HAIQAL memberhentikan keretanya di hadapan kampus. Petang itu dia mempunyai temu janji dengan salah seorang pelajar perempuan yang baru di kenalinya melalui aplikasi laman sosial dan mereka telah berjanji untuk keluar makan bersama selepas Haiqal menjemputnya pulang dari kuliah
Haiqal menilik jam tangan. 'Sepatutnya dia dah keluar dah sekaran ni," detik Haiqal di dalam hati.
Haiqal yang kebosanan akhirnya menguatkan lagi radionya. Sambil-sambil itu, dia memandang sekeliling dan melakukan aktiviti hariannya iaitu 'cuci mata'.
Emmir Haiqal, seorang yang sangat terkenal dengan gelaran kasanovanya. Dengan rupa yang kacak, bertubuh tinggi lagi sasa persis model dan bermulut manis, memang mudah baginya untuk mendapat mana-mana gadis yang diminatinya. Sedang dia melihat gadis-gadis yang ada di hadapan, pandangannya tiba-tiba tertancap pada seorang gadis yang sedang sibuk menelefon seseorang. Haiqal tersentak. Dia kenal gadis itu. Gadis yang sekian lama dicarinya.
"Oh God! I found you baby..."
********************
IVY mematikan telefon setelah panggilannya tidak dijawab. Satu keluhan perlahan keluar dari mulutnya. Ivy sebenarnya tidak kisah jika Fareiz terlupa akan janji untuk menjemputnya pulang, namun apa yang dirisaukan Ivy adalah keadaan lelaki itu. Sungguh dia berharap Fareiz baik-baik sahaja.
Ivy akhirnya memutuskan untuk menuju ke perhentian bas. Langkah Ivy terhenti apabila ada sebuah kereta mewah tiba-tiba berhenti depannya. Dia terkejut. Ivy menanti dengan kerutan di dahi. Walaupun cermin kereta itu gelap, namun Ivy masih boleh mengagak bahawa pemandu itu adalah lelaki. Tidak lama kemudian, cermin kereta diturunkan. Lelaki yang berambut kemas itu menoleh ke arah Ivy lalu shades yang dah diturunkan.
"Remember me?" Sebuah senyuman manis dihadiahkan buat Ivy membuatkan Ivy tersentak.
"Carl?"
Makin melebar senyuman Haiqal apabila gadis yang diminatinya itu masih ingat akan namanya.
"Yepp, that's me. Your 'handsome-ex-senior' yang popular dulu," balas Haiqal ceria. Namun Ivy hanya senyum tipis.
'Yeah, handsome and playboy.' Sambung Ivy di dalam hati.
"Eh anyway, tak sangka kan boleh jumpa my fav junior kat sini? Dah lama betul tak jumpa you. Rindu lah pula." Haiqal cuba berbasa-basi dengan ayat manisnya.
"Hi...Yeah..." balas Ivy nak tak nak. Dia mula rasa tidak senang. Masakan tidak, lelaki inilah yang dahulunya tidak pernah berhenti menganggunya. Ke mana sahaja dia pergi, pasti lelaki kasanova itu ada. Bersama senyuman ceria dan ayat manisnya yang tak pernah hilang.
'Dia dengan perangai miangnya masih tak berubah,' detik Ivy di dalam hati bila lelaki itu ralit merenungnya.
"Nak pergi mana ni? Baru balik dari kuliah eh? Nak Carl tumpangkan tak?" Tawar Haiqal ramah.
Ivy pantas menggeleng. "Eh tak apalah. Ivy balik naik bas je. Ivy minta diri dulu lah ya? Assalammualaikum," ucap Ivy sopan lantas terus menyambung langkahnya ke pondok bas. Sempat juga dia menghadiahkan senyuman buat senior 'playboy'nya itu.
Tidak lepas Haiqal memandang Ivy yang semakin menjauh itu. Sungguh hanya Allah sahaja yang tahu betapa laju jantungnya berdetak saat melihat senyuman manis Ivy. Sopan dan manis. Bagi Haiqal, sifat itu hanya ada pada Ivy sahaja, dan sifat seperti itulah yang dicarinya selama ini namun Haiqal penasaran. Mengapa terlalu sukar untuk dia memiliki gadis itu ?
"Wa'alaikummussalam..." Jawab Carl perlahan sambil matanya tak henti dari memerhatikan si pujaan hati.
********************
SETIBANYA di rumah, Ivy terus membersihkan dirinya dan menunaikan solat fardhu Isyak. Setelah itu, dia membuka telekungnya dan termenung buat seketika di atas sejadah.
"Carl..." Tanpa sedar, nama lelaki itu meniti keluar dari bibirnya. Ivy tersenyum sendiri. Wajah tampan Haiqal bermain di fikirannya. Dia teringat semula akan kenakalan lelaki itu dalam memikatnya satu ketika dulu.
"Astagfirullahalazim. Apa kau fikir ni Ivy..." lirih Ivy seraya meraup perlahan mukanya. Rasa bersalah mula terbit di sanubari.
Ivy tersentak lagi bila telefonnya tiba-tiba berbunyi.
Lantas Ivy mencapai telefon yang di letakkan di hujung katil. Senyumannya serta merta sahaja terukir saat melihat nama pemanggil di skrin.
"Assalammualaikum," ucap si pemanggil dengan nada agak serba-salah.
"Wa'alaikummussalam sayang," jawab Ivy penuh lembut.
"Sayang, you dah sampai rumah ke? I'm so sorry sayang. Fareiz betul-betul lupa untuk jemput sayang," pohon Fareiz serba-salah. Dia terasa dirinya begitu teruk hingga tergamak membiarkan gadis itu pulang sendirian lewat malam begini.
Ivy tersenyum. Walaupun dia tidak menyimpan sebarang rasa marah mahupun rajuk, tapi hatinya terasa begitu tersentuh saat mendengar ayat maaf dari lelaki itu. Terasa dirinya dihargai. Ivy tahu Fareiz sedang mengalami masalah, namun lelaki itu tidak akan mengabaikannya. Jika ada pun, pasti dia akan mohon maaf atas kesilapannya. Dan itu jugalah salah satu sebab mengapa dia cukup sayang pada lelaki yangbernama Emmir Fareiz itu.
"Tak apa. Ivy dah selamat sampai rumah dah and that thing doesn't matter to me. Apa yang Ivy risaukan sekarang ni adalah yourself. Are you okay sayang?" Soal Ivy bimbang namun nada suaranya masih lembut.
Senyuman kecil terbit di bibir Fareiz. Sikap prihatin Ivy memang tidak pernah berubah.
"I'm okay...I will...and I have to, right?" Tenang Fareiz menjawab namun penuh maksud disebaliknya.
Ivy terdiam sebelum ikut tersenyum. "Yes, you have and I know you can."
Fareiz membalas dengan senyuman. Sejuk hatinya mendengar suara gadis kesayangannya itu.
"Now take a rest. Apa pun masalah Fareiz, ingat Allah lah penyelesaiannya. Dah, pergi rehat lepas tu solat Isyak."
Fareiz mengangguk walaupun dia sedar kelakuannya itu tidak di lihat Ivy.
"Thanks sayang and I'm sorry sebab I can't tell you my problem."
"It's okay Fareiz. Ambil masa. If you dah ready, anytime I sedia dengar masalah you."
"Thanks again for understands me. I gotta go now. Assalammualaikum," pamit Fareiz lalu menamatkan panggilan.
"Wa'alaikummussalam."
YOU ARE READING
Izinkan Aku Bernafas
RomanceIAB = Sinopsis Bahagia. Semua orang inginkan bahagia. Namun, bukan mudah untuk merasai bahagia. Bahagia merupakan 'hadiah' dari sesuatu yang diperoleh dari kesabaran, kesedihan, pengorbanan dan ketabahan. Senyuman sendiri tidak hanya dinamakan bahag...