Bab 16 ~ Kosong

1.5K 51 0
                                    

CUACA petang yang redup itu cukup memberikan suasana tenang di sekitar hospital itu. Namun ketenangan tersebut langsung tidak tidak dapat menjernihkan kerisauan yang melanda hati Fareiz.

Penerangan Doktor Zaabar dirasakan membawa dirinya kembali ke lembah derita. Fareiz hanya mampu tertunduk lemah. Fikirannya kosong. Dunianya juga terasa kosong dan kelam. Sepertinya tiada lagi sinar cahaya yang boleh membantunya untuk untuk menerangi perjalanan hidup yang semakin kelam itu.

Fareiz menghela nafas berat. Penerangan dari Doktor Zaabar mengenai laporan ultra sound dan tumor marker yang dilakukan beberapa hari yang lalu, jelas menunjukkan ada kehadiran sel-sel kanser dalam hatinya.

"You sure Doc? Cancer? Soal Fareiz sekali lagi ingin mendapatkan kepastian.

Doktor Zaabar terdiam sebelum kembali meneruskan kata-katanya.

"Yes cancer and it is stage 2," balas Doktor Zaabar. Spontan itu tangan Fareiz yang berada di bawah meja digenggam kuat. Hampa. Harapannya terasa semakin menipis.

"Tengku? Tengku Fareiz?" Panggil Doktor Zaabar sedikit kuat apabila Fareiz kelihatan seperti sedang mengelamun.

"Ya Doktor?" Sahut Fareiz yang tersedar dari lamunannya. Dia memandang Doktor tanpa tahu apa yang harus di perkatakannya.

"Tengku faham kan apa yang saya beritahu Tengku tadi?" Soal Doktor Zaabar sedikit risau. Dia tahu tika ini emosi Fareiz pasti menjadi kurang stabil.

Fareiz mengangguk bersama senyuman tawar yang masih berbasi di bibirnya.

"Ya doktor, saya faham," jawab Fareiz perlahan. Dia kemudiannya kembali tunduk memandang bawah, memikirkan segala rasa yang menyerbu hatinya kini. Rasa sedih, bimbang dan takut bermain di fikirannya. Bagaimana Mama, adik-adik dan Ivy nanti bila mereka tahu tentang penyakitnya? Sungguh dia tidak mahu kehilangan orang-orang yang disayanginya itu.

Fareiz menggeleng perlahan. Dia tidak boleh berputus asa. Dia mesti tabah dalam menghadapi semua dugaan ini. Seperti Ivy pesan padanya suatu ketika dulu, setiap masalah pasti ada penyelesaiannya dan dia harus mencari jalan penyelesaian itu.

"Doktor, penyakit ini masih boleh di rawat kan? Sebab setahu saya, tahap kedua ini masih awal lagi kan?" Soal Fareiz penuh pengharapan. Dia mahu hidup. Dia mahu bersama dengan orang-orang yang dia sayang.

Doktor zaabar tersenyum senang mendengar soalan Fareiz. Sekurang-kurangnya, dia tahu pesakitnya itu tidak putus asa dan cuba untuk bangkit.

"Betul. Don't worry, I will give all my best to help you, Fareiz. I promise," janji Doktor Zaabar tenang.

"Thanks Doc, Doktor dah banyak tolong I," ucap Fareiz. Dia sedikit sebanyak terhutang budi dengan Doktor Zaabar yang banyak merawatnya. Malah Doktor Zaabar sendiri juga lebih menganggap dirinya sebagai seorang anak mahupun adik, dan bukannya hanya sebagai seorang pesakit.

"Fareiz, you dont have to thanks to me because you are always under my responsible and I'm just doing my job as a doctor. So, macam doktor yang lain, kami semua akan buat yang terbaik untuk semua pesakit kami," kata Doktor Zaabar lagi.

Fareiz hanya membalas dengan senyuman. Senyuman yang hanya terukir di sebalik hatinya yang sudah menangis.

********************

FAREIZ memandu laju tanpa hala tuju. Hampir dua puluh minit dia berlegar-legar di kawasan sekitar hospital sehinggalah dia memutuskan untuk menghala ke Stadium Malawati. Stadium yang pernah menjadi rumah keduanya suatu ketika dahulu.

Fareiz mematikan enjin kereta setelah sampai di stadium itu. Tingkap kereta diturunkan lalu dia memandang kawasan sekeliling yang tidak banyak berubah itu. Fareiz kembali memandang hadapan, cuba mencari ketenangan yang mungkin terselit di sebalik kenangan lalu. Sungguh dia rindu akan tempat ini. Jika boleh, tika ini dia mahu berlari sepuasnya, melepaskan segala beban yang membelengu fikirannya. Namun dia tidak berjaya. Ketenangan yang dicarinya itu tidak mungkin dapat menutup kerisauan yang melanda hatinya kini. Walaupun Doktor Zaabar berkata dia masih ada peluang untuk merawat penyakitnya itu dengan melakukan rawatan, namun tetap juga hati kecil Fareiz masih berasa takut dan bimbang. Macam-macam yang sedang bermain di fikirannya tika ini.

Bagaimana di mahu menjalani kehidupan kelak? Mampukah dia untuk bertahan dan terus bertahan hingga ke akhirnya? Perlukah dia beritahu perihal ini kepada Tengku Zubaidah dan yang lain? Apa pula penerimaan mereka nanti? Malah Ivy sendiri, mampukah gadis itu menerima hakikat ini? Banyak sangat yang bermain di fikiran Fareiz. Apa yang dirisaunya bukan dirinya, namun keluarganya. Orang-orang yang disayanginya. Fareiz tidak mahu keadaanya nanti menjadi beban kepada keluarganya. Fareiz tidak mahu kegembiraan yang mereka kecapi bakal bertukar kepada kesedihan hanya kerana penyakitnya itu.

"Sungguh Ya Allah, hambaMu ini tidak rela semua itu berlaku."

********************

MALAM semakin larut. Ivy menilik jam tangannya. Sudah hampir pukul 7 malam dan kelibat Fareiz masih tidak kelihatan.

"Mana lah Fareiz ni..." Ivy sudah mula risau. Sepatutnya waktu sebegini Fareiz sudah menjemputnya pulang. Perkarangan universiti dipandang sekilas. Hanya tinggal dua atau tiga pelajar sahaja yang masih menunggu ketibaan pengangkutan awam. Lantas Ivy terus mengeluarkan telefonnya dan nama Fareiz dicari di kenalan.

"Assalamualaikum," Ivy memberikan salam dengan lembut dan sopan. Entah kenapa, tidak pula dia rasa seperti mahu memarahi lelaki itu.

"Waalaikumsalam," jawab Fareiz perlahan.

"Fareiz, you kat mana ni?" Soal Ivy.

"I dekat luar stadium." Jawab Fareiz acuh tak acuh. Fikirannya terlalu runsing memikirkan masalahnya maka dia tiada hati untuk berborak.

"Stadium? You buat apa kat situ senja-senja macam ni?" Soal Ivy ingin tahu. Dahinya sudah berkerut.

"Find some ketenangan?" Fareiz tersenyum tawar ketika menuturkan ayat itu.

Ivy terdiam. Ayat yang pendek itu sudah cukup untuk menyakinkan Ivy bahawa kekasih hatinya itu ada masalah ketika ini.

'Mesti ada yang menggangu fikiran dia ni.' Fikir Ivy. Dia faham benar dengan sikap Fareiz. Mana mungkin Fareiz lupa akan janji yang telah dibuat jika tidak ada yang benar-benar menganggu fikirannya.

"Fareiz, you ingat lagi apa yang I pernah cakap dulu? Tak perlu meyendiri atau pergi jauh untuk mendapatkan ketenangan. You hanya perlu pejam mata, ingat padaNya, ingat akan kebesaran dan keindahan alam ciptaannNya. Pasti ketenangan akan hadir dalam diri you. And you know why? Sebab kita sebahagian dariNya. Sebahagian dari ciptaanNya," ujar Ivy penuh perasaan.

Lama Fareiz membisu. Kata-kata Ivy yang lembut itu membuatkan dia hiba. Gadis yang sentiasa ada di sisinya. Sungguh dia tidak dapat membayangi apa yang bakal terjadi pada Ivy jika gadis itu tahu akan hal yang sebenar.

"Fareiz? Are you there?" Panggil Ivy apabila tidak menerima sebarang balasan.

"Yes I'm here. By the way, thanks sayang..." balas Fareiz seraya talian ditamatkan tanpa mengucapkan salam mahupun menunggu balasan dari Ivy.

Ivy memandang risau skrin telefonnya.

'Ya Allah, ku harap dia baik-baik sahaja. Apa pun dugaan yang sesang dirinya hadapi, ku mohon KAU permudahkanlah untuknya.'

********************

'Allahuakbar, Allahuakbar" Bunyi azan sayup-sayup kedengaran dan menyapa telinga membuatkan Fareiz tersedar sendiri.

"Ya Allah! Dah mahgrib!"

Fareiz segera menaikkan tingkap kereta dan bergegas ke surau yang terletak di hujung banggunan stadium itu. Dia tidak mahu melewatkan waktu solatnya. Lagi lagi dengan solat mahgrib yang terlalu singkat waktunya.

Usai solat, Fareiz memandang setiap inci di dalam surau, keadaan sunyi tanpa ada jemaah di sekeliling. Keadaan sunyi itu akhirnya membuatkan airmata Fareiz tidak henti mengalir. Dia terasa seperti Allah berada dekat dengannya, seperti Allah sedang melihatnya setiap perbuatannya. Lantas dia menadah tangan terus berdoa. Hanya padaNYA tempat dia menghilangkan segala duka dan kebimbangan yang melanda hatinya. Selepas beberapa ketika, doa diaminkan dan rasa tenang terus menyapa hati.

"Bismillah..." ucap Fareiz sambil menyarungkan kasut di hadapan surau. Dia pantas mengeluarkan jam tangannya lalu dipakai di tangan. Alangkah terkejutnya tatkala dia melihat waktu yang tertera di jam tangannya itu.

"Ya Allah! Ivy!"

Izinkan Aku BernafasWhere stories live. Discover now