"STUPID!" Jerit Ivy kuat. Hatinya sakit apabila memikirkan mengenai Fareiz. Kenapa lelaki itu boleh berlagak bersahaja macam tak ada apa yang pernah berlaku antara mereka.
"Argh!" Marah Ivy lagi seraya tangannya mencampakkan bag-bag yang di pegang. Habis bertaburan set makeup dan barang barang yang di beli sebentar tadi.
"Hei! Kau ni kenapa Ivy." Marah Farah, terkejut dengan sikap Ivy yang di rasakan kurang waras. Hampir saja bag yang di baling gadis itu terkena kepalanya.
"Lelaki tak guna tu lah!" Raung Ivy. Mukanya di tekupkan ke bantal. Menyembunyikan airmata yang makin laju mengalir
"Lelaki tak guna mana ni Ivy. Haish! Habis berselerak barang-barang untuk hantaran kau ni. Mahal ni." Mulut Farah tak henti membebel sambil tangannya mengutip barang yang berselerakkan di lantai
"Ivy. Kau ni kenapa. Cuba lah bawak bersabar sikit. Sebelum ni kau bukan macam ni tau," ujar Farah lagi. Di usap perlahan belakang sahabatnya itu.
Farah amat terkejut dengan kelakuan sahabatnya itu. Ivy yang selama ini di kenali adalah seorang gadis yang cekal dan rasional. Jarang gadis itu nak mengamuk atau buat sesuatu yang bodoh.
"Dia lelaki kejam Farah. Kejam."
"Siapa?"
"Fareiz."
"Em. Fareiz lagi."
Farah meraup mukanya. Tah berapa kali dalam bulan ni gadis itu menangis kerana lelaki yang bernama Fariez.
"Kenapa dia langsung tak da rasa bersalah atau apa. Macam aku ni tak pernah ada makna dalam hidup dia."
"Ivy, tolong lah stop fikir pasal Si Fareiz tu. Kan kau dah nak tunang lagi beberapa hari. Cuba buka hati kau untuk Haiqal pula. Lagi pun ni kan jalan yang kau pilih. So kau kena kuat lah."
"Tapi..."
"V. Jangan macam ni okey? Aku tau kau kuat. Kau mesti boleh hadapi semua ni."
"Aku tak kuat Farah. Aku...aku masih sayangkan dia. Aku tak boleh nak lupakan semua pasal dia." Airmata Ivy mengalir deras. Walaupun dia cuba untuk melupakan Fareiz namun hanya lelaki itu yang berligar di fikiran dan hatinya.
"Ivy. Please la move on. Fareiz kan dah nak kawin. Termasuk kau juga. Aku tau susah nak lupakan orang yang kita sayang. Tapi kau perlu Ivy. Korang tak di takdirkan bersama. Kau kena terima tu."
"Farah. Kenapa takdir Allah tu kejam sangat. Semua orang yang aku sayang tinggalkan aku.
"Astaghfirullahalazim! Ivy! Bawak mengucap. Apa yang kau merepek ni. Sekarang kau nak salahkan takdir pula. Ivy, ni bukan diri kau! Dah. Aku nak kau pergi mandi. Ambil wuduk dan solat sekarang. Tenangkan jiwa kau tu."
"Farah. Aku..."
"Ivy. Pergi solat. Minta petunjuk dekat Allah. Biar tenang sikit perasaan kau tu."
"Okay..."
"Ivy. Kau kena ingat. Allah tu sebaik baik perancang. Jangan pernah berburuk sangka." Pujuk Farah lagi seraya tangannya menyapu airmata yang mengalir di pipi gadis itu.
Ivy hanya terdiam mendengar apa yang di perkatakan sahabatnya itu. Ivy sedar dia sudah berdosa kerana menyalah takdir atas segala yang telah berlaku.
YOU ARE READING
Izinkan Aku Bernafas
RomanceIAB = Sinopsis Bahagia. Semua orang inginkan bahagia. Namun, bukan mudah untuk merasai bahagia. Bahagia merupakan 'hadiah' dari sesuatu yang diperoleh dari kesabaran, kesedihan, pengorbanan dan ketabahan. Senyuman sendiri tidak hanya dinamakan bahag...