"Takkan tak ada orang lain boleh ganti masyuarat tu?" Soal Tengku Zubaidah kepada Fareiz yang hanya menunduk. Wajah anak sulungnya itu di perhatikan. Entah apa yang bermain di fikiran anak muda itu ketika ini.
"Fareiz yang dari awal handle Projek tu mama. Nanti apa pula kata mereka kalau orang lain yang hadir masyuarat tu. Tak apa lah mama. Fareiz janji, awal pagi Fareiz dah sampai rumah," pujuk Fareiz sedaya upaya.
"Mama tak tahu nak cakap apa dengan Fareiz ni. Fareiz sedar tak yang kita ni nak buat Majlis pertunangan adik tu."
"Ye ma, Fareiz tau."
Tengku Zubaidah memicit kepalanya. Sakit kepala dengan kerenah anak sulungnya itu kebelakangan ini. Tatkala orang lain tengah sibuk menguruskan persiapan majlis pertunangan Haiqal. Anaknya itu masih sibuk dengan kerja. Entah hantu apa yang merasuk anak bujangnya itu
"Mama jangan lah risau ya. Lagi pun semua persiapan dah nak siap kan?" ujar Fareiz lagi cuba memujuk mamanya itu. Wajah Tengku Zubaidah di renung penuh pengharapan.
"Okay Ma?"
"Urm. Pastikan Fareiz balik awal tau."
"Ye Ma, Fareiz janji." Fareiz tersenyum lalu menyalami tangan ibunya itu.
"Fareiz...Fareiz. Bila la anak mama ni nak rehat? Kesian mama tengok. Dah cengkung muka anak mama yang hansem ni."
"Haha. Cengkung pun still handsome kan ma? Nanti dah sampai masanya, Fareiz rehat secukup-cukupnya ya. Mama jangan risau.
"Ye lah."
"Okay ma, Fareiz gerak dulu ya."
"Baik sayang. Hati-hati ya." Pesan Tengku zubaidah. Langkah anaknya di perhatikan. Terlalu berat dia nak mengizinkan anaknya itu untuk pergi. Walaupun hanya di area seremban masyuarat itu akan berlangsung namun hatinya berasa bimbang seperti ada sesuatu yang tidak baik akan berlaku.
"Ya Allah. Kau permudahkan lah urusan anakku. Semoga tak ada sebarang masalah yang menimpanya," bisik Tengku Zubaidah di dalam hati.
"Ma, kenapa sedih je ni?" Soal Farhan yang baru muncul di muka pintu.
Tengku Zubaidah yang menyedari kehadiran anak bongsunya itu segera mengelap saki airmata di pipi. "Tak ada apa, cuma mama risau tengok abang Han tu. Kerja sampai tak ingat nak rehat."
"Abang kan. Mama bukan tak kenal perangai dia tu. Kalau dah mula buat keja memang dia akan siapkan sepenuhnya."
"Ye. Mama tau. Tapi tah la, mama rasa tak sedap hati pula kebelakangan ni dengan keadaan abang tu."
"Em, Tak ada apa la mama, abang tau jaga diri dia. Mama tak perlu la risau. Lagipun kan Arman ada temankan abang," lirih Farhan cuba menyedapkan hati Tengku zubaidah malah dirinya sendiri.
"Em. Yeah. Mama harap tak ada apa lah yang jadi."
"Dah la mama, jom kita tengok pelamin yang diorang tengah siapkan tu. Haish dah macam Majlis kawin Han tengok." Farhan menarik lengan Tengku Zubaidah dan melangkah ke halaman rumah.
"Ah. Si Haiqal tu, beria sangat nak pelamin. Malas mama nak larang. Tapi lagi bagus kalau terus nikah dan buat Majlis sanding je. Ni nak juga tunggu sebulan dua," bebel Tengku zubaidah.
"Haha. Macam mana nak terus kawin mama, Carl tu pergi kursus kawin pun tak lagi. Tu yang dia kalam kabut tu. Ada ke patut dia ajak Han. Memang tak lah Han nak ikut." Gelak Farhan. Sikap Haiqal yang suka buat kerja last minit itu memang di rasakan sudah sebati dengan abangnya.
"Ha tu satu hal. Mama tak faham betul dengan abang kamu tu. Tak berubah perangai cuai dia. Harap nanti bila dah kawin dapatlah Si Ivy tu bentuk laki dia," ujar Tengku zubaidah lalu tersengih di ikuti dengan Farhan yang turut tertawa.
"Heh kalau dia tu dengar cakap lah mama."
"Boleh tu. Haish mama tak sangka betul. Ingatkan abang Fareiz kamu tu yang akan berkahwin dulu. Tapi ni Carl pula yang tak menyabar."
"Haha. Haiqal tu gatal sangat ma," tawa Farhan lagi sedangkan hatinya sudah sedih memikirkan nasib yang menimpa abang sulungnya."
"Ish Han ni, ada ke patut cakap abang macam tu. Ha ni satu mama nak tanya, Han kan rapat dengan Abang Fareiz tu, dia ada cakap dengan Han dia berkawan dengan perempuan mana sekarang?"
"Em, tak ada ma, abang tu kan suka berahsia. Dengan Han ni pun dia tak pernah nak cerita." Laju kata kata Farhan membalas pertanyaan Tengku Zubaidah meski pun dia sedar akan hubungan cinta abangnya itu.
"Erm."
"Tak apa la ma, nanti kalau ada calon abang bagitau lah mama."
"Dia nak bagitahu? Heh, Tah bila la dia nak bagitahu. Nanti susah sangat. Mama sendiri carikan perempuan yang baik untuk dia."
"Macam mama carikan Fiona dulu?" lirih Farhan lalu tersengih sengih.
"Han ni kan! Suka sangat sakat mama," ujar Tengku zubaidah lalu menepuk bahu anaknya itu. Tak sanggup Tengku zubaidah mendengar nama perempuan yang sudah menyakitkan hati anak kesayangannya.
"Sakit lah mama. Haha. Mama tak payah sibuk carikan calon, tah tah abang tu dah ada pilihan dia sendiri."
"Em. Nanti dia balik mama nak tanya dia. Abang Han tu bukan muda lagi, dah patut dia tu ada keluarga sendiri."
Tengku zubaidah zubaidah mengeluh perlahan sebelum menyambung kata katanya.
"Sampai bila dia nak macam tu kan? Takut nanti mama dah tak ada. Tak sempat mama nak tengok anak mama tu hidup bahagia macam orang lain."
"Haish mama ni, kenapa cakap macam tu. Han tak suka la," marah Farhan. Dia tersentuh dengar kata-kata yang di ucapkan mamanya itu
"Han, ajal maut tu kerja Tuhan. Kita tak tau apa akan jadi kemudian hari. So mama harap sangat before mama pejamkan mata, semua anak mama dah ada kebahagiaan sendiri."
Farhan terkedu mendengar kata kata yang di ucapkan Tengku Zubaidah. Serta merta ingatan terhadap penyakit yang di hidapi abangnya bermain di fikiran. Farhan takut untuk menerima sebarang kemungkinan.
"Em. Dah la mama, tak mahu cakap pasal ni lagi. Han nak tolong Mak Jah kemas kat situ," ujar Farhan lantas melangkah ke arah Mak Jah yang ada di sudut rumah.
"Hai lah anak aku yang sorang ni, cepat sangat tersentuh," gumam Tengku zubaidah. Dia mengukirkan senyuman seraya membontoti langkah Farhan.
"Ya Allah, kau bahagikan lah kesemua anak-anakku. Sesungguhnya mereka semua anak yang sangat baik dan menyenangkan."
YOU ARE READING
Izinkan Aku Bernafas
Storie d'amoreIAB = Sinopsis Bahagia. Semua orang inginkan bahagia. Namun, bukan mudah untuk merasai bahagia. Bahagia merupakan 'hadiah' dari sesuatu yang diperoleh dari kesabaran, kesedihan, pengorbanan dan ketabahan. Senyuman sendiri tidak hanya dinamakan bahag...