bab 81

1.2K 28 1
                                    

Doktor zaabar hanya mampu bersandar pada kerusi pejabatnya. Di renung wajah anak muda yang menantikan jawapan. Doktor Zaaba runsing, tidak mungkin dia mampu untuk memberikan kebenaran kepada pesakitnya itu memandangkan kondisi kesihatan lelaki itu yang masih tidak stabil.

"Tolonglah doktor. Saya perlu keluar dari sini," pujuk Fareiz lagi tidak berputus asa.

"Tak boleh tengku, Saya tak boleh lepaskan you keluar," lirih doktor zaabar lalu mengeleng gelengkan kepalanya.

"Tapi doktor..."

"Tengku keadaan you sekarang sangat lemah. Tak mungkin i benarkan you keluar dari sini," potong Doktor Zaaba. Mestipun pada dasarnya di hospital swasta ini pesakit berhak untuk keluar dari hospital mengikut kehendak mereka. Namun bagi Doktor Zaaba, Tengku Fareiz adalah di bawah tanggung jawabnya dan dia tidak mahu sesuatu yang buruk terjadi pada anak muda itu.

"Doktor. Saya dah stabil dan saya jelas dengan situasi keadaan saya. Doktor tak perlu risau." Fareiz mengukirkan senyuman untuk menyedapkan hati doktor peribadinya itu.

"Erm..." Doktor zaabar melepaskan keluhannya mendengar kata kata yang di ucapkan Fareiz.

"I mahu you berehat secukupnya Tengku. Tubuh you sangat lemah. I tak mahu you collapse lagi. Ia amat membahayakan diri you. And other what, dah berapa lama you tak jalani rawatan?" soal Doktor Zaaba pada Fareiz yang sudah terdiam. Di renung sepasang anak mata yang nampak tidak bermaya itu

"Tengku. You jangan lah patah semangat macam ni..."

"Doktor, saya cuba untuk bertahan dan saya akan terus mencuba. Tapi saya tak boleh nak berbaring sahaja di katil sebab terlalu banyak perkara saya kena selesaikan sebelum saya menghembuskan nafas terakhir..."

"Tengku..."

"Maaf doktor, Saya perlu pergi. Adik saya memerlukan saya saat ni," putus Fareiz seraya kakinya melangkah keluar dari bilik Doktor Zaaba tanpa mendengar balasan dari doktor tua itu.

Doktor zaabar hanya mampu memerhatikan sahaja langkah Fareiz. Rasa risau mula melanda fikirannya. Melihat keadaan lelaki itu yang semakin lemah dan seperti berputus asa membuatkan hatinya menjadi bimbang. Dia tak mahu Fareiz menyerah kerana paling penting bagi pesakit adalah semangat. Semangat untuk terus hidup.

Izinkan Aku BernafasWhere stories live. Discover now