Bab 1 ~ Kesakitan

3K 85 0
                                        

Tergamaknya hatimu sayang,

Menciptakan luka pada aku yang setia,

Dahulu kau bisik kalimah,

Walau apa terjadi kasih tak berubah.

Manusia berubah. Seperti musim, dari musim panas ke musim sejuk. Seperti air manisan sejuk yang pada mulanya manis, menjadi tawar setelah ais mencair. Janji? Senang dilafas namun sukar ditunai. Setia? Ada hari ini namun tidak esok. Katanya sentiasa di sisi, tapi esoknya pergi. Cinta? Takkan terjadi jikalau hati berubah, setia pergi, dan janji dimungkiri.

Fareiz bersandar di birai katil. Dia termenung seketika, memandang kosong dinding di hadapannya. Kebahagian yang selama ini dikecapi terasa seperti direntap dengan sekelip mata. Orang yang paling dia sayang, kini berubah menjadi seorang yang langsung tidak dikenalinya.

"Argh!" Fareiz menjerit kuat seraya menepis kasar ubat-ubatan yang ada di hadapannya dan serentak itu ubat-ubat jatuh. Habis berselerak kesemua ubatnya di lantai. Fareiz cuba bangun tetapi badannya terasa lemah dan kakinya langsung tidak dapat digerakkan walau sedikit pun. Namun kekecewaan terhadap apa yang berlaku pada kakinya itu tidaklah seteruk kesakitan di hatinya.

"Kenapa!" Jerit Fareiz kuat hati.

Sungguh fikirannya terlalu berkecamuk kini dek memikirkan apa yang telah terjadi. Fareiz mengetap gigi dan riak wajahnya bertukar menjadi merah kegeraman

"Kenapa you tinggalkan I dalam saat-saat macam ni? Kenapa Fiona. I really need you beside me right now. But why did you leave me alone..." Lirih Fareiz sedih. Dia kecewa dengan apa yang berlaku padanya kini. Satu persatu kata-kata Fiona itu bermain di fikirannya. Dia yang semakin geram terus sahaja menanggalkan cincin yang dipakainya. Dengan hati yang sangat remuk, cincin itu dibaling kasar.

"Argh!" Jerit Fareiz lagi sekuat hati. Keadaannya kini langsung tidak ubah seperti orang kurang siuman. Fikirannya jadi tidak waras.

"Hey what's wrong with you ni bro?" Haiqal yang muncul kerana terkejut dengan jeritan Fareiz terus mendapatkan abang sulungnyaitu. Namun belum sempat dia merapati Fareiz, Fareiz terlebih dahulu menjerit kuat.

"Keluar! Jangan ganggu aku!" jerkah Fareiz sambil tangannya mencabut segala jarum di tangan. Tiada rasa sakit yang dirasa melainkan hati yang sangat-sangat terguris dan terkilan menguasai sanubarinya. Apa yang Fiona lakukan adalah sebuah pengkhianatan yang tidak mungkin dia lupakan. Malah, hanya seribu satu luka yang akan tersemat di jiwanya. Haiqal yang masih tidak tahu perihal bakal kakak iparnya itu rasa amat terkejut.

"Bawa mengucap bro."

Haiqal segera mendapatkan abangnya lantas memeluk erat tubuh Fareiz yang masih meronta- ronta bagai orang hilang akal. Dia tidak tahu apa yang berlaku pada abangnya itu. Namun ini adalah kali pertama dia melihat abangnya begitu tertekan dan dia sangat risau dengan keadaan abangnya itu.

"Doktor! Papa!" Jerit Haiqal cuba mendapatkan bantuan. Button kecemasan segera di tekan.

"Pergi!! Aku tak perlukan sesiapa! Pergi!" Ronta Fareiz lagi sambil cuba untuk melepaskan dakapan Haiqal yang sedang menenangkannya.

"Astaghfirullahallazim Fareiz..." Mengucap terus Tengku Mukriz sebaik sahaja kakinya melangkah masuk ke dalam wad anak sulungnya itu. Terkejut dia melihat keadaan Fareiz yang bagai dirasuk

"Tenang abang. Bawak banyak mengucap." Tengku Mukriz cuba menenangkan Fareiz lalu dahi Fareiz ditiubnya lembut sambil mulutnya membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Tidak lama kemudian, Doktor Zaabar muncul lalu terus memegang tangan Fareiz untuk memberikan suntikan. Jika dibiarkan meronta begitu, keadaan lelaki itu pasti akan bertambah teruk.

Tengku Zubaidah, ibu kepada Fareiz hanya mampu menangis teresak esak melihat keadaan anak sulungnya itu. Hatinya benar benar terhiris.

"Ya Allah, dugaan apa lagi ini?" Lirih Tengku Zubaidah dengan airmata yang menitis di pipinya.

"Mama, apa yang dah jadi sebenarnya ni? Semalam abang bukan dah tenang sepenuhnya ke?" Soal Haiqal penuh hairan, namun Tengku Zubaidah hanya berdiam bersama wajah sedih. Hati ibu mana yang tidak terluka melihat keadaan anaknya begitu.

Melihat ibunya yang hanya berdiam, Haiqal terus beralih pada Farhan.

"Farhan?" Ajunya kepada si bongsu. Farhan mengeluh berat sebelum berdecit geram.

"Heish. Ni semua salah perempuan tak guna tu lah! Sanggup dia tinggalkan abang dengan keadaan abang macam ni?

Huh! Dasar perempuan plastik!" Kasar jawapan yang diberikan Farhan. Tergamak bakal kakak iparnya itu memutuskan pertunangan di saat abangnya terlantar sakit begitu. Dan alasan yang diberi langsung tidak boleh diterima akal.

'Tidak sanggup bersama dengan seorang yang tak mungkin mempunyai masa depan? Gila!' Ngomel hati Farhan. Farhan pasti sekiranya hal itu berlaku pada dirinya, pasti dia juga akan mengamuk seperti itu.

"Apa maksud kau ni? Aku tak fahamlah." Haiqal masih tidak dapat menangkap maksud kata-kata kasar adiknya itu.

"Fiona dah tinggalkan abang. Dia batalkan pertunangan." Beritahu Farhan yang sedaya upaya menahan geram.

Mendengar sahaja kata-kata adiknya itu, wajah Haiqal terus bertukar bengis.

"Fiona tinggalkan dia?" ujar Haiqal penuh bengang.

"Ya, si tak guna tu," marah Farhan lagi. Jelas tertera akan kegeraman di wajah Farhan.

"Dasar perempuan tak guna! Tahu lah aku nak ajar kau nanti! Langsung tak reti nak diuntung!" Getus Haiqal geram.

Walaupun dia dan Fareiz sering bertelagah namun ikatan persaudaraan dan kasih sayang yang dibina selama ini masih utuh antara mereka.

"Abang. Kuatkan semangat ya. Lawan perasaan dan sakit abang ni," ucap Tengku Mukriz lembut sambil memandang sayu anaknya yang terbaring lemah dan tidak bermaya itu.

Izinkan Aku BernafasCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang