SETIBANYA di Lapangan Terbang Changi, Singapura, Fareiz terus melangkah tenang sambil menarik bagasinya. Pandangan dipusing 180 darjah mencari kelibat Arman yang dipertanggungjawabkan untuk menjadi pembantu peribadi merangkap pemandu Fareiz sepanjang dia berada di negara jiran ini. Fareiz melambai-lambaikan tangannya tatkala dia ternampak Arman yang sibuk mencari dirinya.
Melihat kelibat Fareiz yang sedang melambai, Arman terus mendapatkan majikannya itu.
"Sorry Tengku, tak perasan tadi." Arman tanpa disuruh terus memulakan tugasnya dengan membawa bagasi milik Fareiz.
Fareiz senyum kecil sebelum membalas. "Tak apa."
"Mari Tengku, kereta parking di sana." Amran memulakan langkah setelah menerima anggukan dari lelaki itu.
Fareiz mengikut langkah Amran dari belakang. Arman membuka pintu kereta dan Fareiz meloloskan tubuhnya di badan kereta mewah milik syarikat. Amran pula cepat-cepat menyimpan bagasi Fareiz di bonet kereta lalu terus masuk ke tempat pemandu.
Kring....
Fareiz mengeluarkan telefonnya yang berbunyi. Melihat nama ibu tersayang tertera di skrin, Fareiz terus menjawab panggilan itu bersama senyuman di bibir.
'Siap sedialah dengar bebelan...' bisik hati kecilnya.
"Wa'alaimussalam, Ma. Ya Mama, Fareiz baru turun flight ni haa. Mama janganlah risau, Fareiz tak lama pun dekat sini. Selesai je urusan pejabat, Fareiz terus balik, okay? Lagipun Arman kan ada. Dia boleh tolong jaga dan uruskan Fareiz."
Tenang dan lembut Fareiz menutur kata. Dia seboleh-bolehnya tidak mahu Mamanya itu terus-terusan risau akan keadaannya.
"Ya Mama, ya. Mama jangan risau. Fareiz tahu jaga diri. Singapore dengan Malaysia bukannya jauh pun." Fareiz dengar sahaja Tengku Zubaidah membebel di hujung talian sana. Sesekali dia tersenyum.
"Ya Ma faham. Hmm okay Ma. Fareiz dah nak gerak dah ni. Haa alright Ma. Wa'alaikummssalam," ucap Fareiz lantas panggilan dimatikan. Keluhannya kedengaran. Pening kepalanya kalau dengar Tengku Zubaidah membebel. Alangkah kerana kerja pun Mama sudah bebel dan risau sebegitu, apatah lagi jika Mamanya itu tahu tentang tujuan lainnya datang ke sini?
"Haish..." Sekali lagi Fareiz mengeluh berat.
"Tengku, tengku nak saya hantar ke ofis atau ke hotel terus?" Soal Arman yang sudah bersiap sedia untuk memulakan pemanduannya.
"Awak hantar saya ke hotel dulu. Ah lagi satu, saya tak masuk ofis dua tiga hari ini sebab saya nak bercuti dan releasekan tension dulu. Jadi kalau Tengku Zubaidah tanya, awak pandai pandailah cari alasan ya. Jangan sampai dia tahu pula," ujar Fareiz lagi kepada pekerjanya itu. Terkebil-kebil Arman mendengar arahan bosnya.
"Tengku ni biar betul?" Arman terkedu. Macam mana dia yang sebagai pekerja bawahan ini disuruh untuk menipu majikan besarnya sendiri? Paling tak masuk akal, anak majikannya sendiri pula yang menyuruhnya berbuat demikian. Memang pelik semacam.
"Betullah. Kenapa? Awak ingat awak je tahu bercuti? Saya pun perlu berehat juga lepas penat menghadap kerja 24 jam tu," balas Fareiz bersama senyuman kecil. Hatinya sudah rasa serba salah kerana membohong.
Arman tergelak kecil. "Baiklah Tengku," Arman kemudiannya terus memulakan pemanduannya ke hotel yang telah ditempah khas untuk Fareiz, majikannya itu.
Dalam perjalanan, Fareiz tidak henti-henti memikirakan tentang dirinya dan juga keluarganya. Paling dia risau sudah pastilah mengenai mamanya itu. Semasa dia beritahu akan keputusannya untuk pergi ke Singapura pun Mamanya sudah bimbang dan tak sedang duduk. Dia tak dapat bayangkan keadaan wanita itu jika tahu mengenai penyakit yang di hadapinya.
Fareiz menyandarkan kepalanya di tingkap kereta. Dia berharap semoga semuanya berjalan dengan lancar.
"...Iktiar pertamaku..."
YOU ARE READING
Izinkan Aku Bernafas
RomanceIAB = Sinopsis Bahagia. Semua orang inginkan bahagia. Namun, bukan mudah untuk merasai bahagia. Bahagia merupakan 'hadiah' dari sesuatu yang diperoleh dari kesabaran, kesedihan, pengorbanan dan ketabahan. Senyuman sendiri tidak hanya dinamakan bahag...