HAIQAL melangkah masuk ke kafe bersama siulan bahagia. Seperti biasa, sapaan mesra dihadiahkan buat pelajar-pelajar yang sedang enak menjamu selera di kafe tersebut. Matanya mula meliar mencari kelibat Ivy. Siapa lagi yang dia ingin jumpa di kafe yang berhampiran kampus ini kalau bukan gadis yang sangat disukai itu. Senyuman Haiqal melebar tatkala kelibat gadis yang dicarinya itu berada di meja sedikit hujung.
"I got you, baby..." Seketika kemudian. Haiqal membatalkan niatnya dari melangkah ke meja Ivy apabila melihat riak wajah sugul gadis itu. Senyuman sinis Haiqal muncul.
"Seems like they having a bad day," detik Haiqal yang gembira apabila memikir tentang hubungan Ivy dan abangnya yang mulai renggang itu. Dia yang sentiasa mengikuti perkembangan perhubungan mereka sedia tahu yang kekasih Ivy, iaitu abangnya kerap mengabaikan gadis itu kerana terlalu sibuk dengan kerja.
"Kau yang abaikan. Then jangan salahkan aku ambil kesempatan..."
Haiqal tersenyum lebar. Langkah diatur menuju ke meja tersebut. Ivy angkat muka apabila menyedari Haiqal berada di hadapannya.
"Er!" Haiqal tersentak. Wajah Ivy sembab. Mata dan hidungnya memerah. Dia mula rasa simpati dan terasa geram dengan abangnya yang menjadi punca Ivy menderita sebegitu.
"Hey My Sunshine, kenapa muka mendung sangat ni?" Haiqal memulakan bicara sambil menarik kerusi di sebelah Ivy.
Ivy menggeleng perlahan.
"No...Nothing," jawab Ivy seraya cuba mengukirkan senyuman. Dia seboleh-bolehnya tidak mahu Haiqal tahu akan masalah hubungannya dengan Fareiz. Dia tak mahu lelaki itu menjadi yang ketiga antara mereka.
Haiqal memandang Ivy sebelum mengeluh perlahan. Dia tahu gadis itu berpura pura seperti tiada masalah. Sapu tangan dikeluarkan dari kocek lalu dihulurkan pada Ivy.
"Lap air mata tu. Gadis secantik you tak sesuai menangis. I tak suka tau tengok my fav junior I sedih-sedih macam ni." Haiqal memujuk dengan kata-kata manisnya.
Ivy memandang Haiqal sebelum lambat-lambat menyambut sapu tangan itu. Haiqal tersenyum lebar. Suka dia apabila Ivy mendengar katanya kali ini.
"Macam ni lah baru cantik...so jangan menangis lagi okay. Pedih betul rasa hati i ni."
"Okay..." Ivy mengangguk lalu sekali lagi mengukirkan senyuman. Dia cuba berlagak tenang mesti hatinya masih menangis. Hanya Fareiz yang bermain di fikirannya.
"Oh god...your smile like candy. Dan I lemas dalam lautan cinta," seloroh Haiqal di sambut tepukan kuat dari Ivy ke lengan Haiqal yang agak sado.
"Aduh! Sakit...tangan I patah kena pukul..." rengek Haiqal membuatkan Ivy tertawa.
"Patah betul betul baru tau..."
"Tak apa...kalau My fav junior yang buat, patah semua pun i sanggup..."
"Erk! Mengada..." Lega sedikit hati Ivy melihat perangai mengada Haiqal. Senyuman manis mula terbit di bibirnya.
Di satu sudut yang lain. Tanpa sedar, Fareiz yang ketika itu melangkah masuk ke dalam kafe tersebut hanya memandang kosong keduanya. Tangannya digumpal lalu dia menunduk.
'I'm such an idiot,' lirih Fareiz di dalam hati lalu melangkah keluar dari kafe itu. Niatnya untuk meminta maaf kepada kekasihnya itu diabaikan. Melihat Haiqal dan gadis kesayangannya bergelak tawa, seluruh nadinya serasa terhenti. Peritnya rasa.
Fareiz menarik nafas panjang. "It's okay Fareiz. She will happy with your brother..." langkah di lajukan mesti kakinya kini terasa sakit bila bergerak laju.
Arman yang terpinga-pinga melihat riaksi Fariez terus mengejar langkah majikannya itu.
YOU ARE READING
Izinkan Aku Bernafas
RomanceIAB = Sinopsis Bahagia. Semua orang inginkan bahagia. Namun, bukan mudah untuk merasai bahagia. Bahagia merupakan 'hadiah' dari sesuatu yang diperoleh dari kesabaran, kesedihan, pengorbanan dan ketabahan. Senyuman sendiri tidak hanya dinamakan bahag...