"THANKS Fareiz, Kita jumpa esok tengah hari ya. Bye. Assalamualaikum," ujar Fiona tenang lantas menamatkan panggilan setelah mendengar jawapan dari lelaki itu.
"Fareiz," lirih Fiona, wajah lelaki itu terbayang di fikiran. Lelaki yang sentiasa cuba untuk memberikan yang terbaik bagi dirinya. Namun kerana nafsu, dia sanggup meninggalkan dan menyakitkan hati insan yang amat menyayanginya.
Peristiwa yang berlaku 3 tahun lepas masih kekal di fikiran Fiona. Setiap butir bicara yang di ucapkan kepada Fareiz tidak mungkin akan dapat di lupakannya. Sungguh Fiona merasa kesal. Bertahun dia cuba untuk muhasabah diri dan mendekatkan dirinya ke jalan yang lebih baik. Namun hatinya masih tidak tenang. Dia sedar, selagi tiada kemaafan dari lelaki itu selagi itulah dia tak akan aman. Dia bukan saja menyakitkan hati Fareiz tapi dia juga sudah memalukan seluruh keluarga Tengku Zubaidah dan juga keluarganya sendiri. Tergiang-giang setiap butir bicara Haiqal kepadanya beberapa tahun yang lalu.
Imbas kembali
"Macam mana? Seronok kena game? Soal Haiqal sambil tangannya memegang beberapa keping gambar separuh bogel Fiona bersama tiga orang lelaki.
"How dare you Haiqal!"
"Haha. Kenapa? Malu? Sakit hati?"
"Kenapa kau buat aku macam ni? Aku tak buat apa salah kat kau pun."
"Heh. Tak buat salah? Hei perempuan, kau tak sedar ke atau kau pura-pura tak sedar. Apa yang aku buat kat kau ni tak sekejam apa yang kau dah buat dekat Fareiz! Dekat keluarga aku!"
"Fareiz..."
"Ya! Fareiz. Kau lupa! Lelaki yang kau tinggalkan saat dia terlantar sakit, kau hina dia, kau sakitkan hati dia. Kau langsung tak fikir perasaan dia. Kau memang betina tak sedar diri!" Jerit haiqal lalu tangannya melemparkan photo yang di pegang.
"He going crazy cause of you! Kau bukan je dah tinggal dia malah kau bunuh dia Fiona! You kill him so badly!" Jerit Haiqal lagi dengan mukanya yang sudah memerah.
"Aku. Aku minta maaf."
"Hah. Minta maaf? Minta maaf kau cakap," lirih Haiqal kuat lantas tangannya menarik rambut Fiona.
"Kau dah sakitkan abang aku. Kau dah musnahkan keluarga aku. Senang kau cakap maaf! Hei dengar sini perempuan. Aku tak nak nampak muka kau dekat sini lagi. Kalau kau berani muncul siap kau!"
"I'm sorry. Haiqal, I'm sorry" rintih Fiona bersama airmata yang tak henti mengalir.
"Heh. Sorry? Kau nampak ni?"
Botol asid yang diletakkan atas bonet kereta dipegang lalu dihalakan ke muka Fiona.
"Kalau kau rasa kau masih sayangkan muka hodoh kau ni. Jangan pernah muncul lagi depan aku. Depan keluarga aku. Aku bukan je akan hancurkan karier kau tapi aku akan hancurkan muka bodoh kau tu!"
Tamat Imbas Kembali
"Ya Allah," gumam Fiona perlahan. Sejadah yang masih terbentang diperhatikan. Serta merta airmatanya menitis. Betul semua kata-kata yang di ucapkan Haiqal. Memang patut dia diperlakukan begitu. Dia seorang yang sangat teruk. Terlalu kejam perbuatan yang pernah di lakukan terhadap Fareiz sehingga dia merasakan tiada lagi kemaafan yang bisa di perolehi.
Namun ternyata lelaki itu langsung tidak menyimpan dendam terhadap dirinya. Malah Fareiz masih sanggup untuk menganggapnya sebagai sahabat. Meski jauh dalam sudut hati, Fiona berharap masih ada lagi cinta di hati lelaki itu buatnya tapi dia sedar, hati Fareiz sudah dimiliki oleh gadis lain. Gadis yang lebih layak dan berhak untuk memiliki hati yang istimewa itu.
"Ivy ailin. Indah nama tu. Seindah orangnya," lirih Fiona seraya mengukirkan senyim nipis.
'I'm happy for you Fareiz.'
YOU ARE READING
Izinkan Aku Bernafas
RomanceIAB = Sinopsis Bahagia. Semua orang inginkan bahagia. Namun, bukan mudah untuk merasai bahagia. Bahagia merupakan 'hadiah' dari sesuatu yang diperoleh dari kesabaran, kesedihan, pengorbanan dan ketabahan. Senyuman sendiri tidak hanya dinamakan bahag...