MALAM itu, Tengku Mukris bersendirian di bilik solat. Dia melakukan solat hajat buat anak sulungnya serta dirinya agar segalanya berjalan dengan lancar dan mendapat keredhaan dari Allah.
Usai solat, Tengku Mukriz menadah kedua tangannya memohon munajat kepada Allah.
"Ya Allah, di saat-saat hening ini aku bermunajat kepada-Mu Ya Allah. Segala yang aku lakukan ini demi kebaikan anakku. Aku ingin anakku sihat seperti biasa Ya Allah, agar aku bisa melihat dia tersenyum dan hidup bahagia seperti dulu. Ya Allah, andai ditakdirkan KAU mencabut nyawaku selepas pembedahan ini, aku redha akan ketentuanMu asalkan anakku sembuh kembali. Ya Allah, Kau lembutkanlah hati isteri serta anak-anakku agar mereka menerima dengan ikhlas akan apa yang bakal aku lakukan ini. KAU peliharalah seluruh ahli keluarga ku. Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Aamin."
Sayu doa yang dipohon Tengku Mukris sehingga menitis airmatanya. Bersungguh-sungguh dia memohon kepada Allah dan entah kenapa, dia terasa doanya kali ini begitu dekat. Dia berdoa dengan sepenuh hati, hanya untuk anaknya. Kebetulan Haiqal yang sedang lalu dihadapan bilik solat sempat mengendap ke dalam bilik solat itu dan mendengar rintihan doa Tengku Mukriz. Dia berasa sayu dan terkedu setelah mendengar rintihan doa papanya. Dia tahu niat ikhlas papanya ingin membantu anak-anaknya demi kebaikan mereka semua. Cuma dia sukar untuk menerima keputusan papanya dengan hati terbuka kerana dia juga tidak mahu sesuatu yang buruk terjadi terhadap papanya. Dia terlalu sayangkan papanya dan takut jika dia kehilangan papanya. Dia celaru dan buntu. Mahu atau tidak papanya tetap aku melakukan pembedahan itu.
"Ya Allah, Kau redhakan lah hatiku agar dapat menerima semua ini. Dan Kau selamatkan lah kedua dua mereka kerana aku terlalu menyayangi mereka," rintih Haiqal sendiri. Dia melangkah pergi dengan airmata yang makin laju menitis di pipinya.
******************
Pagi itu, keadaan di perkarangan wad kelihatan sayu dengan airmata yang tak henti mengalir dari Tengku Zubaidah. Ternyata dia tak kuat melihat suaminya yang cuba mengadaikan nyawa demi untuk menyelamatkan anak sulungnya itu.
Wajah suaminya, Tengku Mukris yang sedang bersiap sedia menukar pakaian dan kemudiannya berbaring di atas katil pesakit sebelum dibawa masuk ke dalam bilik pembedahan di tatap penuh kasih.
"Mama, Farhan, Haiqal. Maafkan Papa dan halalkan makan minum papa ya. Andai sesuatu jadi dekat papa nanti, korang semua jagalah mama baik-baik ya? Papa sayang kamu semua. Doakan papa selamat semasa dan selepas pembedahan nanti." Luah Tengku Mukris kepada isteri dan anak-anaknya.
Dia kemudianya menghadiahkan senyuman yang ikhlas buat mereka walaupun dalam hatinya sudah menangis. Dia dapat merasakan sesuatu yang tidak baik bakal terjadi.
Tengku Zubaidah yang sedari tadi menangis sempat bersalaman dengan Tengku Mukris dan memeluk erat suaminya sebelum dimasukkan ke bilik pembedahan. Sayu hati Tengku Zubaidah serta anak-anaknya mengenangkan apa yang bakal terjadi selepas ini. Mereka mengharapkan agar Fareiz dan juga Tengku Mukris selamat. Disaat-saat ini hanya Allah sahaja tempat mereka untuk menyerahkan takdir.
Setelah beberapa minit menunggu, masanya telah tiba. Jururawat yang bertugas segera membawa masuk Tengku Mukris ke dalam bilik pembedahan. Perasaan gemuruh didalam dada Tengku Mukris semakin membuak. Namun yang bermain difikirannya hanya Fareiz.
Di dalam bilik bedah itu, Tengku Mukris dipindahkan ke atas katil, bersebelahan dengan katil Fareiz. Dia memandang sayu anaknya dan mengharapkan agar segalanya berjalan dengan lancar dan pemindahan ginjal berjaya dilakukan.
"Tengku? Are you ready?" Tanya Doktor Zaabar sebelum menyuntik lelaki yang agak berusia itu.
"Saya sedia Doktor dan tolong selamatkan anak saya. Keutamaan saya sekarang ini Fariez dan selainnya saya berserah pada takdir." Ujar Tengku Mukris tenang.
Doktor Zaabar hanya tersenyum dan mengangguk sebagai tanda dia akan cuba sedaya upaya agar pembedahan ini berjalan dengan lancar.
Doktor Zaabar mengarahkan jururawat untuk menghidupkan lampu bedah kerana pembedahan akan dilaksanakan sekarang.
"Ya Allah, selamatkan anakku, dan ambillah nyawaku sebagai galang ganti jika itu mampu memberi kesembuhan padanya. Aku ikhlas Ya Allah," doa Tengku Mukriz di dalam hati. Pandangannya semakin kelam akibat dari suntikan yang telah di berikan dan akhirnya Tengku Mukriz terus terlena dan tidak sedarkan diri.
YOU ARE READING
Izinkan Aku Bernafas
RomanceIAB = Sinopsis Bahagia. Semua orang inginkan bahagia. Namun, bukan mudah untuk merasai bahagia. Bahagia merupakan 'hadiah' dari sesuatu yang diperoleh dari kesabaran, kesedihan, pengorbanan dan ketabahan. Senyuman sendiri tidak hanya dinamakan bahag...