Bab 62 ~ terindah

966 33 3
                                    

"Aduh. Dekat mana pula aku letak ubat ni," lirih Farish sendiri. Habis semua poket seluar dan baju di celuknya tapi masih tiada peket ubatnya

"Mesti tertinggal kat rumah,"gumam Fareiz lantas interkom di tekan.

"Syasya. Mana Arman?"

"Dia on the way bos. Tadi dia pergi bank." Kedengaran suara Syasya di talian membalas pertanyaan.

"Ah. Nanti dia sampai awak suruh dia ambil saya dekat rumah ya. Saya nak balik. Ada tertinggal barang dekat rumah," ujar Fariez lalu mematikan interkom. Dia tersenyum sendiri dengan kecuaiannya. Akibat tergesa-gesa keluar dari rumah pagi tadi, ubat yang di letakkan di bawah katil tidak di ambil. Baru Fareiz nak melangkah keluar. Teleponnya berbunyi. Kelihatan nama adiknya, Haiqal tertera di screen.

"Assalamualaikum. Ya Carl ada apa? Oh boleh. Carl tunggu sekejap. Dalam 15 minit abang sampai. Ah ah. Okay, Assalamualaikum," ucap Fareiz seraya talian di tamatkan setelah adiknya itu menjawab salam.

"Macam mana boleh rosak? Erm. Alhamdulillah tak ada apa jadi dekat diorang..." Fareiz menarik nafas panjang sebelum kembali memulakan langkahnya.

**********************

"Thanks bro, susahkan kau pula. Aku call Pak Mat, dia dekat workshop lagi. Nak cari teksi. Kau faham-faham je lah waktu macam ni, yang available pun lama lagi. So kau je yang paling dekat," ujar Haiqal panjang lebar setelah melabuhkan punggung di seat sebelah pemandu.

"Tak ada hal lah. Lagipun abang memang nak balik rumah, ada barang tertinggal. Kalau Carl tak call pun rasanya abang still akan guna laluan ni untuk balik rumah."

"Tu lah. Mama dah cakap kat Carl, call je Fareiz tapi Carl ni tak nak dengar. Dah tak ada solution baru di call nya," bebel Tengku zubaidah memarahi Haiqal yang berdegil tidak mahu meminta pertolongan dari Fareiz.

"Haha. Dia takut Fareiz busy ma," tawa Fareiz lalu memandang ke arah ibunya itu.

"Heh. Bukan Carl sengaja ma. Mama tahu je lah abang ni, memanjang busy. Tu yang Carl malas nak kacau," ujar Haiqal lagi membela diri. Kereta yang tersadai di tepi jalan di renungnya.

"Haish time macam ni pula kereta nak buat hal."

"Beli lah kereta baru," sampuk Tengku zubaidah lagi. Dia kesal dengan kereta yang di pandu anaknya itu tiba-tiba terhenti di tengah jalan. Nasib baik tidak ada sebarang perkara berlaku pada mereka bertiga.

"Nanti lah mama. Tunggu pomen cakap apa dulu," balas Haiqal malas malas lalu berpaling kepada Ivy.

"Sayang, ada barang tertinggal dekat kereta tak?"

"Tak ada."

Haiqal menganguk searaya berpaling pula kepada Tengku Zubaidah.

"So ada apa lagi yang belum beli ke mama?"

"Mama rasa semuanya dah beli. Erm. Ivy, barang yang mama listkan tu, semua dah ada?"

"Semua dah ada mama."

Fareiz hanya mendengar kan sahaja perbualan antara mereka bertiga. Sesekali matanya mencuri pandang ke arah cermin. Mencari sebujur wajah yang amat di rinduinya. Ternyata Ivy amat membencinya. Dari awal Ivy langsung tidak sudi memandangnya.

"Lepas hantar mama. Abang ada pergi mana tak? Boleh abang hantar Ivy ke kampus dia? Ada kerja dia kata," pinta Haiqal memberhentikan lamunan Fareiz.

"Tak payah la, Saya naik teksi saja," jawab Ivy spontan sebelum sempat Fareiz berkata apa.

"Mana boleh macam tu. Alah Abang Fareiz bolehnya hantar you."

"It's okay Carl. Ivy..."

"Sayang jangan macam tu. Takkan lah Carl nak biarkan sayang Carl naik teksi."

"Tapi..."

"Ah. Carl guna je kereta abang. Abang ada meeting luar. So Arman akan ambil abang dekat rumah," sampuk Fareiz mematikan kata kata Ivy. Dia pasti Ivy tidak akan mahu di hantarnya.

"Betul ni bro?"

"Yeah."

"Great. Thanks ya bro."

"It's okey, small matter." Fareiz berpaling sekilas pada Haiqal dan mengukirkan senyuman sebelum kembali memfokuskan pemanduannya.

Fareiz cuba berlagak biasa. Sesekali dia mencuri pandang ke arah Ivy. Ivy hanya berdiam diri manakala Tengku Zubaidah sudah terlena. Haiqal yang tak selesa dengan keadaan sepi itu berdehem kemudian memandang ke arah radio.

"Haish senyap je, kau tak on radio ke abang?"

Fareiz tersengih mendengar bebelan Haiqal. "Hihi...tadi abang on call tu tak hidupkan radio."

"Hah. Baru tak sunyi sangat," bebel Haiqal setelah tangannya menghidupkan radio yang sedari tadi tidak berbunyi. Seketika kemudian lagu tercipta untukmu dari kumpulan Ungu kedengaran.

Menatap indahnya senyuman diwajahmu

Membuat ku terdiam dan terpaku

Mengerti akan hadirnya cinta terindah

Saat kau peluk mesra tubuhku

Banyak kata yang tak mampu kuungkapkan kepada dirimu

Aku ingin engkau selalu hadir dan temani aku

Disetiap langkah yang meyakiniku

Kau tercipta untukku sepanjang hidupku

Meski waktu akan mampu memanggil seluruh ragaku

Ku ingin kau tau ku selalu milikmu

Yang mencintaimu sepanjang hidupku

"Heh!" satu keluhan sinis keluar dari mulut Ivy yang sedari tadi membatukan diri. Ivy teringat lagu ini pernah di hantar oleh Fareiz sewaktu hari lahirnya.

"Kenapa ivy?" soal Tengku Zubaidah. Dia yang telah tersedar akibat radio yang tiba tiba terpasang terkejut mendengar keluhan dari bakal menantunya itu.

"Tak ada apa mama. Cuma Ivy teringat sesuatu yang tak bermakna," lirih Ivy. Sedaya upaya dia cuba mengawal nada suaranya. Mata Ivy melirih kepada Fariez yang sedang fokus memandu.

Haiqal hanya tersenyum tawar. Dia pasti keluhan itu ditujukan kepada abangnya. Manakala Fareiz pula hanya buat-buat tak dengar apa yang di perkatakan gadis itu.

'Ivy. If you know how much I need you right now,' gumam Fareiz di dalam hati. Sungguh tika ini hatinya terasa begitu pedih untuk menerima hakikat yang gadis yang amat di sayanginya itu bakal menjadi adik iparnya.

Izinkan Aku BernafasWhere stories live. Discover now