Bab 42 ~ Sembunyi

1.1K 44 9
                                        

"FARHAN, are you hear what I'm said just now?" tengking Adrea, salah seorang students yang sama-sama menjalankan projek amali di Queenland Hospital. Bengang gadis itu apabila Farhan langsung tidak menumpukan perhatikan terhadap apa yang mereka sedang bincangkan. Wajah Farhan yang seperti tertelan kapur barus dipandang pelik. Entah kenapa sejak akhir-akhir ini lelaki itu seperti ada masalah.

Farhan mendongak dan membalas renungan rakan sekuliahnya itu. Mulutnya masih di biarkan berkunci.

"Well. Dengar juga akhirnya. So apa pendapat you? Jangan pula kata nanti i syok sendiri pula."

Farhan masih membisu fikirannya melayang memikirkan perihal abang sulongnya. Apa yang di perkatakan Adrea langsung tak masuk.

"Hei Farhan! I tanya ni kan?"

"Argh! Senyap lah! Just do what you want to do!" Jerkah Farhan kuat lantas bangun dan beredar meninggalkan rakan-rakannya yang terpinga-pinga. Farhan runsing. Hatinya langsung tidak tenteram. Dia risaukan kesihatan abang Fareiz. Meski abangnya itu mengatakan bahawa penyakitnya itu sudah beransur sembuh. Namun jauh dari sudut hati Farhan, dia merasakan sebaliknya. Dia pasti Fareiz ada sembunyikan sesuatu sebab tak mahu dia risau. Farhan kenal sangat perangai abangnya yang terlalu menjaga hati orang. Dan yang meyakinkannya adalah kerana doktor Ahmad langsung tidak mahu menjelaskan situasi penyakit Fareiz. Bila di tanya, doktor Ahmad hanya mengatakan bahawa semuanya terkawal namun memintanya untuk sentiasa ada di sisi abangnya itu. Banyak kali Farhan cuba menghubungi abangnya, namun hampa kerana hanya pesanan suara yang menjawab panggilan.

"Abang, I know you still keep something from me", lirih Farhan. Number mamanya di dail.

"Assalamualaikum mama." Segera salam dihulurkan Farhan apabila mendengar suara Tengku zubaidah di talian. Seketika Farhan mendengarkan sahaja coleteh mamanya itu tanpa membalas.

"Farhan okay ma, cuma Farhan nak tanya, abang Fareiz ada di rumah? Sebab Farhan call abang tak angkat. Tak ada? Oh ye ke? 2 minggu abang tak balik? Ah. Farhan tak tahu pula abang masih di Singapore. Tak ada apa lah mama. Farhan cuma ada sikit benda nak minta tolong abang," tipu Farhan apabila mendengar seperti ibunya itu seakan kerisauan.

"Okay mama. Farhan letak dulu ya. Banyak kerja nak buat ni. Waalaikumsalam ma..." Farhan meraup raup mukanya sejurus talian di tamatkan. Apa yang di beritahu mama membuatkan Farhan makin yakin ada yang tak kena dengan abang sulongnya itu

'See! There must something wrong! Dah berhari hari abang balik dari Singapore. Kenapa abang tak balik ke rumah? Abang apa yang sedang abang sedang rahsiakan? lirih Farhan. Satu keluhan berat di lepaskan.

Izinkan Aku BernafasCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang