Bab 6 ~ Keputusan

1.7K 65 0
                                    

"PAPA dah buat keputusan. Papa akan dermakan ginjal papa untuk Fareiz. Papa minta maaf sebab rahsiakan perkara ini dari kamu semua." Beritahu Tengku Mukris kepada isteri dan anak-anaknya.

Semua ahli keluarga terkejut mendengar penjelasaan Tengku Mukriz mengenai niatnya untuk mendermakan ginjal kepada Fareiz dan Haiqal orang pertama yang menolak keras cadangan papanya jtu.

"No pa! Papa tak boleh buat macam tu sebab masih ramai lagi penderma dekat luar sana yang boleh dermakan ginjal mereka pada abang. Pa, kita masih ada waktu, lagipun papa bukannya sihat sangat. Tambah-tambah lagi papa dah berusia. It was not a good decision." Bentak Haiqal sekeras-kerasnya.

Baginya, keputusan itu langsung tidak masuk akal. Walaupun dia juga risaukan keadaan abangnya, namun Haiqal percaya masih ramai lagi di luar sana yang boleh mendermakan organ tersebut pada Fareiz. Malah jika perlu dia juga sanggup untuk mendermakan sebahagian ginjalnya pada abangnya itu.

Farhan pula hanya berdiam diri, dia faham perasaan papanya itu. Dari dulu papanya sangat menyayangi Abang Fareiz, namun dalam masa yang sama papanya tidak pernah bersikap berat sebelah atau mengabaikan dirinya dan Haiqal.

Siapa juga pasti akan menyayangi Tengku Emmir Fareiz. Abangnya itu seorang yang bijak, sopan dan baik hati pada sesiapa sahaja. Fareiz selalu saja mengalah dan bertolak-ansur dengan kerenah mereka adik-beradik, apatah lagi dengan Haiqal yang sentiasa keras kepala itu.

"Pa, let me donate mine for him?" Pinta Farhan tiba-tiba. Wajahnya serius menandakan dia memang memaksudkan kata-katanya. Besar biji mata Haiqal mendengar permintaan adiknya itu.

"Kau jangan nak mengada-ngada!" Tengking Haiqal kepada adik bongsunya itu. Padanya, Farhan terlalu muda dan masih banyak harus dikecapinya.

"Han bukan nak mengada tapi Han betul betul nak bantu abang. Han tak nak abang terus sakit macam ni."

"Habis kau ingat aku tak nak bantu? Aku pun tengah fikir lah," jerit Haiqal.

"Stop now both of you!" Kuat suara Tengku Mukris menghentikan perbualan kedua anaknya itu.

"Abang kamu sekarang dalam keadaan yang sangat kriktikal dan pembedahan perlu dilakukan dengan kadar segera! Kamu berdua nak ke abang kamu tu lumpuh, cacat selamanya? Dan dalam masa macam ni kamu masih dengan perangai budak-budak kamu ni? Kamu sedar tak kalau kita tak lakukan pembedahan tu dengan segera, abang kamu boleh mati tahu tak?"

Keduanya lantas terdiam dan tertunduk. Tengku Zubaidah pula sedaya upaya menahan tangisannya.

Tengku Mukris mengeluh perlahan sebelum menyambung kata katanya.

"Papa dah habis fikir, biarlah papa yang mendermakan ginjal papa ni. Lagipun papa dah buat padanan dan tenyata papa punya ginjal sesuai dengan abang." Jelas Tengku Mukriz yang kedengaran seperti muktamad dengan keputusannya.

Tengku Zubaidah hanya mampu berdiam diri. Dia cukup kenal perangai suaminya itu. Jika keputusan telah dibuat maka tiada siapa yang boleh mengubah atau menghalang keputusannya.

Haiqal memandang tajam pada Tengku Mukriz lalu menggenggam kuat tangannya.

"Haiqal tetap tak setuju dengan keputusan papa ni." Bangkang Haiqal geram lalu terus melangkah pergi dengan perasaan marah.

"Haiqal. Where are you going? Haiqal!" Farhan yang risau dengan keadaan Haiqal pantas mengejar langkah abangnya itu. Bahu Haiqal ditarik namun terus ditepis kasar Haiqal.

"Ahhhhh I nak baliklah! Duduk sini pun makin serabut kepala!"Balas Haiqal kasar lalu meninggalkan mereka yang ternyata sedikit tersentak dengan perlakuannya itu.

"Haiqal..." Farhan memandang sayu abangnya yang semakin menjauh itu.

Tengku Mukris hanya mampu mengeluh perlahan.

"Biarkanlah dia tu. Nanti dia eloklah." Kata Tengku Mukris membuatkan Tengku Zubaidah dan Farhan masing masing terdiam.

Izinkan Aku BernafasWhere stories live. Discover now