SAMPAI sahaja di perkarangan kampus. Fareiz memberhentikan Hyundai Coopernya lalu brek tangan ditarik. Dia kemudiannya memandang Ivy yang sedang sibuk mengemas beg dan buku-bukunya.
"Ada tinggal apa-apa tak?" Soal Fareiz.
Ivy memandang sekilas Fareiz sebelum menggeleng. "Tak adalah rasanya kot,"
"Good. Dah masuk cepat, nanti lambat."
Ivy mengangguk bersama senyuman manis. "Jangan lupa ambil petang ni,"
"Tapi kalau lewat I call sayang okay?
"Alright." Jawab Ivy lantas membuka pintu kereta.
"Bawak kereta elok-elok," pesan Ivy lagi sebelum menutup pintu kereta.
Fareiz hanya tertawa kecil tanpa membalas pesanan kekasihnya itu. Sempat dia membalas lambaian Ivy sebelum menurunkan brek tangan. Ketika ingin mengundurkan kereta, ada beberapa pelajar perempuan tersenyum-senyum dan kemudiannya saling berbisik. Fareiz hanya tersenyum melihat gelagat mereka. Dia pasti, kalau Ivy ada disebelahnya sekarang, mesti muncung sedepa mulut buah hatinya itu.
"Ivy...Ivy, kuat sangat cemburunya..." lirih Fareiz sendiri. Dia meneruskan destinasi ke gelanggang squash memandangkan adik bongsunya, Farhan mempunyai perlawanan di sana. Menyedari dirinya agak lewat, Fareiz segera menekan pedal minyak.
Sesampainya di sana, Fareiz terus mencari tempat pakir dan melangkah keluar dari keretanya itu. Langkah diatur tenang memasuki gelanggang tertutup tersebut.
Bunyi pintu dibuka menarik perhatian Farhan yang sedang berbincang dengan jurulatihnya. Pantas sahaja dia melompat turun dari bangku penonton lalu mendapatkan Fareiz yang sudah tersenyum.
"Hey bro! Sampai juga abang dekat sini kan?" Farhan bersalaman dengan Fareiz lalu mereka berpelukan.
Fareiz mengerling sekeliling, dilihatnya ada dua pemain sedang berlawan di gelanggang tersebut. Tiba-tiba perasaannya menjadi sebak. Jika dulu dia, Haiqal, Farhan dan papa sering bermain squash bersama mama yang sentiasa ada untuk menemani mereka. Sungguh fareiz terlalu rindukan kenangan itu.
"Am I late?" Soal Fareiz sambil tersenyum, cuba mengawal perasaan hibanya itu.
"Tak lah. Sebab Han punya match after diaorang," beritahu Farhan sambil memuncungkan mulutnya ke arah dua pemain yang dilihat Fareiz tadi.
Fareiz mengangguk faham. "Ouhh, ingatkan dah lewat tadi."
"Kalau lewat pun apa salahnya, asalkan abang datang tengok Han main pun Han dah cukup happy okay?"
Fareiz tersenyum senang mendengar balasan dari adik bongsunya itu.
"Eh jomlah, Han punya match dah nak start dah." Ajak Farhan sambil memeluk bahu abangnya itu. Mereka kemudiannya berjalan bersama ke bangku penonton dan Farhan memperkenalkan Fareiz kepada jurulatih dan juga rakan-rakannya.
Fareiz tetap mengukirkan senyuman dan berlagak seperti biasa meskipun dia kurang selesa berada di situ di sebabkan banyak mata terutama beberapa orang pemberita sukan memerhati padanya namun dia cuba mengawal riak wajahnya itu. Dia tak mahu Farhan rasa bersalah kerana telah memaksanya untuk pergi ke tournament tersebut.
Sejak mengalami kecederaan 2 tahun lepas, Fareiz langsung tak pernah menjejakkan kaki lagi ke tempat seperti itu. Malah Fareiz juga menolak dari ditemubual oleh pemberita mengenai pengundurannya dari bidang sukan. Walaupun dia sudah dapat terima apa yang berlaku padanya namun hatinya masih tidak kuat untuk berbicara tentang semua itu. Dia terlalu rindu untuk bersukan seperti sebelum ini.
"It's okay Fareiz. You have to be strong..."
ANDA SEDANG MEMBACA
Izinkan Aku Bernafas
RomanceIAB = Sinopsis Bahagia. Semua orang inginkan bahagia. Namun, bukan mudah untuk merasai bahagia. Bahagia merupakan 'hadiah' dari sesuatu yang diperoleh dari kesabaran, kesedihan, pengorbanan dan ketabahan. Senyuman sendiri tidak hanya dinamakan bahag...
