Bab 13 ~ Check Up

1.7K 47 0
                                    

"BOS okay tak ni?" Soal Syasya penuh risau apabila melihat wajah pucat majikannya itu.

"Hm entahlah Syasya. I rasa lately ni kerap pula gastrik ni datang," beritahu Fareiz. Tangannya menekan kuat ulu hatinya yang terasa seperti ada belati tajam yang menusuk.

"Kalau macam tu Bos kena pergi buat medical check up segera, bahaya bos kalau you biarkan benda ni lama-lama. Biar doktor check, nanti dia tahulah apa yang tak kena dengan sakit bos ni." Syasya memberi cadangan sambil menyusun fail-fail yang agak berselerakkan di meja majikannya itu.

"Hm boleh juga," balas Fareiz acuh tak acuh seraya kakinya melangkah masuk ke pejabat. Manik jernih yang berbasi di dahinya di usap menggunakan belakang tangan. Fareiz bersandar di kerusi memikirkan apa yang telah di saran oleh pembantunya itu. Setelah puas berfikir, Fareiz akhirnya memberanikan diri untuk pergi mendapatkan pemeriksaan hospital mengenai rasa sakit yang semakin kerap dialaminya. Dia mula rasa tidak sedap hati. Kunci kereta segera dicapai lantas interkom di tekan.

"Syasya tolong batalkan semua temujanji I harini, I nak pergi hospital untuk checkup," pesan Fareiz kepada setiausahanya itu.

"Harap tiada apa masalah," gumam Fareiz setelah membetulkan cermin sisi. Dia cuba menenangkan diri lantas memulakan permanduannya ke arah hospital.

********************

Singboard yang terpacak kemas di selekoh di pandang lalu perlahan-lahan kereta Fareiz memasuki kawasan hospital swasta yang terletak di pinggir ibu kota itu. Kereta diparkirkan betul-betul di hadapan perkarangan hospital. Hatinya menjadi sayu sebaik sahaja kakinya melangkah turun dari kereta. Hospital yang banyak memberi kenangan buat Fareiz, kenangan pahit dan manis. Hospital yang menjadi tempat dimana dia ditinggalkan Fiona, tempat dimana dia kehilangan papanya dan tempat ini lah juga yang menjadi tempat penyembuhan jiwanya dengan kehadiran seseorang insan yang sangat istimewa.

"Bismillahirrahmanirrahim," ucap Fareiz dengan tenang sebelum kakinya melangkah masuk ke dalam banggunan hospital. Fareiz mula mencari-cari dimana letaknya bilik Doktor Zaabar, doktor peribadinya suatu ketika dulu. Agak pening dia jadinya dek terlalu banyak perubahan yang telah berubah di hospital ini walaupun dalam masa setahun. Langkah kaki dibehentikan apabila tiba di sebuah bilik yang tertera nama doktor yang di cari lantas pintu di ketuk perlahan.

"Masuk," arah suara dari dalam bilik tersebut. Mendengar balasan doktor itu Fareiz lantas masuk ke dalam bilik yang tidak berkunci.

"Assalamualaikum Doktor," sapa Fareiz kepada doktor yang membelakanginya. Dia masih kenal susuk tubuh doktor itu.

Doktor Zaabar pantas berpaling dan mengangkat muka. Terkejut dia dengan kehadiran Fareiz.

"Fareiz!" Decit Dokror Zaabar. Lantas dia bangun dan terus memeluk pesakitnya yang sudah setahun tidak dijumpainya itu.

"Fareiz, Im so happy to see your face again. You nampak sihat dan look so manly," puji Doktor Zaabar membuatkan Fareiz ketawa kecil.

"Tak adalah. I biasa je and I pun happy dapat jumpa you lagi doktor."

Doktor Zaabar mengangguk tanda bersetuju. Namun seketika kemudian, dahinya berkerut dek tersedar akan tujuan kehadiran Fareiz ke hospital ini.

"Kaki you sakit? Or ubat tahan sakit you dah tak berkesan?" soal Doktor Zaaba kerisauan. Dia memandang pada kaki kanan bekas pesakitnya itu.

"Eh tak." Geleng Fareiz segera. Muka doktor di hadapannya di pandang, ada kegusaran di wajah doktor yang agak berusia itu.

"So you datang sini untuk buat check up?"

Fareiz mengangguk. "Ya doktor. Cause lately ni kerap pula gastrik I ni datang, so my PA sarankan I untuk jumpa you and do the check up," jelas Fareiz seraya mengukirkan senyuman.

Doktor Zaabar mengangguk faham. "Alright, so lets," arah Doktor Zaabar sambil melangkah keluar dari biliknya.

Setelah selesai proses pemeriksaan yang di jalankan hampir 1 jam, mereka melabuhkan punggung di kerusi.

"So how?" Soal Fareiz sedikit berdebar.

"Kami akan hantar rekod you ke makmal untuk diuji dan dalam dua atau tiga hari kami akan maklum pada you," terang Doktor Zaabar. Matanya memandang pada susuk tubuh pesakitnya.

"I harap you jaga kesihatan you. Jangan selalu sibukkan diri sampai tak ada masa rehat," nasihatnya lagi.

Fareiz mengeluh perlahan sebelum mengangguk. Kesibukkan di pejabat membuatkan dia langsung tiada masa untuk berehet. Lebih lebih lagi dengan situasi dirinya yang masih kurang berpengalaman dalam menguruskan hal ehwal syarikat.

"I will try Doc..."

Izinkan Aku BernafasWhere stories live. Discover now