Farhan membetulkan selimut yang menyeliputi tubuh dingin Fareiz yang masih terbaring lemah. Wajah abangnya itu direnung dengan penuh rasa hiba. Sungguh apa yang terjadi pada abangnya itu sangat membimbangkan Farhan. Walaupun Doktor Zaaba memberitahu bahawa keadaan abangnya itu sudah stabil namun keadaan tubuh Fareiz yang amat lemah itu membuatkan Farhan tidak mampu untuk merasa lega.
Beep beep. Telephone yang berdering di lihat dan nama Tengku Zubaidah tertera di skrin. Serta merta Farhan menjadi resah. Dia tidak tahu apa yang mahu di beritahu pada ibunya itu. Farhan pasti peristiwa yang menimpa abangnya itu telah sampai ke pengetahuan ibunya.
"Waalaikumsalam mama," sahut Farhan apabila mendengar salam yang di hulurkan.
"Ah ah. Han kat hospital. Mama jangan la risau. Abang dah sedar. Tadi abang pengsan sebab kepenatan. Ye mama. Buat apa Han nak tipu. Abang dah sedar. Dia pergi ambil ubat," bohong Farhan setelah di asak bermacam soalan dari Tengku zubaidah.
"Ya mama. Mama tak perlu risau. Abang tak kena tahan pun. Ye Ma. Han akan pastikan abang balik dan berehat. Baik ma. Han minta abang temankan Han pergi beli barang dulu. Lepas tu kitaorang balik ya. Mama tak payah la tunggu. Takut lambat pula nanti."
Farhan menjawab satu persatu soalan Tengku Zubaidah di talian. Hatinya sudah mula rasa serba salah kerana terpaksa menipu wanita itu mengenai situasi Fareiz.
"Ish mama. Kan Han dah cakap abang tak ada apa. Kalau mama risau macam ni pasti abang rasa serba salah. Eh ma. Jap ada orang call Han ni. Nanti Han call mama balik ya," potong Farhan serta merta talian di matikan. Dia sudah tak mampu untuk terus berbohong.
"Haish. Betul ke apa aku buat ni?" keluh Farhan. Dia mengurut urut pangkal lehernya. Wajah Fareiz yang masih tidak sedarkan diri dipandang.
"Tengok abang. Han dah terjebak dengan abang. Abang tak suka Han menipu kan? Jadi tolong lah, abang mesti bertahan. Abang mesti sembuh demi mama, demi kami." Berat untuk Farhan menuturkan kata. Matanya terasa membahang namun hatinya cuba di cekalkan. Dia tak mahu abangnya melihat dia menangis.
"Abang, Mama risau sangat pasal abang dan Han tak tau nak cakap apa dengan mama kalau mama tau keadaan abang macam ni. Dan Han pun risaukan abang. Han tak nak kehilangan abang dan Han tak mampu kehilangan abang," ujar Farhan panjang mengharap abangnya itu terus berusaha untuk sembuh.
Farhan menunduk dan tangan abangnya di genggam erat. Dia harap abangnya dapat mendengar segala yang di luahkan itu.
"Please abang. Han tau abang kuat. Abang pasti boleh lawan sakit ni. Han percayakan abang..."
"Dia masih belum sedar? Soal Doktor Zaabar mengejutkan Farhan yang masih ralit memberikan kata kata semangat pada Fareiz.
"Belum doc..."
"Sabar okay. He's fighter. Dia pasti boleh lalui semua ni," lirih Doktor Zaaba seraya bahu Farhan di sentuh lembut cuma untuk menenangkan anak muda itu.
"Cuma...tolong jangan bersedih dan menambahkan lagi tekanan dia. Farhan kena kuat dan bagi galakan yang tak henti kerana saat ni, Fareiz sangat memerlukan kekuatan dari kamu semua."
"Baik doktor. Saya mengerti," balas Farhan tanpa memandang ke arah Doktor Zaaba.
"Bagus lah."
"Doktor, penyakit abang masih ada harapan untuk sembuh kan? Saya ada baca mengenai penyakit ni. Kita boleh buat pemindahan hati kan?" soal Farhan tiba tiba.
Doktor Zaabar mengeluh perlahan. Wajah Farhan di pandang sayu.
"Susah saya nak terangkan Farhan. Cuma yang boleh saya cakap, tubuh abang kamu semakin lemah. Saya tak pasti samaada pembedahan dapat di lakukan atau tidak. Dan yang membimbangkan saya,. Fareiz seperti tidak mahu melakukan sebarang pembedahan walaupun saya pernah usulkan perkara ini."
"Saya akan pujuk abang tapi...tolong doc. Tolong cari jalan untuk sembuhkan abang. Saya pasti ada cara untuk kembalikan kesihatan abang," rayu Farhan dengan airmatanya yang makin deras mengalir.
"Saya cuba. Saya cuba Farhan."
"Abang. Farhan perlukan abang. Kami semua perlukan abang. Abang tak boleh tinggalkan kami hanya di sebabkan penyakit ni. Tolong lah abang."
Doktor Zaabar hanya mampu berdiam melihat Farhan yang mengengam erat tangan pesakitnya itu. Dia hiba melihat betapa kuatnya kasih sayang antara dua beradik itu.
"I will try all my best to help you Fareiz. I'm promise."
YOU ARE READING
Izinkan Aku Bernafas
Любовные романыIAB = Sinopsis Bahagia. Semua orang inginkan bahagia. Namun, bukan mudah untuk merasai bahagia. Bahagia merupakan 'hadiah' dari sesuatu yang diperoleh dari kesabaran, kesedihan, pengorbanan dan ketabahan. Senyuman sendiri tidak hanya dinamakan bahag...