Bab 61 ~ Rehat

966 33 2
                                    

"LAMA kan tak lepak macam ni. Han rasa rindu sangat dengan tempat ni." Senyum Farhan lalu melabuhkan punggungnya ke kerusi kayu yang terletak berhampiran tasik.

"Ah...yeah. Lama sangat," ujar Fariez pula. Matanya memerhati beberapa pengunjung yang sedang berjogging. Entah kenapa hatinya rasa rindu untuk melakukan aktiviti itu.

"Han. Jom jogging," lirih Fareiz spontan.

"Hah? Tak mahu lah. Nanti sakit pula kaki abang tu."

"Alah. Tak ada hal, jogging perlahan-lahan dah la," ujar Fareiz seraya bangun dan cuba melakukan warm up. Dia segera melakukan regangan bahu dan dada. Kedua-dua belah tangannya dihalakan ke bahagian belakang dalam keadaan seperti bersalam dan tangannya digerakkan ke atas selama lima minit. Selepas itu Fareiz cuba pula untuk meregangkan otot betis dengan berdiri dengan sebelah kakinya di halakan depan dan perlahan-lahan memindahkan berat badan kepada kaki depan. Seketika kemudian Fareiz mengarukan kepalanya.

"Heh. Macam mana nak lari kalau nak buat regangan otot dengan membengkokkan kaki pun tak boleh," gumam Fareiz lalu tersenyum tawar memandang kaki kanannya.

Farhan yang sedari tadi memerhatikan tingkah laku abangnya itu hanya menggelengkan kepala. Hatinya sayu memikirkan apa yang sedang bermain di fikiran lelaki itu.

"Mesti abang rindukan waktu dulu," gumam Farhan perlahan. Dia pantas melangkah ke arah abangnya itu.

"Abang panas lah kat sini. Habis berpeluh, jom kita pergi mall lah. Han nak beli barang," pinta Farhan cuba menarik perhatian abangnya itu.

"Aik tadi pagi dia yang beria sangat nak pergi taman ni. Sekarang merungut pula."

"Err! Tu pagi tadi. Ni sekarang. Da la jom, nanti kita tengok wayang sekali ya."

"Wayang pula? Farhan tau kan abang tak suka tengok movie," decit Fareiz. Dia memang tidak suka menonton wayang.

"Alah...teman kan lah."

"Haish. Okay lah..." akur Fareiz mengalah dengan permintaan adiknya itu. Wajah Farhan yang tersenyum di perhatikan.

"Hihi. Han drive ya."

"Mana-mana je la Han." Fareiz menggeleng lalu tersenyum tawar. Dia sedar adiknya itu cuba untuk mengelakkan dia bersedih.

'Farhan...farhan...kau memang adik yang sangat memahami...'

*********************

"Tah apa lah cerita tu kan. Tak logik langsung. Cuba la real sikit, ni buat cerita macam hampeh, membazirkan duit tiket je," bebel Farhan tanpa berpaling kea rah abangnya yang berdiri kaku.

"Betul kan abang?" soal Farhan bila tidak mendengar sahutan dari abangnya itu.

"Abang?" panggil Farhan lagi lalu menepuk perlahan bahu abangnya apabila melihat lelaki itu seperti ralit merenung sesuatu.

"Ah ya. Han cakap apa tadi."

"Abang tengok apa tu?" Farhan memandang ke arah yang di lihat abangnya sebenatar tadi.

"Tak ada apa lah...Jom" ujar Fareiz lalu melangkah kaki meninggalkan Farhan yang masih terjenguk-jenguk.

"Ah. Patutlah. Haish mesti abang sedih," gumam Farhan apabila melihat kelibat Haiqal dan bakal kakak iparnya sedang menjamu selera di salah sebuah kafe. Kepalanya di gelengkan.

"Abang...Tunggu lah." Farhan berlari anak kearah Fariez. Langsung dia tidak sedar abangnya itu sudah berlalu jauh darinya.

Izinkan Aku BernafasWhere stories live. Discover now