khianat pada cinta kita? Ivy tak kan maafkan Fareiz. Takkan pernah maafkan Fareiz!" Gumam Ivy. Airmatanya semakin deras mengalir.
Bingkai gambar Haiqal yang tergantung di dinding di tatap nya. Lelaki yang bakal menjadi tunangnya dalam beberapa jam lagi dan menjadi syurga bagi dirinya dalam tempoh lebih kurang sebulan sahaja.
"Haiqal. I will try to love you. I'm promise." Janji Ivy sendiri. Walaupun jauh dalam hati Ivy, tiada langsung segelumit cinta buat lelaki itu namun Ivy pasrah. Mungkin ini jodoh yang Allah sudah tentukan buatnya. Dan hanya itu yang perlu Ivy percaya dan redha.
YOU ARE READING
Izinkan Aku Bernafas
Storie d'amoreIAB = Sinopsis Bahagia. Semua orang inginkan bahagia. Namun, bukan mudah untuk merasai bahagia. Bahagia merupakan 'hadiah' dari sesuatu yang diperoleh dari kesabaran, kesedihan, pengorbanan dan ketabahan. Senyuman sendiri tidak hanya dinamakan bahag...